Salam Samurai,
Mendidik bukan satu perkara yang mudah. Mendidik memerlukan kebijaksanaan dalam memahami jiwa manusia. Ramai yang merasakan mendidik itu dengan berkata-kata seperti lawyer tak bergaji. Pendengar kita terdiri daripada pelbagai latar belakang. Terpelajar, terbodoh, dewasa, remaja, anak-anak kecil dan golongan tua.Seperti mana kata Dr Hamdi kepada aku suatu ketika dahulu “Bukan semua pemain bola sepak boleh jadi Coach”.
Namun, bagi aku dunia mendidik sememangnya mencabar dan menyeronokkkan. Alhamdullilah, aku amat bersyukur kerana dianugerahkan kelebihan yang sebegini. Dari aku belajar bertaktih menguruskan usrah yang mungkin sekepala dengan aku, sehinggalah hari ini aku terpaksa melayan anak-anak remaja yang berumur 10-17 tahun.
Setiap kali aku menerima tugasan melayan anak-anak kecil dengan program motivasi, kepala aku seakan-akan pening dengan idea. ‘intelektual tercabar’ pada pandangan aku. Isteri tempat aku mengeluh, macam mana nak ceramah esok ni. Seperti biasa isteri aku akan menjawab “abangkan dah terer.” Sedikit suntikan semangat buat aku kembang sebentar. hihi.
Alhamdullilah, lama-lama semua itu akan menjadi perkara biasa untuk kita. Petua dari aku ialah kita seharusnya sedaya upaya memahami intelektual/kefahaman mereka seterusnya cuba menyelami jiwa mereka. Pengalaman yang paling menarik sewaktu aku menceburi diri dalam motivasi pelajar sekolah rendah ialah ” Kepimpinan Pengawas.” Kira-kira seminggu yang lepas aku ditugaskan. Bukan mudah bagi aku untuk memahamkan kepada pelajar sekolah rendah erti kepimpinan dan bagaimana untuk memimpin. Mungkin senang bagi kita untuk berbicara kepada mahasiswa berkenaan ciri-ciri kepimpinan dalam bahasa mereka kerana mereka adalah anak-anak yang semkin matang dari segi intelektualnya. Sebelum ini aku telah melaksanakan program motivasi pelajar cemerlang UPSR tahun 6, alhamdullilah ia memberi sedikit pengalaman untuk belajar bagaimana mencuit hati anak kecil.
Kadang-kadang aku terpaksa berlakon sehebat nabil “pondok-pondok”, ada ketikanya aku terpaksa menjadi power rangers, dan ultraman. Begitulah lebih kurang cara cikgu Jepun mengajar pelajar tua untuk memahami bahasa Jepun. Lompat sana lompat sini, jerit sana jerit sini, semata-mata untuk memahamkan anak-anak tua yang belajar bahasa. Pendekatan ini cuba aku aplikasikan dalam dunia dakwah. Ia sedikit memalukan, tetapi aku merasai kepuasannya bila aku dapat merasai keseronokkan mereka. Aku bersyukur kepada Allah, kerana Dia menjadikan aku seorang yang minat pada manusia. Aku suka bekerja dengan manusia, mungkin sebab itu aku bekerja sebagai pengajar bukan engineer.
Sebagai pendakwah, kita perlu belajar tentang manusia. Banyak ilmu yang boleh kita belajar tentang manusia. Dari segi spiritualnya, akalnya, emosinya, mahupun fizikalnya. Sepanjang aku menghayati sirah nabi, nabi sentiasa menyentuh keempat-empat unsur tersebut. Dalam berdakwah nabi tidak mengabaikan tahap-tahap akal manusia. Nabi sentiasa memahami manusia yang lemah/pendek akalnya. Nabi juga amat sensitive dengan emosi manusia, ada manusia yang sifatnya cepat marah, sabar, takut dan lain-lain lagi. Oleh itu, ilmu mengenal manusia amat penting. Bukan sekadar dalam dunia dakwah, tetapi juga dalam dunia berkeluarga.
Cuba kalian baca buku Men from Mars, Women from Venus. Banyak ilmu yang diberikan oleh penulis berkenaan sifat 2 manusia yang berlainan asal-usul ini. Seorang lelaki inginkan dirinya digelar sebagai seorang hero yang diperlukan, manakala seorang wanita hanya memerlukan sedikit perhatian sebagai tanda kasih sayang. Salah memahami manusia, kita akan melabur tenaga pada tempat yang tidak sepatutnya. Rugi bukan!
Baru-baru ini aku telah menghadiri satu kursus kaunseling yang dianjurkan oleh majikan-ku. Aku berasa amat bertuah berada dalam program tersebut, dan terlalu banyak perkara aku belajar untuk berkomunikasi dengan manusia. Bukan sekadar penampilan emosi shaja penting dalam berkomunikasi, cara duduk, pandang dan macam-macam lagi yang tidak kita sedari penting untuk kita berkomunikasi dengan manusia.
Empati vs Simpati
Dalam dunia dakwah, kita akan sentiasa terjerus dalam situasi sebegini. Termasuk juga dalam dunia tarbiyyah, kita sering tersalah bertindak antara empathy atau simpati. Empati dan simpati adalah sejenis method untuk membantu.
Empati- adalah proses mendengar, memahami dan seterusnya menyampaikan kefahaman itu kepada klien (orang yang bermasalah). Apa yang menarik dalam tindakan empati ini ialah kita sekadar memproses masalah untuk ia mudah difahami kembali oleh klien tersebut. Kadang-kadang, mereka yang bermasalah tidak memahami punca atau masalah sebenar disebabkan oleh keserabutan masalah yang mereka hadapi. Oleh itu, sebagai pendakwah atau pendengar perlu membantu mereka untuk memahamkan mereka berkenaan masalah mereka. Sebagai contoh apabila seseorang itu mengatakan masalah mereka adalah malas. Sebenarnya, kita perlu membantu mereka dan memberitahu mereka bahawa malas itu bukan masalah sebenar, malas adalah simpton dari masalah yang mereka alami. Maka orang yang menggunakan konsep empati ini perlu menjadi pendengar yang baik untuk mencungkil keluar apakah masalah sebenar klien tersebut.
Oleh itu proses mendengar itu perlu dikuasi dengan oleh para pendakwah. Mendengar itu mestilah dengan telinga, mata, hati dan akal. Barulah kita dapat memahami masalah sebenar klien dan seterusnya memberi kefahaman kepada klien berkemaan masalah mereka.
Dan akhir sekali, kita membuka ruang perbincangan bagi menyelesaikan masalah mereka dengan membantu mereka memberi kaedah-kaedah/cara-cara yang membolehkan mereka keluar dari masalah. Sifat empati itu ialah memberi kembali tugas menyelesaikan masalah tersebut kepada klien tersebut.
Berbeza dengan simpati, pendakwah akan turut sama terjebak dalam masalah tersebut. Sebagai contoh, untuk menyelesaikan masalah rempit, maka dibuka gelanggan rempit untuk anak-anak rempit tanpa menyelami naluri dan masalah sebenar mereka. Pelajar-pelajar malas belajar pula, kita dampingi mereka setiap waktu bagi memastikan mereka sentiasa belajar. Pelajar yang lemah dalam pelajaran, kita berikan jawapan kepada soalan peperiksaan. Begitulah kalau sifat simpati wujud dalam dunia pendakwah.
Kita seharusnya beralih pendekatan dalam membantu, kerana ruangan untuk kita untuk membantu amat luas dan memerlukan banyak komitmen. Jangan tersalah kaedah, yang akhirnya menyebabkan kita tumbang dalam membantu.
InsyaAllah, aku akan cuba kongsikan pengalaman-pengalaman menarik sepanjang aku mengikuti kursus tersebut. Sekian
Recent Comments