29
Oct
07

Sultan Muhammad Al-Fatih

 

SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH: Melayarkan Kapal di Puncak Bukit Bersauh di Kota Constantinople

Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang dan nasyid kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fatih. Gema kemenangan mengisi ruang angkasa Costantinople seolah-olah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka pagi itu terus luntur. Apakah tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki dan sejauh 160 kaki itu berjaya diruntuhkan oleh tentera Muhammad al-Fatih?.

Rupa-rupanya tentera Sultan Muhammad al-Fatih telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat!. Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Othmaniyah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosporus ke Tanjung Emas melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan!

Siapakah sebenarnya Sultan Muhammad al-Fatih ini?. Beliau yang dimaksudkan ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiyah Othmaniyah, Beliaulah pembuka kota Constantinople yang ketika itu baru usia menjangkau 26 tahun. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”

Sultan Muhammad al-Fatih ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur dicatatkan dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, cukup gah sehingga dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah sepuluh tahun meninggal dunia.

Beliaulah pemerintah Islam yang pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat iaitu ‘Grand Seigneur’ yang bermaksud pemimpin agung.

Sultan Muhammad al-Fatih dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masihi dan dibesarkan di Adirnah di bawah penjagaan ayahnya Sultan Murad II. Bapanya juga merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Othmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan adalah seorang puteri raja berketurunan Nasrani. Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad al-Fatih telah diangkat menjadi pemimpin kerajaan Othmaniyah pada bulan Februari 1451 pada usia beliau 22 tahun.

Dalam membentuk keperibadian anaknya menjadi seorang pemimpin yang cemerlang, ayahnya mengutamakan keseimbangan elemen fizikal, mental dan roh, ini kerana kekuatan Sultan Muhammad al-Fatih dilihat banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Ketika usianya kecil lagi beliau sudah diajar menunggang kuda, memanah dan menggunakan pedang. Elemen rohani turut mendapat perhatian dan dorongan penuh dari ayahnya.

Beliau telah di tarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani yang terkenal dengan gelaran Abu Hanifah di zamannya dan Muhammad bin Hamzah al-Dimasyqi al-Rumi. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fatih ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, feqah, linguistik (bahasa Arab, Parsi dan Turki) dan juga ilmu kemahiran yang lain seperti matematik, falak, sejarah, ilmu peperangan dan sebagainya. Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah jika peribadi-peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fatih ini lahir menempa nama besar di persada sejarah dunia. Sultan Muhammad al-Fatih banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Costantinople, dan sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Beliau juga banyak mengkaji sejarah Islam tentang usaha-usaha yang pernah dibuat ke arah itu, ini kerana usaha pertama pernah disusun pada tahun 44 Hijrah, iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a., walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal dan Abu Ayyub al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat nabi yang menyertainya, syahid di medan perjuangan.

Pernah diriwayatkan bahawa setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fatih menawan Constantinople beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kubur Abu Ayyub al-Ansari untuk disempurnakan kemuliaannya sebagai seorang sahabat nabi. Berdasarkan sejarah beliaulah satu-satunya sahabat nabi yang syahid di benua Eropah. Setelah bertemu Sultan Muhammad al-Fatih meminta kuburnya digali dan jasadnya dipindahkan ke tempat yang lebih mulia. Apabila digali bahagian kakinya ditemui dahulu. Kemudian Sultan Muhammad al-Fatih memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari. Sehinggalah akhir sekali giliran beliau.

Peristiwa yang menakjubkan berlaku iaitu kaki yang mahu dicium itu tiba-tiba sahaja termasuk semula ke dalam tanah. Kejadian itu berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fatih bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Menjelaskan tujuan sebaliknya kejadian itu berlaku disebabkan penghormatan Abu Ayyub al-Ansari kepada Sultan Muhammad al-Fatih yang telah berjaya menawan Kota Constantinople.

Beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman dari sejarah peperangan Rasulullah s.a.w. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Sultan Muhammad al-Fatih mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran dan semangat tidak putus asa daripada ayahnya. Beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan.

Watak beliau di awal remajanya agak berbeza dengan remaja-remaja lain yang seusia dengannya. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz telah menulis dalam sebuah buku yang bertajuk ‘Sultan Muhammad al-Fatih’ menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fatih sebenarnya memiliki keyakinan diri yang kuat, pandangan yang jauh serta kepintaran yang tinggi, malah Sultan Muhammad al-Fatih mampu untuk menghadapi tekanan, keperitan dan bebanan yang dihadapinya.

Beliau seorang pemuda yang warak. Jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di Masjid disebabkan keinginannya sentiasa ingin hampir dengan Allah S.W.T Beliau digambarkan sebagai pemimpin yang mengutamakan urusan kenegaraan dan masyarakat mengatasi kepentingan pada diri.

Beliau sering mendampingi ulama-ulama dan negarawan. Kedudukannya sebagai sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Tidak hairanlah cara beliau mentadbir dan sistem pemerintahannya menjadi rujukan dunia sehingga ke hari ini. Kehidupan beliau juga digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi kepada pembaziran. Hidangan dan cara berpakaiannya juga tidak terikat dengan peraturan-peraturan Istana.

Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, “Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”

Selain daripada kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah Sultan Muhammad al-Fatih juga berjasa dalam aspek pembangunan antaranya pembinaan Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque dan Masjid Eyyub. Di samping itu beliau berjaya memulihkan keamanan dan ketenteraman di kalangan golongan Janisari.

About these ads

3 Responses to “Sultan Muhammad Al-Fatih”


  1. 1 FADLI
    tham30000000Fri, 09 Nov 2007 07:56:03 +000009am07, J00000011 9, 2007 at 15:50 +00:00Nov

    saya pernah melihat di sebuah blog juga,yaitu pandangan kaum salaf tentang pemimpin yang bener2 menaklukan konstantinopel adalah bukan muhammad al fatih,ini disebabkan karena sekarang konstantinopel tidak bener2 ditaklukan.Krena sekarang dipegang oleh pemerintahan yang sekuler,nanti diakhir zaman baik roma maupun konstantinopel akan ditaklukan tanpa peperangan hanya dengan takbir ALLAHU AKBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  2. 2 iwan
    tham29000000Sun, 24 Feb 2008 05:51:45 +000024am08, J0000002 9, 2007 at 15:50 +00:00Feb

    muhammad altif pernah disebutkan dalam hadist rosullullah “konstaninopel nanti akan direbut oleh sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera”

  3. stam28000000Mon, 21 Feb 2011 07:44:07 +000021am11, J0000002 9, 2007 at 15:50 +00:00Feb

    Apakah SUNAN GUNUNG JATI/SYARIF HIDAYATULLAH terusir dari timur-tengah yang kemungkinan dari daulah ABBASIAH,di pulau jawa thn 1478 kerajaan Majapahit diserang oleh raja KEDIRI yang bernama GIRINDRAWARDANA,di thn yang sama 1478 kerajaan islam pertama DEMAK berdiri rajanya yang pertama R.PATAH/Panembahan Jimbun/Sultan Bintoro adalah putra terakhir dari raja Majapahit,entah karena alasan keamanan anak perempuan R.PATAH dinikahkan dengan ADIPATI UNUS(bisa dibaca dari kerajaan Singosari atau bisa juga dari kerajaan Kahuripan dengan rajanya Airlangga),tetapi anak perempuan R.PATAH atau istri pertama ADIPATI UNUS mandul,dan ADIPATI UNUS dinikahkan lagi dengan putri sulung SUNAN GUNUNG JATI/SYARIF HIDAYATULLAH hasil perkawinan dengan putri Ong tin nio dari Cina,adik nya dari istri ADIPATI UNUS adalah HASANUDDIN raja Banten pertama thn 1552,pada thn 1579 raja terakhir Padjajaran prabu SEDAH tewas oleh panembahan YUSUF dari Banten,pada thn 1677 keraton kanoman berdiri tetapi makam yang ada dikota Cirebon adalah makam TUBAGUS…..dimasa raja ADIPATI UNUS sunan kalijaga adalah anak bupati dari Majapahit membangun masjid DEMAK,apakah…SUNAN GUNUNG JATI/SYARIF HIDAYATULLAH pergi bersama ADIPATI UNUS/PANGERAN SABRANG LOR ke Malaka thn 1512 menyerang bangsa Portugis…??, thn 1514 kerajaan Aceh berdiri rajanya bernama ALI MUGHAYAT SYAH…tetapi apakah..ada kabar makam SUNAN GUNUNG JATI/SYARIF HIDAYATULLAH ada di Aceh atau di Sumatera..atau kembali lagi ke timur-tengah,pada masa pemerintahan sultan TRENGGONO memerintahkan FATAHILLAH dari DEMAK untuk menyerang bangsa Portugis ke Sunda kalapa 22 juni 1527(kemungkinan makam nya ada dipulau jawa),yang memang ada permusuhan dari masa ayahnya ADIPATI UNUS/PANGERAN SABRANG LOR dengan bangsa Portugis,di Sunda kalapa ada prasasti PADROA peninggalan bangsa Portugis,juga di kampong TUGU Jakarta utara ada juga keturunan dari bangsa Portugis.Setelah sultan TRENGGANA mangkat kerajaan DEMAK kacau karena terjadi perang saudara,JOKO TINGKIR menantu sultan TRENGGANA yang dibantu oleh sunan Prawoto dan Ratu Kalinyamat serta penguasa daerah pedalaman berperang melawan ARYA PENANGSANG putra pangeran Sekar Seda Lepen adalah anak R.PATAH istri dari selir,ARYA PENANGSANG dibantu oleh sunan KUDUS dan penduduk pesisir…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
October 2007
S S M T W T F
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Archives

  • 54,746 guests

Categories


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: