Alhamdullilah,
Seminggu bersama adik-adik seperjuangan-ku di Fukui. Terima kasih atas kehadiran saudara Afiq, Naim, Sani, Zulhelmi, Khanapiah, Huzaimi dan tidak lupa kepada abang yang banyak mendidik saudara akhi Shah Reza. Rasa sunyi hari ini, bila kehilangan kalian semua. Terakhir yang meninggalkan aku adik Sani. Semoga Sani selamat tiba di Sendai.
Setiap yang kita sayang, pasti akan meninggalkan kita. Sebelum ini, sobetsukai telah dilaksanakan oleh sahabat-sahabat Fukui. Rasa terharu dengan susah payah untuk meraikan kepulangan kami. Semoga anda semua turut berjaya sotsugyou seperti kami! Hanya doa dapat diiringkan, usaha tetap dipihak kalian.
Ukhuwah itu indah, apatah lagi ukhuwah yang sefikrah! Dulu aku meninggalkan kampung Gifu, sekarang meninggalkan kampung Fukui. Setiap tempat punya kenangannya tersendiri. Yang besar memori aku adalah perpisahan dengan warga IPIJ yang banyk mendidik. Perpisahan dengan adik-adik yang aku tanam seribu satu harapan bagi meneruskan perjuangan di muka bumi Jepun. Semoga kalian istiqamah meneruskan perjuangan disini. Terima kasih atas nasihat-nasihat kalian untuk aku teruskan perjuangan di Malaysia nanti.
Terima kasih adik-adik-ku! Kadang-kadang aku rasa begitu bahagia berada dalam ikatan ukhuwah Islamiyyah, ikatan ini tidak pernah membezakan kami abang atau adik. Kami saling hormat menghormati dan saling kasih mengasihi. Yang kecil turut menasihati yang besar, jarang perkara ini berlaku. Nasihat kalian akan aku bawa pulang ke Malaysia, doakan aku untuk terus istiqamah dalam membina generasi Islam di Malaysia nanti. Sudah pasti dugaan nya lebih mencabar berbading di zaman student yang begitu selesa!
Pesanan Mereka yang kecil-
1. Selepas ini terjun ke dunia dakwan yang reality
2. Teruskan menulis samuraisyahid
3. Kita baru bermula
4. Jangan tonton drama sahaja
Buat adik-adik, jangan lupa perbaiki diri kearah yang lebih baik. Kalian semua punya kelebihan masing-masing. Kenali kelebihan kalian, bina ia supaya menjadi sumber kekuatan dakwah kalian. Setiap insan punya kekurangan, tetapi ia bukan penyebab kita gagal untuk kehadapan. Perbaikilah kekurangan, kerana kekurangan mampu memberi kebaikan.
Semoga kita dapat terus bersama, biar zahir berpisah tetapi batin kita akan tetap bersama jika perjuangan kita sehati dan sejalan! Aku turut doakan adik-adik bakal menjadi pemimpin yang baik bagi meneruskan usaha dakwah ini. Kita telah dilantik menjadi khalifah, dan kita perlu bertanggungjawab atas bebanan itu. Sekian dahulu.
Salam Ukhuwah SamuraiSyahid 2008
ai….dah maju nampak
tenang hati tgk susunan blog sekarang
tak macam dulu
semak btol
hehe
pape pon
selamat maju jaya
jumpa di osaka nanti
insyaAllah
salam
sedihnya baca artikel ni.
Bila sesuatu ikatan ukhuwah itu terjalin atas dasar aqidah, ia mampu memisahkan segala hubungan atas mana-mana dasar yang longgar. InsyaAllah. Semoga kita istiqamah dengan perhubungan aqidah yang kuat. Ameen!