Resah! Taktahu nak buat ape. Aku sekarang sibuk membaca buku orientalism, masih belum mendapat sebarang yang best untuk di kongsi bersama. Walaupun begitu, aku seperti nampak apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Kadang-kadang, terasa nak tukar je buku lain. Tapi aku cuba bertahan. Semoga dapat sesuatu dari buku ini.
Walaupun begitu, aku mendapati buku menonjolkan kepentingan knowledge dalam apa-apa perkara yang ingin kita lakukan. Penulis memberitahu, bagaimana kepentingan mengenali sesuatu perkara dengan mendalam adalah syarat pertama untuk kita menguasainya. Sebagai contoh, kejayaan barat menawan tanah arab adalah disebabkan pengetahuan mereka yang mendalam berkenaan orient/timur.
Dari sini, aku begitu yakin bahawa untuk menguasai mana-mana golongan atau masyarakat amat memerlukan kita mengenali masyarakat tersebut dari segi bahasa, budaya, pemikiran mereka. Aku tidak bercadang pun untuk menulis sebenarnya kerana fikiran aku masih pada keinginan membaca buku yang belum aku habiskan ini. Idea berselerakkan dalam minda, serta berkeinginan sangat untuk berkongsi. Tetapi kalau hati ditempat lain, ia tetap tidak membenarkan aku mencurahkan idea.
Aku kegelisahan untuk membeli buku ” Who Need ISlamic State” yang katanya telah memberi sedikit impak kepada kejayaan parti AKP menang dalam pilihanraya yang lepas. Begitu juga kejayaan PAS dalam memerintah tiga negeri sekarang ini. Sabar-sabar, jangan tergesa-gesa.. abiskan buku yang dah dibeli dulu.
Ketemu kita di penulisan yang lain insyaAllah. Wassalam
0 Responses to “conteng-conteng”
Leave a Reply