Assalammualaikum..
Taniah buat Dr. Noor Aneeza Bt Md Noor atas kejayaan anda menamatkan pengajian di Galway National University! Kejayaan anda adalah kejayaan buat saya juga. Semoga kita dapat meneruskan perjuangan yang seterusnya yang lebih mencabar. Semoga Allah S.W.T memberkati usaha kita untuk bersama-sama meneruskan sisa hidup ini kepada-Nya.
Penantian keputsan yang tidak pasti seolah-olah menguji kehidupan yang penuh dengan cita-cita besar. Cita-cita yang inginkan keredhaan dan kasih sayang Allah. InsyaAllah, perkahwinan kita pada 28/05/2008 dapat memberi semangat baru kepada kita untuk menerusi perjuangan bersama.
Semoga pengalaman kita ditarbiyyah di tempat yang berbeza dapat memberi satu kesatuan idea dan kefahaman yang baik kepada perjuangan Islam di bumi Malaysia ini. Marilah kita berdoa, semoga pilihan kita menepati kehendak Ilahi. Ya Allah, Kau permudahkanlah segala usaha kami untuk agama-Mu. Ameen.
Selamat Menuju Kejayaan Dunia Perjuangan Sebenar! Wassaam.
0 Responses to “Taniah!”