Salam Samurai,
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (An-Nisa’-58)
Beberapa hari ini aku menyibukkan diri membaca ayat-ayat pilihan dari tafsir Fi Zilalil Quran tulisan Sayyid Qutub. Aku cuba menghayati pemikiran Sayyid Qutub dalam mentafsir ayat-ayat Quran yang hebat itu.
Aku terpanggil untuk berkongsi perkataan “pengajaran” dalam ayat 58 surah an-Nisa’. Huraian Sayyid Qutub seolah-olah memberitahu aku cara berdakwah.
Sayyid Qutub memberitahu mengapa Allah tidak menggunakan perkatan perintah, tetapi menggantikannya dengan pengajaran? Cukup menarik.
Allah menggunakan perkataan pengajaran supaya ia lebih dekat dengan diri manusia. Manusia selalu belajar dari pengajaran. Seperti orang yang memandu kereta laju, setelah berlaku kemalangan yang membawa malang menyebabkan dia menyesal atas perbuatan tersebut. Menjadikan dia trauma dengan peristiwa kemalangan tersebut. Pada pandangan aku ia adalah pengajaran yang menginsafkan.
Mendidik manusia melalui cerita-cerita pengajaran adalah elemen penting dalam berdakwah. Ia mengajak manusia untuk berfikir kesan/akibat atas diri dari segala tindakan dan perbuatan kita.
Berbanding ayat arahan atau perintah yang mengarah seseorang membuat sesuatu tanpa mengajak mereka berfikir kebaikan dan keburukkan kepada diri mereka. Pengajaran adalah satu pendekatan dakwah yang menyedarkan manusia berfikir panjang.
Aku ingin mengajak para pendakwah dan diri sendiri supaya mengubah bentuk dan pendekatan dakwah kita kepada membina intelektual manusia untuk berfikir secara waras akan kepentingan hidup secara Islam. Sebagai contoh selsema babi adalah salah satu bukti terbaik untuk kita memberitahu kepentingan mengikut cara hidup Islam supaya mereka semua menginsafinya.
AL-QUR’AN Pro Ver. 3.0 ( Freeware )
Download Software AL-QUR’AN Pro Ver. 3.0
Al-Qur’an lengkap 30 juz ( 114 Surat + teks & terjemahan (Arab/English/Indonesia))
Tafsir Quran Lengkap, Penunjuk waktu sholat, 21 bahasa terjemahan Al-Quran, Al-Qur’an Audio with Voice of Shaikh Sudaish (Imam Mecca).
Download Gratis Sekarang . Link Download http://www.ziddu.com/download/3082887/Al-QuranProVer.3.0.exe.html
Download Software AL-QUR’AN Pro Ver. 3.0
Al-Qur’an lengkap 30 juz ( 114 Surat + teks & terjemahan (Arab/English/Indonesia))
Tafsir Quran Lengkap, Penunjuk waktu sholat, 21 bahasa terjemahan Al-Quran, Al-Qur’an Audio with Voice of Shaikh Sudaish (Imam Mecca).
Download Gratis Sekarang . Link Download http://www.ziddu.com/download/3082887/Al-QuranProVer.3.0.exe.html