10
Jun
07

PALESTIN

oleh : Maszlee Malik

Jika 13 Mei 1969 akan sentiada segar di dalam ingatan rakyat Malaysia kerana “peristiwa hitam” yang berlaku pada tarikh tersebut. Bagi rakyat Palestin, umat Arab, malah umat Islam sedunia pula, tarikh 11 Mei sepatutnya dikenang dan diingat. Apakah istimewanya tarikh tersebut? Tiada yang istimewa, ianya merupakan tarikh hitam yang jauh lebih hitam daripada peristiwa 13 Mei.

Jika peristiwa 13 Mei dijadikan pengajaran kepaa rakyat Malaysia untuk bersatu padu dan tidak melakukan sesuatu yang akan mengulanginya, maka 11 Mei juga sepatutnya menjadi pengajaran yang lebih besar kepada umat Islam sedunia.

Bagi rakyat Palestin, tarikh-tarikh dan tahun-tahun tertentu mempunyai signifikasi yang tersendiri. 1917, tarikh deklarasi Belfour merupakan kecelakaan awal di mana kerajaan Britain telah membenarkan penghijrahan kaum Yahudi Eropah ke bumi Palestin secara pukal. Tahun 1948 pula merupakan bencana yang lain. Penubuhan kerajaan haram Israel dengan restu masyarakat antarabangsa dan juga kuasa-kuasa besar dunia telah berjaya memadamkan kedaulatan rakyat Palestin dan umat Islam dari tanah tersebut. Peristiwa 15 Mei tersebut dipanggil sebagai “Nakbah” di dalam bahasa Arab yang membawa maksud “Bencana”. Tahun 1967 pula menandakan malapetaka yang lebih dahsyat.

Negara Israel telah berjaya mengalahkan lima negara Arab yang bersatu menentang mereka hanya di dalam tempoh enam hari sahaja (5 hingga 11 Jun 1967). Bukan sekadar itu sahaja, malah baki negara Palestin yang sepatutnya menjadi milik rakyat Palestin berdasarkan resolusi 181 Liga Bangsa-Bangsa (League of Nations) juga telah dijajah. Baki tersebut meliputi Jalur Gaza yang diletakkan di bawah kekuasaan Mesir dan juga Tebing Barat yang diletakkan di bawah kekuasaan Jordan. Semenanjung Sinai milik Mesir dan juga Bukit Golan milik Syria juga telah berjaya ditawan oleh Israel.

Negara Israel telah berjaya mengalahkan lima negara Arab yang bersatu menentang mereka hanya di dalam tempoh enam hari sahaja (5 hingga 11 Jun 1967).


Lebih menyedihkan lagi, kota suci Baitul Maqdis dan juga masjid ketiga suci umat Islam, Masjid alAqsa berjaya ditawan oleh Israel. Kerajaan Israel kemudiannya telah menukarkan tembok barat masjid menjadi “Kotel” ataupun tembok meratap mereka. Sehingga hari ini, Israel masih lagi berkuasa penuh terhadap masjid al-Aqsa dan segala yang berkaitan dengannya. Kejayaan tersebut telah melengkapkan penguasaan kerajaan Israel ke atas tanah-tanah bersejarah yang pernah dihuni oleh nenk moyang mereka.

Naksah 1967

Peristiwa tersebut telah dipanggil oleh kaum Arab sebagai “Naksah” yang bermaksud “kekalahan”. Orang pertama yang menggunakan istilah tersebut adalah komander perang di pihak Arab, iaitu Jeneral Gamal Abdul Nasser, mantan presiden Mesir. “Naksah 1967” tersebut telah membuka lembaran baru di dalam sejarah umat Islam. Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama, masjid ketiga suci dan juga bumi Israk dan Mikraj sekali lagi jatuh ke tangan penjajah. Jika tahun-tahun 1099 sehingga 1187 umat Islam pernah menyaksikan masjid tersebut ditawan oleh tentera Salib dari Eropah, kini mereka menyaksikan penjajah Yahudi Zionis dari Eropah pula menjajah masjid tersebut. Jika di zaman tentera salib, masjid tersebut telah ditukarkan menjadi kandang kuda oleh mereka, Naksah 1967 pula menyaksikan persitiwa yang berbeza.

Yahudi Zionis pula mempunyai perancangan yang lebih licik dan cerdik. Mereka tidak terus merobohkan ataupun menukarkan Masjid tersebut menjadi kuil Yahudi. Mereka lebih berhati-hati di dalam hal ini. Peristiwa Naksah 1967 telah menyaksikan bagaimana mereka telah memulakan usaha menukarkan masjid menjadi kuil secara berperingkat-peringkat dan bernafas panjang.

Segala penggalian di bawah masjid al-Aqsa berjalan sehingga hari ini. Penggalian yang telah menyebabkan keretakan di keseluruhan masjid al-Aqsa juga adalah sebahagian daripada usaha jangka panjang mereka pasca “Naksah 1967”. usaha mengahalau keluar rakyat Palestin muslim dan kristian dilakukan perlahan-lahan sehingga hari ini. Pembinaan muzium dan juga kuil sementara di bahawa masjid juga merupakan sebahagian daripada kesan “Naksah 1967”. Pengawalan ketat ke atsa masjid dan juga halangan kepada kaum muslim untuk memasuki masjid tersebut setiap hari sehingga detik ini juga merupakan kesan “Naksah 1967”. Benarlah penamaan peristiwa tersebut sebagai “Naksah” ataupun malapetaka. Bukan hanya ianya malapetaka bagi rakyat Palestin di Tebing Barat, Gaza dan Baitul Maqdis, malah kepada umat Islam keseluruhannya yang telah kehilangan masjid ketiga suci mereka!

Mukjizat

Kepahitan kepada sesetengah pihak merupakan kemanisan bagi pihak yang sebaliknya. Kemenangan bagi satu pihak juga merupakan kekalahan bagi pihak lawannya. Begitulah peristiwa naksah 1967. Malapetaka bagi rakyat Palestin, bagnsa Arab dan juga umat Islam sedunia merupakan “mukjizat” bagi dua golongan yang lain. Golongan yang pertama ialah golongan Yahudi Zionis, manakala golongan kedua adalah golongan Kristian Zionis.

Golongan Ortodoks yang majoritinya menentang gerakan Zionis dan juga negara Israel bagaikan terpegun melihat “mukjizat” pada 11 Mei 1967


Di dalam bukunya “Enemy From Within”, Rabbi Yakov Rabkin telah menegaskan fakta ini. Golongan Yahudi Zionis yang berteraskan pemikiran sekular pada awalnya menerima tentangan daripada golongan Ortodoks Yahudi, malah oleh majority kaum Yahudi yang “beriman” dengan kitab Taurat dan Talmud. Ideologi Zionis membawa pulang bangsa Yahudi ke bumi Palestin, membina negara Israel dan mengusir keluar penduduk asalnya dilihat sebagai satu ideology “kufur” oleh golongan Ortodoks.

Ideologi tersebut bertentangan dengan ajaran Talmud yang mengharamkan kaum Yahudi pulang ke bumi Palestin sebelum kedatangan “Messiah” (penyelamat) di akhir zaman. Menurut Rabbi Yizroel Weiss, dari pertubuhan Yahudi Ortodoks “Naturei Karta”, “Sebarang usaha membawa pulang kaum Yahudi ke bumi Palestin tanpa Messiah adalah satu dosa besar dan melanggar peraturan Talmud”.

Peristiwa Naksah 1967 telah merubah persepsi tersebut. Golongan Ortodoks yang majoritinya menentang gerakan Zionis dan juga negara Israel bagaikan terpegun melihat “mukjizat” pada 11 Mei 1967. Lima buah negara Arab kalah di tangan Israel. Ibarat perlawanan Daud dan Jalut. Hal ini telah membuatkan ramai dari kalangan Yahudi Ortodoks telah mula memberikan pentafsiran baru kepada “larangan” pulang ke bumi Palestin tanpa “Messiah”. Sehingga kini, pendapat yang menentang ideology Zionis dan juga penubuhan negara Israel di kalangan Yahudi Ortodoks merupakan pendapat yang minoriti, tidak seperti pre-1967.

Zionis Kristian

Bagi golongan “Dispensionalist” Kristian yang mempercayai akidah “Apocalypse” dan juga “End Day Doctrine” , peristiwa Naksah 1967 juga mempunyai signifikannya. Golongan yang lebih sinonim dengan gelaran Kristian Zionis menurut Dr. Stephen Sizer di dalam bukunya “Christian Zionism” mempercayai bahawa Jesus A.S. akan turun semula ke bumi untuk mengkristiankan umat manusia sedunia. Walau bagaimanapun kedatangan Jesus akan didahului oleh beberapa persitiwa “wajib”. Perkara pertama yang wajib berlaku ialah kepulangan kaum Yahudi ke bumi Palestin. Perkara tersebut dianggap mustahil bagi ramai penganut Kristian pada awalnya, memandangkan kaum Yahudi sendiri enggan pulang ke bumi tersebut sehinggalah kemunculan Messiah.

Deklarasi Belfour, peristiwa Nakbah 1948 dan akhirnya peristiwa Naksah 1967 telah merubah persepsi ini. Akhirnya gerakan ini menjadi begitu popular, terutamanya di Amerika Syarikat (AS). Jerry Falwell dengan bongkak pernah mendakwa bahawa mereka mempunyai sokongan lebih 70 juta rakyat di seluruh AS pada tahun 2002.

Menurut Timothy P. Weber di dalam bukunya “On The Road To Armageddon”, beliau telah membawa fakta-fakta yang sarat menunjukkan usaha tidak kenal jemu golongan Kristian Dispensationalis menyokong kerajaan Israel. Usaha kumpulan ini begitu intensif sehingga mereka Berjaya menentukan dasar luar AS terhadap Israel. Mendiang Jerry Falwell, Pat Robertson, Hal Lindsey, Oral Roberts dan lain-lain nama golongan ini merupakan di antara pemuka-pemuka mereka yang bertanggungjawab menyuburkan ideology tersebut pasca Naksah 1967.

Jika golongan Zionis Kristian dan Yahudi telah berjaya mencipta kemenangan dan mengisikan kemenangan tersebut sehingga segala yang berlaku mutakhir ini, apakah pula usaha umat Islam selama 40 tahun ini?


Jerusalem Conference on Biblical Prophecy yang berlangsung pada 15-18 Jun 1971 telah membuka ruang yang luas kerjasama di antara golongan Dispensionalis (Zionis Kristian) dan juga negara Israel (Zionis Yahudi). Kini segala usaha untuk mengYahudikan Baitul Maqdis, perobohan Masjid al-Aqsa dan juga pengukuhan negara Israel di muka bumi ini adalah hasil kerjasama dua golongan ini yang didakwa sebagai paksi politik di Timur Tengah.

Kini selepas 40 tahun Naksah, apakah pula sikap umat Islam yang berada di pihak yang kalah?

Jika golongan Zionis Kristian dan Yahudi telah berjaya mencipta kemenangan dan mengisikan kemenangan tersebut sehingga segala yang berlaku mutakhir ini, apakah pula usaha umat Islam selama 40 tahun ini?

Apakah umat Islam akan terus meratapi kekalahan mereka sehingga 40 tahun berlalu?

Apakah umat Islam juga akan hanya menantikan mukjizat lain untuk membantu mereka?

Atau mereka perlu menantikan munculnya Salahuddin yang baru untuk memerdekakan Masjid al-Aqsa dan Baitul Maqdis?”

#p/s- Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui berkenaan masjid al-Aqsa, boleh dapat buku tersebut dari saya. Untuk orang-orang dekat sini je🙂 , yang jauh kena cari kat kedai kot.  Wassalam


1 Response to “PALESTIN”


  1. tham31000000Wed, 15 Aug 2007 10:52:18 +000015am07, J0000008 9, 2007 at 15:50 +00:00Aug

    Salamualaikum…
    Tahniah atas huraian yg baik…
    Ana ambil artikel ni utk dimuatkan dlm risalah sepena prg Bulan Aman Palestin yg
    kami anjurkan di Matrik ana.Harap di halalkan.
    Syukran.May Allah bless u.

    WaAllahua’alam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
June 2007
S S M T W T F
    Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: