11
Jun
07

DISEBALIK PENJAJAHAN

PENGARUH IMPERIALIS TERHADAP SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MELAYU YANG BERTERASKAN ISLAM

 

Muhammad Nuruddin Bashah

Universiti Malaya

1) Pendahuluan

 

Kertas kerja ini cuba untuk tidak memfokuskan pengaruh penjajahan daripada barat semata-mata sebaliknya cuba melihat dampak penjajahan melalui skop yang lebih luas. Jika diperluaskan lagi skop ini, perbahasan neo kolonialis boleh dijadikan satu topik perbahasan detail seperti serangan budaya dan norma daripada barat. Pada penulis, cukuplah skop ini dihadkan kepada penjajahan berasaskan wilayah dan rantau politik secara nyata.

 

Menurut Syed Muhd Naquib Al-Attas, teori sejarah secara runcit-runcitan atau mikro yang terlalu tafsil(detail) tanpa melihat dampak dan pola akan datang adalah terlalu acap dikupas. Perbahasan adil, makro dan mencapah serta mengambil kira kesemua faktor yang membentuk sejarah perlu dilihat.

 

2) Tamadun Melayu-lndonesia Sebelum Imperialis.

 

Melayu juga imperialis dalam konteks wilayah dan perluasan kuasa. Melayu mudah menerima konsep Buddha dan Hindu atas sebab nilai otoktoni.
contohnya:- persoalan raja dan kedaulatan.

 

Melayu hanya menerima nilai falsafah dan kesenian sastera sahaja dengan meninggalkan ajaran sebenar agama Hindu. Hal ini kerana melihat kehendak raja dan setempat yang masih kekosongan.

 

Melayu mudah menerima Islam kerana dibawa oleh pendakwah sebenar yang fasih berbahasa melayu(sejak zaman jahiliyah) dan komited dengan da’wah. llmu kalam dan teori mantiq merasionalkan Melayu(Barat hanya menambah rasionalisme yang lebih cosmopolitanisme dan liberalisme).

 

3) Kedatanqan imperialis pasca Renaissance (abad ke-16)

 

3.1) Kedatanqan Portugis

 

Benarkah Portugis datang ke Asia Tenggara kerana empah? Bagatmana dengan pangkalan rempah Yaman dan Venice yang lebih besar? Bagaimana dengan laporan-laporan Alfonso De Albourqe yang berbau politik kepada Raja Portugis?.

Datang kerana God, Gold, Gospel (3G). Ledakan revolusi kesenian dan ketamadunan mendesak Portugis keluar. Teknologi Asia Tengah(Uthmaniyah) dan barat adalah agak setara pada abad ke-16. Asbab kepada kedatangan lebih ramai orang barat.

 

3.2) Kedatangan Belanda

 

Mengajar erti kawan dan lawan. Berseteru sesama negeri umat Islam.Contoh:
Aceh. Terpecah bangsa-bangsa Melayu.

 

3.3) Kedatangan Inqqeris.

 

Silent Movement dan serampang dua mata. Guna falsafah “Give and take”. Inggeris berpakat dengan Belanda sehingga taxonomy Melayu dan “Suku Barrier” mula meledak. Tiada lagi integrasi antara pulau-pulau Melayu secara bebas. Permusuhan kesejagatan Melayu.

 

Pengaruh utama.

  • Cara Pendidikan(Raffles pecah pengajian Bahasa Melayu, jawi dan Al-Quran)-Munsyi Abdullah.
  • Cara Pentadbiran(ledakan globalisasi perindustrian mengkehendaki satu norma dan kehendak yang sama).
  • Keagamaan-pemusnahan penyebaran sistem pondok dan pengajian progresif.
  • Sistem ekonomi-dari berniaga kepada budaya makan gaji.(membunuh jati Melayu sebagai tonggak negara).
  • Pecah dan perintah.

 

3.4) Kedatanqan Jepun

 

Pengaruh utama.Semangat Asia untuk Asia. Kekejaman yang memecah perintahkan secara lebih teruk. Dilemma kaum.

 

Mengajar Melayu agar jangan hanya makan gaji sehingga terpaksa gadai negara
dan rakan bangsa lain. Menumbuh semangat kemerdekaan dari budaya kebergantungan kepada Inggeris dan barat. Memberi kelebihan kepada golongan intelek melebihi bangsawan yang lebih gemarkan British.

 

4) Mengapa ajaran Kristian tidak berjaya menqhakis semanqat kelslaman vang menebal?

 

Penerimaan terhadap Islam yang menekan konsep saintific dan estetik yang tidak eksklusif. Contohnya tulisan dan bahasa Sanskrit yang estetik dan hanya eksklusif untuk golongan Brahmin sahaja.

 

Ajaran Kristian yang disebar tidak bersungguh-sunguh untuk menggantikan tradisi Islam yang menyeliputi otoktoni Melayu seperti ajaran tasawuf, sistem beraja secara Islam. ajaran tauhid secara ilmu kalam dan budaya akhlak islam yang cocok dengan nilai ketimuran.

 

Ajaran Kristian dimoderate selepas ledakan Protesian(Martin Luther). Benteng sistem pengajian konvensional secara tradisional, merupakan tonggak kepada fahaman rakyat sama ada yang belajar secara langsung atau di surau dan masjid.(Prof Syed Naquib Al-Attas).

 

Ajaran Kristian diselitkan dengan imej sombong, bongkak, pengkelasan masyarakat lantaran bawaan pegawai-pegawai British yang bersikap demikian.

 

5) Impak Imperialis kepada keaqamaan dan kebudayaan oranq Melayu.

 

Penapisan dan tekanan yang kuat Belanda kepada rakyat Indonesia.Contoh: Ibadah Haji. Penyaingan sekolah agama dengan sekolah Melayu yang diselit dengan asuhan sekular selain elemen sekolah primier yang lebih ketara sekularnya.

 

Pengurangan penggunaan bahasa Lingua franca (pasca pengaruh Islam) kepada penggunaan bahasa Inggeris yang mendominasi Jabatan Kerajaan Negeri Bersekutu dan sedikit pada negeri tidak bersekutu.

 

Penghakisan tulisan jawi kepada tulisan rumi yang impaknya ketara kepada pembelajaran Al-Quran dan Ilmu agama. Golongan awam lebih rendah basic agamanya daripada golongan sebelum mereka.

 

Sistem beraja yang dinasihati oleh mufti yang mana pernah termaktub dalam Kanun Undang-undang Melaka tentang hukuman hudud, kemudiannya diserap kuasa mereka melalui mahkamah sivil dan mahkamah syari’ah.

 

Penyerapan kesenian barat mengakibatkan budaya Meiayu yang mendokongi elemen Islam telah dilayukan sehingga menghasilkan golongan separa Islamis separa secular ala tahun 1930 1960an.

 

Kebangkitan ulama’ yang taat dan setia kepada Pan Islam Turkey. Asas kepada terbitnya sikap meniru budaya popular yang menghakis benteng ketamadunan Melayu.

 

Menerbit golongan agama yang progresif dalam arus “menerima dalam menolak” kebanjiran budaya negatif barat. Persaingan kaum muda dan kaum tua sedikit sebanyak menerbitkan kesedaran betapa Islam mempunyai pelbagai Jalan hidup yang terbuka dan berprinsip.

 

6) Satu kajian kes: Bagaimanakah institusi pondok dikatakan mewarisi serta membentengi ketamadunan Melayu?

 

Melayu yang secara “principal exclusivness” bertaut dengan Islam(Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud dalam Seminar Kefahaman Mengenai Rakyat Berjiwa Merdeka 2005, IK!M) mewariskan tanggapan bahawa Melayu itu Islam dan Islam di rantau ini adalah Melayu.

 

Tulisan arab-melayu yang mula digunakan sejak era persuratan Melayu Islam sekitar abad ke-15 lagi telah menerbitkan ulama’ penulisan Islam yang tersohor seperti Nuruddin Ar Raniri(Karyanya Siraat Al Mustaqim adalah tulisan fiqh yang pertama dalam tulisan jawi), Abdul Rauf Fansuri(juga disebut Singkel) serta Hamzah Al-Fansuri yang membawa konsep teologi mistik yang berunsur tasawuf. Budaya ‘talaqqi’ mewarisi aspek ketamadunan Melayu terbesar iaitu tulisan yang asli(mengikut lafaz dan nahu arab).

 

Pondok menjadi pusat latihan dan penyebaran ilmu silat. Dengan eleman sufi dan spiritual, ajaran silat menjadikan pondok lebih popular dan penting dikalangan kanak-kanak lelaki.

 

Sistem pondok menjadi pakar penasihat sultan-sultan Patani, Kelantan dan Terengganu seperti Sheikh Ahmad bin Mohd Zin Al-Fathoni dengan tulisannya As-Siyasah Wa Tadbir.

 

7) Penutup

 

Dalam ruangan masa dan keadaan yang sempit ini, adalah mustahil bagi kita untuk mengupas secara terperinci perihal pengaruh yang telah berlaku kepada struktur kebudayaan dan tradisi beragama Meiayu di Nusantara dan Asia Tenggara ini. Perbahasan kali ini seolah menidakkan pengaruh komunisme yang menular serta mengancam institusi pengajian Islam di Kemboja, Burma dan selatan Thailand. Pengaruh terbesar dan terburuk impirelis ialah apabita terpisahnya Pattani Darul Salam (Fatoniy, menurut tulisan ulama’ silam) daripada cebisannya iaitu Kelantan dan utara Kedah Malaysia, la juga mengakibatkan Acheh iaitu sebuah kerajaan berdaulat terpaksa bergabung dengan kerajaan sekular campuran komunis Indonesia tajaan Sukarno apabila kekalutan penjajahan Jepun. Hal inilah yang mengakibatkan banyak tradisi dan ketamadunan Melayu Islam musnah dan tercarik dek modenisasi, dimana Patani dan Acheh adalah antara tempat yang mempunyai keluaran ulama’, manuskrip, tinggalan peralatan lama serta budaya beradab.

 

Penuiis mengharapkan agar hadirin dapat menambahkan informasi dan pengetahuan sekitar pengaruh buruk yang melanda rantau ini dimana fokus perlu diberikan juga kepada bangsa Melayu yang merupakan tonggak utama agama Islam di Asia Tenggara. Penidakan aspek kemelayuan ini akan memincangkan asas perbahasan sejarah pengaruh westomania ini yang mana dampaknya kita lihat berlaku dikalangan masyarakat dan muda mudi Melayu Islam.

 


0 Responses to “DISEBALIK PENJAJAHAN”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
June 2007
S S M T W T F
    Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: