14
Jun
07

KAJIAN BERKENAAN PAS

Imam An-Nawawi menyatakan, apabila berlaku dua baiaah, maka khalifah yang wajib diberi wala’ adalah khalifah yang di baiaah terlebih dahulu. Adapun khalifah dibaiaah terkemudian, maka hendaklah dilaksanakan hukuman bunuh kepadanya[20]. Ulasan imam An-Nawawi ini menyamai ulasan yang dikemukakan oleh Imam Al-Qurtubi didalam kitabnya “Jami’ Li Ahkam Al-Quran[21]

Perbahasan ini dilihat ketika kewujudan khalifah. Adapun dunia Islam kini berada dalam kerangka pemerintahan yang tidak mempunyai khalifah, maka dengan demikian, perbahasan ini perlu kepada “pengecilan skop” untuk di realisasikan kepada reality jemaah-jemaah islam yang wujud di sesebuah Negara.

Maka dengan itu, maksud disebalik “bunuh khalifah yang terkemudian” adalah dengan membunuh “pemberian wala’” kepada jemaah yang wujud terkemudian, dan wajib memberi wala’ kepada jemaah yang terdahulu.

Memahami perbahasan ini, di fahami bahawa, di Malaysia, jemaah Islam wajib di beri wala’ adalah PAS, ini kerana, PAS adalah jemaah Islam yang tertua di Negara ini, jika dibandingkan dengan jemaah-jemaah islam yang lain.

BENARKAN PAS ADALAH JEMAAH ISLAM YANG TERTUA DI MALAYSIA?

Pada 21 Zulkaedah 1370, bersamaan 24 November 1951, PAS berjaya didaftarkan sebagai satu badan politik yang berdaftar secara rasmi[22].

PAS adalah singkatan nama dari “Parti Islam Se-Malaysia[23]” yang telah di pelopori oleh gerakan Ulama di Malaya. Kelahirannya adalah hasil dari kesedaran politik Islam untuk mendaulatkan Agama Allah di muka bumi ini.

Berdasarkan kepada sejarah, kelahiran PAS berpunca dari beberapa orang agamawan di Negara ini, yang merupakan anak-anak murid kepada As-Syaikh Muhammad Abduh dari Timur tengah.[24] Kelahiran PAS tersebut bermula dengan nama Hizbul Muslimin yang telah diharamkan oleh British melaui akta darurat pada 18 jun 1948.

Selepas dari pengharaman tersebut, ramai dari pemimpin-pemimpin Hizbul Muslimin di tangkap oleh British yang menyebabkan gerakan ulama tersebut terpaksa bergerak “secara rahsia” dengan menyertai bahagian-bahagian agama dan pelajaran pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dengan tujuan untuk menyampaikan mesej agama kepada masyarakat[25].

Hasil dari gerakan ulama “secara rahsia” tersebut, bekas ahli-ahli Hizbul Muslimin telah menyerapkan kefahaman islam kepada masyarakat sehinggakan berjaya mengumpulkan ulama-ulama yang tersebar di Negara ini dibawah satu badan, yang melahirkan satu persidangan Ulama Malaya, yang diadakan di Muar Johor pada 21-22 Febuari 1950[26].

Dengan persidangan tersebut, melahirkan satu lagi persidangan yang sama buat kali keduanya pula pada 23 ogos 1951 bertempat di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur.

Dari persidangan kali kedua tersebut melahirkan satu perlaksanaan usul bagi menubuhkan sebuah organisasi yang didokong oleh golongan ulama-ulama ini; yang diberi nama dengan “Persatuan Ulama Malaya”.

Dengan tertubuhkan persatuan ulama Malaya ketika itu, membayangkan golongan ulama-ulama yang mendokong persatuan ulama Malaya tersebut, keluar dari UMNO sudah tergambar, disamping banyak isu-isu islam yang gagal di atasi oleh UMNO, seperti isu Natrah, sekongkol UMNO dengan British, anjur program Funfair, Loteri dan kaberet UMNO.

Maka dengan demikian, lahirnya satu persidangan ulama Malaya yang tidak dilibatkan oleh Bahagian Agama dan pelajaran UMNO yang menyebabkan nama Persatuan Ulama Malaya bertukar kepada Persatuan Islam SeMalaya, dengan nama ringkasnya PAS[27].

Daripada perbahasan dan fakta sejarah yang dinukilkan ini, membuktikan bahawa PAS adalah sebuah jemaah islam yang tertua di Negara ini, jika dibandingkan dengan jemaah-jemaah yang lain.

Maka dengan demikian, jika di perhatikan segala perbahasan di atas difahami bahawa jemaah Islam yang wajib mengiltizamkan diri adalah PAS, bukan yang lainnya.

2. PENGAJARAN DARI AFGANISTAN UNTUK MEMAHAMI BAHAYA TAADUD JEMAAH

Taadud bermakna “berbilang-bilang”. Berbilang-bilang jemaah merupakan sesuatu yang amat bahaya kepada kesatuan umat Islam, yang kadangkala boleh melahirkan fitnah dimata-mata non muslim.

Ini di buktikan dengan kejadian yang telah berlaku di Afghanistan di zaman peperangan Islam bersama dengan tentera soviet Rusia.

Membaca sejarah Afgahnistan, didapati bahawa peperangan di Afgahnistan di zaman Soviet, gerakan jihad yang menyerang tentera Rusia terdiri dari beberapa jemaah, iaitu adalah seperti berikut;

Jemaah yang di kepalai oleh General Hekmatyar
Jemaah yang dikepalai oleh Prof Burhanuddin Rabbani
Jemaah yang dikepalai oleh Masoud.

Setelah kekalahan Rusia yang menyebabkan mereka keluar dari Afghanistan dalam keadaan hina, Afghanistan di perintah oleh golongan-golongan mujahidin ini, yang melahirkan perebutan kuasa dalam menentukan portfolio masing-masing didalam kerajaan.

Maka dengan demikian, berlakulah beberapa pertelagahan sesama mereka, terutama diantara General Hekmatyar dan Prof. Burhanuddin Rabbani sehinggakan lahirlah satu pergerakan mahasiswa (Taliban) bagi membendung perbalahan ini yang dikepalai oleh seorang ketua pelajar mereka yang bernama Mulla Omar mujahid yang berasal dari Bandar Kandahar, dan ketika itu berumur 33 tahun. Beliau telah bangkit bersama-sama dengan 15 hingga 30 orang pelajar-pelajar agama untuk menyelesaikan perbalahan ini. [28]

Tindakan permulaan Taliban dalam menyelesaikan perbalahan antara General Hekmatyar dan Prof. Burhanuddin Rabbani adalah dengan menghantar rombongan yang terdiri daripada beberapa orang Ulama dan beberapa orang Komander untuk menyelaraskan undang-undang Islam bagi menyempurnakan maksud perjuangan mereka yang sebenar.

Rombongan tersebut tidak dilayan oleh mereka berdua yang menyebabkan Taliban menghantar orang-orang tua yang berjanggut dan berpakaian putih (orang-orang yang dihormati) buat kali keduanya, untuk berbincang lagi bagi menyelaraskan undang-undang Islam dan menghentikan perbalahan diantara mereka.

Tindakan Taliban tersebut menyebabkan golongan Hekmatyar dan Burhanuddin menjadi marah dan mengambil sikap untuk menyerang Taliban. Sikap dari dua golongan ini menyebabkan berlakunya peperangan antara Taliban dengan mujahidin-mujahidin yang pernah berperang menentang Rusia terdahulu[29].

Daripada fakta sejarah Taliban ini sudah cukup untuk digambarkan betapa bahayanya fahaman “Taaddud Jemaah” yang memberi kesan buruk kepada kesatuan umat Islam. Juga, memberi gambaran buruk kepada agama Islam sendiri di mata-mata non muslim.

KESIMPULAN

Melihat segala perbahasan ini, difahami bahawa PAS adalah jemaah Islam yang wajib diiltizamkan diri oleh setiap umat Islam di Negara ini. Jika tidak berbuat demikian, maka orang islam tersebut dibimbangi berada dikalangan mereka-mereka yang mudah tergelincir ke lurah fitnah yang sedang hebat menyerang aqidah-aqidah umat islam.

Juga, setelah difahami bahawa PAS adalah jemaah Islam, maka tidak selayaknya ahli-ahli PAS yang sudah bersama dengan PAS memberi wala’ kepada jemaah yang lain dari PAS, ini kerana, perbuatan tersebut menyanggahi “maqasid” atau kandungan maksud sabda Nabi SAW;

إذا بُويِعَ لِخَلِيفَتَيْنِ فَاقْتُلُوا الْآخَرَ مِنْهُمَا

Maksudnya;
“Apabila di Baiaah dua orang khalifah, maka hendaklah di bunuh salah satu daripada kedua-duanya[30]

Kelemahan didalam sesuatu jemaah islam adalah perkara biasa, tetapi dengan kelemahan tersebut tidak bermakna mesti menubuhkan jemaah islam yang lain. Ini kerana, dengan tindakan sedemikian akan melahirkan kelemahan yang lain pula, yang dengan demikian usaha untuk mencapai matlamat tidak akan kesampaian.

Adalah tidak wajar bagi seorang doctor, apabila dia melihat klinik sahabatnya kekuarangan pakar, lalu dia menubuhkan klinik yang lain dengan harapan untuk melahirkan sebuah klinik yang sempurna. Dengan itu, kliniknya pula menghadapi kekuarangan pakar. Adalah baik baginya kalau dia menggabungkan dirinya dalam klinik yang sudah sedia ada. Kepakarannya dapat di gabungkan dengan kepakaran sahabatnya yang berada di klinik itu.

Mungkin ada dari kalangan mereka menyatakan bahawa, berbilang-bilang jemaah adalah sesuatu yang tidak menjadi kesalahan dengan bukti mereka yang merujuk kepada ulasan Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam bukunya “Fiqh Ad-Daulah”.

Bagi memastikan kebenaran dakwaan ini, perlu merujuk kepada tulisan Al-Qaradhawi sendiri. Setelah dibaca dari tulisan itu secara menyeluruh, didapati bahawa keizinan dari fakta Dr Yusuf Al-Qaradhawi itu adalah sekiranya semua jemaah berada dalam kefahaman dan saling kuat mengkuatkan. Hal ini boleh dirujuk didalam buku karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi sendiri, iaitu buku Fiqh daulah di halaman 253 (terjemahan)[31].

Jika di perhatikan di Malaysia, kewujudan jemaah yang lain tidaklah mengandungi maksud seperti yang dinyatakan oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Ini dibuktikan dengan kejadian penglibatan Dato’ Sri Anuar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982, yang rata-rata ulama-ulama didalam ABIM dan JIM ketika itu, yang “memfatwakan” bahawa “harus masuk UMNO” sehinggakan mereka sendiri memperlekeh dengan gerak kerja yang telah dilakukan oleh PAS ketika itu.

Mudah-mudahan dengan tulisan yang terhasil dari kajian yang tidak seberapa ini memberi gambaran sebenar dalam memahami maksud “bahaya di sebalik taaddud jemaah”

Sekian
Wallahualam.

BIBLIOGRAFI

Badai’ As-Suluk Fi Tartib As-Sanai’ : ‘Alauddin Al-Kasani : Dar An-Nasyr : Bairut : 1982 : cetakan kedua

Pendita yang hilang : Mustafa Kamal Atarturk : Ahmadi Al-Aziz : Usnie Publisher : 1998 : cetakan pertama.

30 Pendekar dan pemikir Islam dari masa ke masa : Imam Munawwir : pt. Binailmu : 2006 : cetakan kedua.

Jihad dalam Politik & persoalan Negara Islam mengikut Pandangan Sa’id Hawa : Muhammad Pisol Mat isa : M Khari Enterprise : 2001 : cetakan pertama.

Abdullah Azzam : merintis khilafah yang hilang : Ibnu Ismail : Pustaka Syuhada : 2001 : cetakan kedua.

Sahih Muslim : Muslim bin Hajjaj Abu Al-Husain Al-Qusyairi An-Naisaburi : Dar Ihya’ At-Turath Al-‘Arabi : Bairut : tahqiq : Muhammad Fuad Abdul Baqi : tanpa Tarikh.

Perlembagaan Parti islam Semalaysia (PAS) Pindaan 1993

Syarh An-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim : Abu Zakaria Yahya bin Syarf bin Mary An-Nawawi : Dar Ihya at-turath al-arabi : Bairut : 1392 H : cetakan kedua.

Al-Jami’ As-Sahih Al-Mukhtasar (sahih Al-Bukhari) : Muhammad bin Ismail Abu Abdillah Al-Bukhari Al-Ju’fi : Dar Ibni Kathir : Al-Yamamah : bairut : 1407 H : 1987 M : cetakan ketiga.

Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari : Ahmad bin Ali bin Hajr Abu Al-Fadhl al-‘Asqalani As-Syafii : Dar Al-Ma’rifah : Bairut : Tahqiq : Muhibbuddin : tanpa tarikh

Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah Alam Melayu : Auni Haji Abdullah : Darul Fikir Sdn Bhd : 2005 : cetakan pertama.

Tok Janggut : pejuang atau penderhaka? : Nik Anuar bin Nik Mahmud : Hazco Print : 2005 : cetakan pertama.

Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran : Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad Al-Ansari Al-Qurtubi : Dar An-Nasyr : Kaherah : tanpa tarikh

15 sebab kenapa memilih PAS : Ustaz Idris bin Haji Ahmad : Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd : tanpa tarikh.

Siapakah Tholiban? (terjemahan) : Fadhal Muhammad bin Nur Muhammad Yusuf Zaei : Pustaka Reka : 2001 : cetakan pertama.

Fiqh Ad-Daulah menurut perspektif Islam (terjemahan) : Dr Yusuf Al-Qaradhawi : Maktabah Al-Qardhawi, Selangor : 1998 : cetakan pertama.

OLEH: Al-Bakistanii


[20] Syarah Sunan Ibnu majah : 1/206.
[21] Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran Li Al-Qurtubi : 1/272.
[22] 15 sebab kenapa memilih PAS : 22
[23] Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) : bab pertama fasal 1: m/s 1.
[24] 15 sebab kenapa memilih PAS : m/s 9.
[25] 15 sebab kenapa memilih PAS : m/s 9
[26] 15 sebab kenapa memilih PAS : m/s 10.
[27] 15 sebab kenapa memilih PAS : m/s 13.
[28] Siapakah Tholiban? :m/s 30
[29] Siapakah Tholiban? :m/s 45-46.
[30] Sahih Muslim : 3/1480 : hadis no : 1853.
[31] Lihat Fiqh Ad-Daulah (terjemahan) : m/s 253.


6 Responses to “KAJIAN BERKENAAN PAS”


  1. 1 istisyad
    tham28000000Thu, 19 Feb 2009 10:24:58 +000019am09, J0000002 9, 2007 at 15:50 +00:00Feb

    Salam.. mmberi wala’ kepada khalifah, bukan presiden parti kn? =).. Sekarang ni negara Malaysia masih belum Islam kn?

  2. 2 zat besi
    tham31000000Fri, 06 Mar 2009 08:36:22 +000006am09, J0000003 9, 2007 at 15:50 +00:00Mar

    salam. waaah. terima kasih atas pencahayaan. satu soalan.. ni kajian tentang jemaah tertua di Malaysia. tapi, kita bukan kat Malaysia je ada muslim kan? so, in discussing on kesatuan, wouldnt it be more interesting studying on achieving kesatuan muslim sedunia? sbb rasanya lbh penting dan lbh bermasalah adalah umat islam seluruhnya. Malaysia memang masalah kerana kepimpinan atau dgn kata lain negara masih belum islam. tapi kalau banding masalah kita di Malaysia apalah nak banding dgn masalah umat islam merata dunia di sana sini. so, apa pandangan? Would it be possible that di dunia ni sbnrnya dah tertubuhnya jemaah islam yang menegakkan sunnah dan Quran sbgmana ajaran rasulullah kita sanjungi.. would it be possible ada dah jemaah out there yg dah ditubuhkan lebih tua usianya dari PAS sendiri.. dan jemaah yang bertujuan menyatukan umat islam bukan sahaja mengikut batasan negara dan kewarganegaraan (huhu negara sbgmana org hari ini faham la.. sbgmana yg diciptakan oleh penjajah setelah bumi Allah dipecah2 dan dibatasi dgn garisan2 sempadan)? Ada ke?

  3. 3 hadi
    tham31000000Tue, 17 Mar 2009 04:55:18 +000017am09, J0000003 9, 2007 at 15:50 +00:00Mar

    salam,.,
    to penulis:
    pertama n kedua syabayasss ‘alaik sb tlh menghasilkan kajian y bernas,.,
    tertarik utk komen.,.sb aku tao ko mesti malas nk layan budak2 y xreti bahasa kt sini,.,meh aku tlg layaan kann,.,haha,,truskan pjuangan!!
    to istisyad:
    ape laa yang benak sgt kao ni!!
    dah zaman dulu xde presiden parti,.takkan la nabi nk sebut presiden parti dalam hadis baginda kot.
    guna kaedah qias la.macam khamar ada ayat haram khamar,qiaskan dgn rokok..ape kao ingat ayat quran xsebut ‘ROKOK’ ko bleh merokok laa mcmtuu.,.bodoh!!
    to zat besii:
    kao ni lg satu.,.aku nk kasi jawapan sket,.mmg la bukan kt mesia je ada muslim,.,kat indonesia ada kt filipina ada kat mexico pn ade,.,harituu aku pi tgk kt cina pn ade gak!!ko xtau kee?meh aku tlg cirita kat ko,.,mula2 kan ko kena buat 1)fardulmuslim(islam kan diri ko dr sudut pemikiran,aqidah,tingkahlaku,.,bla bla lepastu 2)baitul muslim(ko kawen nanti pn ko tarbiah anak bini ko jd muslim mcm ko gak! 3)umat islamiyah(ko n jemaah ko wajib jalan dakwah kat UMMAT KAT NEGARA KO dulu paham!sampai semua dah selaras aqidah n negara ko dah islam n bleh tubuh kerajaan.semua ni berlaku kt seluruh negara.tp lain negara lain jemaah y berjuang f0r daulah.xtau la kalo jemaah ko nk wat road tour kat semua negara??haha 4)khalifah islam(bl negara ko y dah islam tuuu dah fri xde nk wat ape,bru la bleh ko nk p tolong jemaah kat negara lain,.,ade fahamm.,
    sebenarnya ade tujuh tingkatan.,tp aku cerita 4 je.,tu pn xtau ko paham idak,.maaf kalu ade ape2 silap ko pi rujuk ustaz la,.ustazah pn bleh,.,ulamak2 atau pun ahli majlis fatwa kebangsaan,.kalo pon depa nk layan ko,.,hahaaa

  4. stpm31000000Fri, 01 Jan 2010 19:32:17 +000001pm10, J0000001 9, 2007 at 15:50 +00:00Jan

    salam alaik..suke artikel ini..sangat2 membantu untuk memahami tentang mengapa kite perlu ikut jemaah pas..artikel sangat bermanfaat.jazakallahu khoiron kathira..

  5. thpm31000000Thu, 11 Mar 2010 22:21:05 +000011pm10, J0000003 9, 2007 at 15:50 +00:00Mar

    bismillah

    pertama kali sucikan hati

    bukak quran, sila tengok surah al-hujurat 49:10-13

    “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat”

    jadi jangan gaduh2 ekk

    seterusnya…

    “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah suatu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain, boleh jadi mereka LEBIH BAIK dari mereka yang mengolok-olokkan, dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan yang lain, boleh jadi perempuan (yang diolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok) Janganlah kamu SALING MENCERCA satu sama lain, dan janganlah saling MEMANGGIL DENGAN GELARAN BURUK. seburuk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasiq) setelah beriman. Dan barang SIAPA TIDAK BERTAUBAT, maka mereka itulah orang-oprang yang ZALIM”

    jadi kepada saudara Hadi terutamanya

    nak tanya, anta muslim?

    anta mimpi nak tegakkan Islam? sedangkan akhlaq basic sesama Islam pun x selesai?

    anta mimpi orang nak join jemaah anta kalau ini akhlaq yg anta tunjukkan?

    dalam satu ayat ni, yang mempunyai beberapa larangan, anta dah langgar semuanya….

    apa yang anta bawak? apa yang anta cuba capai dengan buat komen camtu?

    hanya memuaskan nafsu dengan mengutuk orang lain
    menggembirakan syaitan melihat pergaduhan umat Islam
    menambahkan dosa kepada diri sendiri yang membawa ke neraka

    malahan lebih teruk lagi
    dibenci Allah S.W.T

    anta nak bawak Islam? atau PAS?

    kalau orang macam anta nak perjuangkan Islam? memang selama-lamanyalah Allah xkn bagi kemenangan….

    kalau anta x bertaubat, Allah dah kata ANTA termasuk orang-orang yang ZALIM

    “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah dari banyak bersangka buruk, sesungguhnya sebahagian daripada bersangka buruk itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang”

    dan mempergunakan kata-kata imam nawawi tersebut…. bagi ana kurang tepat

    firstly… nak mengqiaskan presiden parti, dengan ketua negara satu umat Islam?

    kalau camtuh HAMAS perlu dibunuh arr, sbb Fatah merupakan jemaah Islam sebelum Hamas

    second thing…

    imam nawawi mengatakan khalifah yang diba’ah…. hakikatnya… x sampai majoriti pun umat Islam kat msia yg baiah kpd PAS…. dan…. baiah kat dalam tuh adalah baiah untuk memimpin, dan hakikatnya gak PAS x pernah jadi kepimpinan kat msia pun….

    kalau nak kata kepimpinan umat Islam…. berani antum kata orang-orang UMNO tuh kafir? sedangkn sudah jelas hadis Rasulullah, sesiapa yang mengatakan seseorang itu kafir, perkataan itu akan jatuh juga antara keduanya

    kalau dia hakikatnya Islam di sisi Allah, maka sesiapa mengatakan dia kafir akan menjadi kafir di sisi Allah

    maka apa hak antum untuk mengatakan bukan UMNO ‘khalifah’ pertama?

    adakah pembentukan jemaah lain yang ingin perjuangkan Islam satu perkara yang dilarang ulama’? kajilah sejarah-sejarah Islam, pernahkah ada ulama’ yang larang?

    besides, kalau ana tanya antum, kenapa orang2 JIM keluar dan tubuhkan JIM pada asalnya, boleh sesiapa bagi jawapan x?

    abu a’la al-maududi x larang
    ikhwanul muslimin pun x larang

    hanya PAS je larang…

    “didapati bahawa keizinan dari fakta Dr Yusuf Al-Qaradhawi itu adalah sekiranya semua jemaah berada dalam kefahaman dan saling kuat mengkuatkan. Hal ini boleh dirujuk didalam buku karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi sendiri, iaitu buku Fiqh daulah di halaman 253 (terjemahan)[31].”

    setahu ana, satu-satunya jemaah yang masih menjadikan agendanya untuk mengutuk, menjatuhkan jemaah lain, menarik ahli-ahli jemaah lain… hanyalah PAS

    bukti nyata kat dalam ni, saudara Hadi di atas

    berkaitan ‘ulama2’ ABIM dan JIM tuh memfatwakan harus masuk UMNO tuh wallahualam, tapi hakikanya…. sekarang ini kalau kena mengundi masih diorang nih mengundi PAS…

  6. 6 Amalina
    tham31000000Mon, 15 Mar 2010 01:38:44 +000015am10, J0000003 9, 2007 at 15:50 +00:00Mar

    @ Hadi.
    Salam. Saya x nak komen sebarang hujah yang anda utarakan. Ingin saya utarakan bahawa dengan merujuk seorang muslim yang lain sebagai ‘bodoh’, ‘benak’ dll adalah ungkapan tak patut dikeluarkan oleh seorang muslim yang mengaku dirinya memperjuangkan Islam. Jika kita ingin memberi kefahaman kepada orang lain, adalah lebih molek jika kita mewujudkan persegahaman melalui perbincangan yang lebih sihat tanpa melibatkan unsur-unsur emosi. Jangan sekat jika ada orang mahu bertanya kerana kita sendiri pun tidak mahu tradisi keilmuan kita tersekat hanya kerana kita menyekat orang yang mahu bertanya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
June 2007
S S M T W T F
    Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: