28
Jun
07

TAJDID- “PEMBAHARUAN”

 

Tajdid dalam Perkara Aqidah


Dalam pengajian Aqidah Islamiyah yang sebenar, kita tidak boleh berganjak daripada prinsip aqidah yang telah dinaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran di zaman seluruh nabi-nabi dan rasul-rasul sehingga Hari Kiamat. Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah,maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah: 256)

Al-Quran dan sirah Rasulullah s.a.w. telah menerangkan secara jelas dan terperinci cabaran penentang aqidah dari kalangan musyrikin yang dilihat dengan nyata amalan syiriknya, golongan ahli kitab yang memahami ajaran agama memainkan peranan yang sangat mengelirukan dan golongan munafiqin yang mengadakan projek Islam Masjid Dhirar untuk mengelirukan sahaja tanpa matlamat Islam.

Tajdid dalam memahami dan menerangkan perkara aqidah mestilah mengikut cabaran semasa. Golongan musyrikin tidak lagi berupa Firaun yang mengaku menjadi tuhan atau abu Jahal dan pengikutnya yang menyembah berhala.

Tetapi ianya diperbaharui dengan fahaman maddiyah yang menjadi berhala baru yang dipuja, sehingga mempengaruhi matlamat hidup dunia dan akhirat, kepercayaan dalam perkara rezeki dan kepentingan yang amat menjejaskan aqidah umat dan menggugat bukan sekadar di kalangan umat Islam secara umum, bahkan para pendakwah dan pejuang Islam juga akan turut tergugat.

Penyelewengan ahli kitab bukan sekadar di kalangan penganut ahudi dan Nasrani yang menjual agama Allah dengan dunia dan kemewahan yang dikejar, tetapi juga wujud di kalangan umat Islam iaitu para ulama’ jahat (ulama’ su’) yang boleh dipergunakan oleh musuh.

Dalam memahami cabaran ini, kita perlu meneliti sejarah peranan para sahabat r.a. dan generasi ulung umat Islam. Walaupun tanpa penyertaan Rasulullah s.a.w. kerana kewafatan baginda, namun mereka dapat memahami setiap perkembangan semasa mengikut zamannya.

Mereka menyambung jihad menegakkan negara Islam dan mempertahankannya tanpa dapat digagalkan oleh kuasa besar Parsi yang mempertahankan syirik dan Rom yang mempertahankan ahli kitab serta golongan riddah yang masih mengucap dua kalimah syahadah, melaungkan azan, mendirikan sembahyang dan perkara-perkara lain tetapi hanya menafikan hukum wajibnya zakat sebagai salah satu daripada rukum Islam dan hukum Islam di samping menolak agama secara menyeluruh.

Generasi selepasnya boleh menghadapi cabaran kelahiran perpecahan dalam masyarakat Islam kerana kesan daripada perkembangan politik dalam masyarakat Islam sendiri sehingga melahirkan fahaman Syiah dan Khawarij.

Di zaman Abbasiyah pula, melalui saluran perterjemahan ilmu asing secara silap tanpa penapisan lahir pula golongan Muktazilah, Jabariyah dan sebagainya. Namun, kemurnian aqidah negara dan umat dapat dipertahankan walaupun rupanya berbeza.

Tetapi gerakan tajdid yang berlaku dalam perkara aqidah ini dapat mempertahankan fahaman yang istiqamah dan memahami segala penyelewengan aqidah yang dipinda caranya.

Kini, kita masih lagi berdepan dengan anggapan bahawa tidak menjejaskan aqidah bukan sahaja dalam menganut ideology bukan Islam, tetapi juga menolak hukum yang dinaskan di dalam al-Quran dan hadith seperti qisas dan hudud, dan mempersendakan amalan cara Islam seperti memisahkan kaunter pembayaran lelaki dan wanita dengan berbagai-bagai alasan.

Sedangkan kitab-kitab aqidah menegaskan bahawa iman terbatal dengan mempersendakan ajaran Islam walaupun dalam perkara sunat, makruh dan harus. Ini menunjukkan pengajian Islam sebenarnya tidak diselaraskan denga tajdid dalam memahami Aqidah Islamiyah dan pengajiannya.

Oleh itu, maka tarbiyah dalam perkara aqidah melalui huraiannya dalam pengajian dan penerangan mestilah dengan penuh kebijaksanaan untuk memahamkan perkara ini dalam konteks semasa, reality dan situasinya.

SIAPA YANG MELAKUKAN TAJDID

Rasulullah SAW telah bersabda di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan melalui Abu Hurairah ra :

“Sesungguhnya Allah akan mengutuskan kepada umat pada awal setiap satu kurun, orang yang mentajdidkan bagi umatnya agamanya”

Tajdid menurut Syeikh Yusuf al Qaradawi ialah memperbaharui agama dan mengubahnya supaya sesuai dengan zaman . Apa yang dimaksudkan dengan pembaharuan ialah pembaharuan memahaminya, keimanan dan amalannya. Maka pembaharuan disini ialah sesuatu yang dihubungkan dengan kembali semula kepada sesuatu yang telah ada dan berlaku semasa ia bermula dan menzahirkan sebagaimana mulanya dahulu seolah-olah ia sesuatu yang baru, iaitu dengan lebih menguatkan daripada yang sedia ada. Membetulkan persis seperti yang dahulu, menampung apaapa yang kurang, hingga ia kembali persis seperti dalam bentuknya yang awal dahulu. Pembaharuan bukanlah bermakna melahirkan sesuatu bentuk baru daripadanya, bahkan pembaharuan bermaksud kembali semula kepada ajaran murni yang ada pada zaman Rasulullah SAW, para sahabatnya dan orang-orang yang selepas mereka.

Selanjutnya, Sayyid Abu A‘la Maududi mensyarahkan bahawa sesetengah orang telah salah dalam pemahaman mereka terhadap makna tajdid dan mujaddid. Mereka menyangka ‘pada awal setiap kurun’ bermakna benar-benar awal atau akhir sesuatu kurun, dan ‘orang yang mentajdidkan bagi umatnya agamanya’ merujuk kepada seseorang individu tertentu sahaja. Oleh kerana itu, mereka mula mencari di dalam sejarah Islam seseorang tokoh pembaharu agama yang mati atau hidup pada awal atau akhir setiap kurun yang tertentu.

Tetapi sebenarnya, kalimat ‘ra’sun’ atau awal/akhir dan katanama ‘man’ atau seseorang, tidak menunjukkan awal/akhir ataupun hanya seorang individu tertentu. Akan tetapi ia membawa maksud golongan mujaddid tersebut akan mempengaruhi berbagai-bagai cabang keilmuan dan pemikiran. Begitu juga kehidupan yang prevalen pada masa tersebut. Kalimat ‘man’ di dalam bahasa Arab boleh membawa maksud seorang (singular) ataupun ramai(plural), kerana itu ia mungkin bermaksud seseorang indidvidu, sesuatu kumpulan ataupun sesuatu organisasi. Rasulullah SAW telah menjanjikan bahawa dengan izin Allah, tidak ada kurun yang sunyi daripada para mujaddid, yang akan bangkit menentang kejahilan dan berjuang untuk membersihkan agama itu daripada segala bentuk pencemaran serta melaksanakan system Islam di dunia ini dalam bentuk dan ruhnya yang asli.

Oleh kerana itu, kata al Maududi lagi tidak semestinya mujaddid bagi sesuatu kurun itu hanyalah seorang individu, malahan tugas tersebut boleh terlaksana dengan beberapa individu ataupun kumpulan individu, dalam kurun yang tersebut. Tidak juga dinyatakan bahawa seorang mujaddid telah memadai bagi seluruh dunia Islam. Akan tetapi berkemungkinan wujudnya segolongan individu dalam negara yang berlainan pula, yang berjuang untuk kebangkitan Islam.


0 Responses to “TAJDID- “PEMBAHARUAN””



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
June 2007
S S M T W T F
    Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: