28
Jun
07

DAKWAH- “WHY?”

Pertama: Menurut Prinsip

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk setelah kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah. dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknat”

(Al-Baqarah: 159)

Dalam sunnah Rasulullah s a w penuh dengan riwayat-riwayat yang menyangkut secara khusus tentang dakwah menyeru ke jalan kebenaran dan menentang kebatilan. Di antaranya sabda Rasulullah

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran beliau hendaklah mengubahnya dengan tangannya, sekiranya beliau tidak mampu (berbuat demikian) beliau hendaklah menegur dengan lidahnya, Sekiranya beliau tidak mampu (berbuat demikian) beliau mengubahnya dengan hati dan yang demikian itu adalah iman yang paling lemah”

(Hadith riwayat Muslim daripada Abu Said al Khudri)

Dan sabdanya:

“Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman: kepada kamu: “ Perintahkanlah (manusia melakukan) makruf dan tegahlah (mereka daripada) mungkar, sebelum (sampai masanya) kamu, berdoa kepada-Ku tetapi Aku tidak memperkenankannya,:kamu meminta (sesuatu) kepada-Ku. tetapi Aku tidak memberikannya kepadamu, (perintah dan tegahlah) sebe1um (sampai masanya) kamu minta pertolongan-Ku tetapi Aku tidak menolong kamu.”

(Hadith ini sepenuhnya diriwayatkan oleh Ibn Majah sebagai hadith Nabawi. hadith qudsi dan diriwayatkan oleh Ahmad dari Baihaqi sebagai hadith qudsi )

Begitu juga sabda Rasulullah s.a.w:

Apabila kamu melihat umatku takut mengatakan ‘Wahai penzalim’ kepada orang yang berlaku zalim maka sesungguhnya ia telah mengucap selamat baginya.” (Hadith riwayat Tirmidhi, Ahmad, At-Tabarani, al-Baihaqi dan Hakim. Hakim mengatakan sanadnya sahih dan ad-Dhahabi bersetuju.)

Dari segi prinsip dan dasarnya beramal untuk Islam itu adalah wajib kerana beramal itu merupakan matlamat asasi bagi semua taklif yang diwajibkan Allah kepada semua manusia. Kewajipan ini pertamanya ditujukan kepada para anbia’ dan para rasul, kemudian diikuti pula oleh semua manusia sehinggalah hari kiamat.

Ini dinyatakan dalam firman Allah:

Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Al-’Ashr: 1-3)

Dan firman Allah:

Hai rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika kamu tidak kerjakan (apa yang diperintahkan itu bererti) kamu tidak menyampaikan risalahnya.” (Al-Maaidah: 67)

Kedua: Menurut Penegakkan Hukum

Beramal dan bekerja untuk Islam adalah wajib ditinjau dari sudut hukum, kerana pembekuan sifat hakimiah Allah di bumi dan juga penguasaan sistem dan undang-undang ciptaan manusia ke atas masyarakat manusia adalah mewajibkan umat Islam bekerja dan beramal untuk menegakkan masyarakat Islam dan mengembalikan kehidupan menurut cara Islam. Umat Islam juga berkewajipan mengembalikan manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah dalam bidang-bidang akidah, akhlak dan sistem hidup mereka, kerana Allah telah berfirman:

Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) belum lagi beriman hinggalah mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusannya yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (An-Nisaa’: 65)

Firman Allah lagi

Dan tentang sesuatu apapun yang kamu berselisih maka putusannya (terserah) kepada Allah (yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Allah Tuhanku, kepada-Nyalah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku kembali.” (Asy-Syura: 10)

Firman Allah lagi:

Dan barang siapa yang tidak apa berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir.” (Al-Maaidah: 44)

Firman Allah lagi:

Dan barang siapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Al-Maaidah: 45)

FirmanNya juga:

Dan barang siapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Al-Maaidah: 47)

Oleh kerana mewujudkan masyarakat Islam dan menghukum dengan hukum Allah itu wajib, maka semua amal untuk mewujudkan masyarakat Islam dan menegakkan hukum-hukum Allah itu adalah wajib berdasarkan kaedah syarak:

Apabila kesempurnaan sesuatu yang wajib itu terhenti kepada wujudnya suatu perkara lain, maka perkara tersebut adalah wajib.”

Sebahagian besar dan negara-negara Islam, kalau pun tidak kesemuanya, telah diperintah dengan sistem-sistem ciptaan manusia yang dicampuradukkan antara undang-undang Inggeris , Yahudi , Perancis dan lainnya. Demikian juga sistem ekonomi yang menguasai negara-negara ini~ialah sistem kapitalis atau sosialis. Demikian juga mengembalikan cara hidup Islam itu adalah menjadi fardu ain kepada setiap muslim hinggalah pimpinan dan kekuasaan memerintah berada di tangan Islam.

Selain dan itu, perlaksanaan dan pengamalan sebahagian besar dari kewajipan-kewajipan syarak adalah bergantung kepada perlantikan seorang khalifah atau imam. Perlantikan seorang khalifah atau imam bergantung pula kepada wujudnya suatu kuasa Islam.

Oleh itu semua undang-undang yang berhubung dengan sistem-sistem Islam, baik dalam bidang kemasyarakatan ekonomi dan siasah, semua undang-undang yang berhubung dengan soal-soal hukum, kanun keseksaan perang, damai, jihad, gencatan senjata, perjanjian damai, semua hukum yang menyangkut dengan soal-soal hubungan kemasyarakatan dan ekonomi. kesemua bidang-bidang hukum ini adalah merupakan satu sudut dan sudut-sudut syariat Islam yang tidak akan dapat dilaksanakan kecuali melalui tegaknya sebuah kerajaan yang berdasarkan Islam

Ketiga: Keperluan Dan Survival Ummah

Beramal dan bekerja untuk Islam wajib secara darurat untuk menghadapi cabaran dan serangan-serangan pihak musuh Islam. Wajib secara darurat untuk menyekat dan menahan kemaraan fahaman kebendaan dan fahaman tidak bertuhan yang menggugat kewujudan Islam dengan melakukan usaha-usaha untuk menumpaskan Islam.

Dengan membuat perhatian yang teliti terhadap keadaan keadaan yang dialami oleh dunia Islam hari ini sudah cukup untuk rnembuktikan bahawa tegaknya satu penentangan Islamiah adalah daruri (amat penting), malah keadaan yang wujud ini menjadikan tegaknya suatu penentangan Islamiah itu adalah merupakan taklif syarie yang tidak seharusnya didiamkan atau dipandang ringan.

Dalam dunia ini terdapat negara-negara Islam yang merintih penuh penderitaan kerana dikuasai oleh kemaharajalelaan orang-orang bukan Islam, seperti Palestin, Kashmir, Eritria, Qibrash, Bukhara, Samarkand dan lainnya.

Dalam dunia ini terdapat negara-negara Islam yang menderita kerana kekejaman golongan minoriti yang berniat jahat. Kesemua ini dilakukan terhadap umat Islam melalui kekuatan besi dan api.

Dalam dunia ini terdapat sebahagian lagi Negara-negara Islam yang mengadu penderitaan mereka kerana dikuasai oleh parti puak kanan atau kiri, manakala sebahagian yang lain pula hidup dalam pertarungan berdarah yang menggerunkan, pertentangan antara puak kanan dan kiri untuk merebut kekuasaan.

Selain dari itu, keadaan ini ditambah pula dengan kedudukan negara-negara Islam yang secara keseluruhannya hidup dalam keadaan yang sesat, hidup dalam krisis; krisis dalam bidang siasah, kemasyarakatan dan ekonomi. Hidup dalam keruntuhan akhlak, nilai, aliran pemikiran dan akidah. Kesemua keadaan ini membuktikan bahawa beramal dan bekerja untuk Islam itu adalah wajib, sekalipun secara darurat, demi untuk menghadapi semua cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Islam, sama ada cabaran itu dari luar dalam bentuk penjajahan kuasa-kuasa negara asing atau cabaran dari dalam yang terjelma dalam bentuk kuncu-kuncu dan anjing-anjing kuasa Negara-negara asing yang sering bekerjasama dengan mereka Firman Allah:

Dan perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah”

(Al-Anfaal: 39)


2 Responses to “DAKWAH- “WHY?””


  1. 1 deep purple
    thpm30000000Thu, 19 Jun 2008 22:44:38 +000019pm08, J0000006 9, 2007 at 15:50 +00:00Jun

    salam
    minta izin untuk copy entry ni.
    keep on writing!

  2. 2 samuraisyahid
    tham30000000Fri, 20 Jun 2008 02:50:54 +000020am08, J0000006 9, 2007 at 15:50 +00:00Jun

    Silakan saudara deep purple. Semoga memberi manfaat. Setiap entry dibenarkan untuk di copy paste.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
June 2007
S S M T W T F
    Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: