11
Jul
07

USRAH : Rasullullah Utusan Allah

SEJARAH RASULULLAH
Kota Makkah terletak di tengah-tengah jazirah Arab. Kabilah-kabilah Arab dan segala penjuru selalu datang ke Makkah in kerana ia juga berjiran dengan Syam dan Yaman. Ramai penduduk Makkah yang berdagang kerana kedudukannya yang strategik sebagai laluan penting Yaman dan Syam. Kota Makkah merupakan sebuah kota yang penting dan terkenal sehingga ke hari ini. Di Rota Makkah terdapat rumah suci yang disebut Baitullah iaitu Kaabah. Orang Arab amat memuliakan tempat ini. Menurut sejarah, Baitullah telah dibina oleh Nabi Ibrahim bersama anaknya Ismail. Sewaktu itu Ismail masih kecil dan Makkahlah sebuah lembah yang kering kontang serta tidak mempunyai penduduk. Nabi Ibrahim telah meninggalkan isterinya Siti Hajar bersama anaknya Ismail dengan sedikit buah tamar dan air. Apabila bekalan itu habis Ismail pun menangis kerana tersangat lapar dan dahaga. Siti Hajar bersusah hati, air susunya telah kering. Dia lari-lari antara bukit Safa dan Marwah banyak tujuh kali hingga ditemuinya telaga Zamzam. Sejak itu Makkah mula dibanjiri orang kerana adanya air. Suku Jurhum merupakan kaum yang pertama tinggal di situ. Nabi Ibrahim kembali ke Makkah untuk menziarahi anaknya, Nabi Ismail a.s.

NABI MUHAMMAD SAW
Dunia memerlukan seorang pemimpin yang dapat menyelesaikan masalah masyarakat yang berbagai-bagai ragam . Zaman jahiliah, kehidupan manusia terutama sekali masyarakat Arab, penuh dengan kezaliman dan penindasan. Perempuan ditanam hidup-hidup, perempuan diperkosa, arak menjadi tradisi mereka, orang-orang tua tidak dihormati dan hamba sahaya diseksa dengan kejam sekali. Di waktu manusia berada di dalam kesesatan dan tiada pegangan. Sehingga lahir seorang hamba Allah yang membawa peranan yang cukup besar bagi dunia. Bayi itu adalah seorang yatim. Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim, manakala ibunya bernama Aminah binti Wahab. Beliau mengahwini Aminah ketika berusia 23 tahun. Aminah adalah seorang wanita Quraisy dan Bani Zuhrah. Setelah tiga bulan perkahwinan mereka, Abdullah telah berangkat ke Syam kerana berniaga bersama kabilah Quraisy.

Di waktu itu Aminah sedang mengandung. Sewaktu kafilah itu pulang dari Syam, seperti biasa mereka singgah di Madinah untuk berehat dan membeli belah. Pada waktu itu Abdullah telah jatuh sakit.(Penyakit itu telah menyebabkan beliau meninggal dunia sedang pada ketika itu Aminah sedang mengandung 2 bulan ) Abdullah meninggalkan harta pusaka iaitu 5 ekor unta, beberapa ekor kambing dan seorang hamba yang bernama Ummu Aiman. Kelahiran Nabi Muhammad disambut oleh datuknya yang bernama Abdul Mutalib dan dibawa ke Kaabah . Di tempat suci inilah bayi ini dinamakan dengan nama Muhammad yang bermaksud ‘terpuji’. Nabi Muhammad dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul awal tahun gajah bersamaan dengan 20 April, 571 Masihi.

DAKWAH RASULULLAH SECARA SEMBUNYI
Selepas Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu dari Allah, baginda mula meIaksanakan tugas menyebar risalah tauhid. Baginda diangkat menjadi Rasulullah pesuruh Allah. Rasulullah mula menyampaikan seruan pada masyarakat Arab. Baginda menerima ajaran Islam melalui wahyu, kemudian disampaikan pula kepada umum.

Wahyu dicatatkan oleh penulis-penulis wahyu pada zaman rasulullah , kemudian dikumpulkan pada zaman Khalifah Wahyu itu dibukukan pula pada zaman Khalifah , yang dikenali dengan mashaf Uthmani. Pada peringkat permulaannya, baginda telah menyampaikan seruan kepada isteri dan anak-anak dan kepada sahabat-sahabat karib baginda. Orang yang pertama memeluk agama Islam ialah isteri baginda iaitu Siti Khadijah, diikuti dengan Ali bin Abi Thalib dan Zaid bin Haritsah. Tidak lama kemudian Abu Bakar As-Siddiq pula memeluk Islam, beliau merupakan kawan karib Rasulullah SAW. Di tangan Abu Bakar, ramai yang memeluk Islam antaranya ialah Uthman bin Affan, Zubair bin A1-Awwam, Abdur Rahman bin Auf, Sa’ad bin Abi Waqas dan Thalhah bin Ubaidillah.

Selepas itu diikuti pula oleh Ubaidah bin Jarrah, Arqam bin Abi Arqam, Uthman bin Math’uun, Ubaidah bin Haris bin Muttalib, Said bin Zaid, Khabbab bin Art, Abdullah bin Mas’ud, Ammar bin Yasir dan Suhaib Ar-Ruumy. Selain daripada mereka ini ramai dan kaum Quraisy memeluk agama Islam secara sembunyi. Sehingga Islam berkembang pesat di kota Makkah.

Mereka yang mula-mula menyambut seruan Islam dalam peringkat ini dikenali sebagai Assabiqunal-Awwalun (orang yang terdahulu dan ulung). Kerana mereka merupakan pengasas benih-benih penyebaran Islam. Walaupun Rasulullah SAW menyeru secara sulit tetapi bilangan pengikut pengikutnya bertambah dan hari ke hari, terutamanya golongan orang miskin dan hamba. Mengikut sejarah, pengikut Rasulullah SAW dalam peringkat ini tidak kurang dari 55 orang.

DAKWAH SECARA TERANG-TERANGAN

Setelah Islam berkembang secara sembunyi-sembunyi selama tiga tahun, datang wahyu Allah yang memerintahkan Rasulullah SAW menyebarkan Islam secara menyeluruh. Hal mi diterangkan dalam Al-Quran:

Ertinya: “Sebab itu siarkanlah apa yang diperintahkan kepada engkau, dan janganlah engkau pedulikan orang musyrikin. “(Al-Hijr: 94)

Rasulullah SAW mula menyebarkan Islam kepada bermacam-macam lapisan masyarakat, baik golongan bang sawan, hartawan mahu pun hamba sahaya, kemudian kepada kabilah-kabilah Arab dan pelbagai daerah yang datang ke Makkah untuk mengerjakan haji. Rasulullah SAW juga menyeru kaum keluarga baginda secara terus terang agar memeluk agama Islam. Hal ini diceritakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

Ertinya: ‘Dan berilah peringatan kepada keluargamu yang terdekat. “Asy-Syura: 214)

Rasulullah SAW naik ke bukit Safa dan memanggil kaum Quraisy serta menyampaikan seruannya. Semua yang hadir di tempat itu diam sambil merenung apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW kecuali Abu Lahab. Abu Lahab menghina Rasulullah SAW dan enggan menurut kata-katanya.

p/s: Usrah Minggu ini tidak dpt dilaksanakan disebabkan “Musafir” , Moga bahan dari blog ini dapat dijadikan bahan bacaan utk usrah akan datang. Wassalam!

 11/07/2007


0 Responses to “USRAH : Rasullullah Utusan Allah”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
July 2007
S S M T W T F
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: