19
Jul
07

USRAH BIRO: Penjelmaan Kontemporari Fikrah Ikhwan Muslimin

Oleh: Saari Sungib Semasa Hasan Al-Banna menggerakkan Ikhwan Muslimin di Mesir beliau telah memberi penekanan terhadap ahli-ahli Ikhwan Muslimin agar tidak lupa memberi keutamaan terhadap enam fokus gerak kerja Islami. Enam gerak kerja tersebut termasuklah:

Pertama; berusaha untuk meningkatkan iman melalui kefahaman yang betul, hati yang tulus serta aqidah yang bersih.

Kedua; berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Islam dalam sistem pemerintahan serta membantu mana-mana pihak di seluruh dunia Islam untuk memenuhi matlamat ini.

Ketiga; menubuhkan kelab-kelab sukan bagi menggalakkan ahli-ahli menghayati kehidupan yang sihat dan cergas.

Keempat; menggalakkan penyebaran pengetahuan Islam dan syariah di kalangan masyarakat Mesir dan lain-lain.

Kelima; membangunkan prasarana ekonomi dengan menggalakkan ahli-ahli untuk menaja penubuhan sekolah-sekolah Islam, klinik-klinik dan projek-projek kebajikan.

Keenam, mewujudkan hubungan dengan Ikhwan dan gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia Islam dan seterusnya.

Dengan memberi tumpuan terhadap interaksi langsung dengan masyarakat melalui kelab-kelab sukan, sekolah, klinik dan projek-prjek kebajikan, Hasan Al-Banna telah berjaya menterjemahkan dakwah Islamiyah secara praktikal.

Projek-projek sosial dan kebajikan adalah wahana bagi pembinaan pandangan umum atau public opinion. Hasan Al-Banna memahami dan melaksanakan prinsip public opinion leadership ini dengan baik. Ianya bersumber daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan itu maklamatnya juga adalah selaras serta menepati matlamat yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah, iaitu mendekatkan masyarakat dan sistem pemerintahan dengan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan.

Hasan Al-Banna juga sedar bahawa tumpuan terhadap kerja-kerja sosial dan kebajikan tidak terpisah dengan usaha untuk menguasai instrumen-instrumen perundangan, politik dan ekonomi melalui satu sistem pemerintahan.

Dengan sokongan masyarakat terhadap dakwah dan khidmat kemasyarakatannya, Ikhwan Muslim sejak era Hasan Al-Banna hingga kini tidak pernah memisahkan usaha untuk memperluaskan projek-projek kemasyarakatan dengan usaha untuk mendapatkan kuasa pemerintahan melalui cara yang sah.

Namun sejarah telah menyaksikan bahawa setiap kali sokongan terhadap Ikhwan yang dicapai melalui kerja-kerja dakwah yang praktikal ini mahu ditingkatkan oleh rakyat melalui sokongan politik yang sah, maka setiap kali itulah ianya dinafikan secara kejam oleh rejim yang berkuasa ketika itu.

Sejak zama Raja Farouk, Jamal Abdul Naser, Anwar Sadat dan kini Husni Mubarak, trend dan tindakan sama terus dilakukan terhadap Ikhwan setiap kali sokongan rakyat semakin meningkat terhadap mereka.

Mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh Ikhwan selama hampir 80 tahun ini tidak pernah melunturkan semangat juang mereka. Berbagai pendekatan dan cara yang selaras dengan syara’ terus digerakkan oleh Ikhwan.

Kini pendekatan public opinion leadership yang bertepatan dengan fikrah Ikhwan Muslimin ini dilonjakkan oleh tokoh-tokoh pemikir dan ulamak yang mempunyai kaitan rapat dengan Ikhwan Muslimin. Tokoh paling utama memainkan peranan ini adalah Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi.

Saluran paling utama yang digunakan oleh Al-Qardhawi adalah media cetak dan elektonik serta internet. Al-Qardhawi mempunyai satu laman web peribadi yang komprehensif. Beliau juga memainkan peranan yang besar dalam pembentukan saluran TV terkemuka di Timur Tengah, Aljazeera. Bahkan, melalui pengaruhnya majoriti editor dan staf kanan Aljazeera adalah mereka yang ada sedikit sebanyak hubungan dengan madrasah Ikhwan Muslimin.

IslamOnline.com satu sayap Aljazeera juga menjadi front bagi public opinion leadership yang diterima baik oleh masyarakat Islam seluruh dunia. Wikipedia turut membuat liputan yang agak menyeluruh tentang Al-Qardhawi.

Selaras dengan madrasah tarbiyyah Hasan Al-Banna yang telah dilalui olehnya, Al-Qardhawi melaksanakan tugas ini secara kolektif. Beliau membentuk flatform-platform dan forum-forum yang amat berkredibiliti. Dengan kerjasama ulamak bertaraf dunia, Al-Qardhawi telah membentuk pelbagai majlis ulamak, majlis fiqh, majlis fatwa dan badan-badan penyelidikan fiqh dan syariah di peringkat Amerika Utara, Eropah dan sedunia.

Tokoh-tokoh ulamak yang menjadi anggota majlis-majlis ini walaupun mampu berdiri di atas kredibiliti mereka masing-masing, tetap tidak boleh dinafikan bahawa mereka adalah tokoh-tokoh yang sudah sedia dikaitkan dengan Ikhwan Muslimin.

Penubuhan Ittihad Ulamak Al-Muslimin Al-Alami atau Persatuan Ulamak Muslimin Sedunia pada tahun 2004 adalah satu rangka usaha untuk membentuk pandangan publik terhadap imej perjuangan Islam yang sebenar.

Berdepan dengan gagasan jihad global tajaan Al-Qaeda ekoran peristiwa 11 September 2001 yang menimbulkan kekacauan pandangan dunia tentang Islam dengan terorisme, Al-Qardhawi meletakkan perspektif sebenar perbezaan di antara jihad dengan keganasan.

Menolak tohmahan Islam militan berbanding gerakan Islam sah, Al-Qardhawi dan ulamak yang bersama-samanya telah berjaya membentuk pandangan umum yang tepat terhadap kedudukan dan pendirian Islam menurut Al-Quran dan As-Sunnah.

Pandangan umum yang diterajui oleh Al-Qardhawi inilah yang mendahului jalan ke arah usaha yang dilakukan oleh Hamas dan calon-calon Ikhwan untuk terlibat secara besar-besaran dalam proses demokrasi di Palestin dan di Mesir.

Ittihad Ulamak yang ditubuhkan setelah pencerobohan tentera Amerika ke atas Iraq juga menjadi satu saluran pembentukan pandangan umum umat Islam seluruh dunia dan di Iraq sendiri tentang pendirian terbaik yang mesti diambil oleh mereka.

Dalam kenyataannya, Ittihad Ulamak telah menegaskan sokongannya terhadap jihad di Iraq. Mengutuk keras kehadiran tentera asing. Menegaskan bahawa tiada seorang muslim pun dibenarkan oleh syarak untuk membantu tentera penceroboh.

Mana-mana orang Islam yang menjadi anggota pasukan polis Iraq, diharamkan ke atas mereka untuk menyakiti mana-mana rakyat Iraq. Pasukan jihad di Iraq tidak dibenarkan menyerang anggota polis selagi mana anggota polis ini tidak menyakiti rakyat Iraq dan tidak mematuhi arahan tentera asing.

Ittihad Al-Ulamak juga menyeru agar pasukan jihad di Iraq untuk patuh kepada syariat berhubung dengan undang-undang jihad. Mereka tidak dibenarkan menyerang orang-orang awam yang tidak terlibat dalam peperangan termasuk warga asing dan rakyat negara yang sedang menceroboh terutama yang menjalankan tugas-tugas kemanusiaan. Mana-mana warga asing yang ditangkap hendaklah dilayan sebagai tahanan perang menurut undang-undang Islam. Mereka tidak boleh dibunuh atau disakiti. Di atas platform mana pun Al-Qardhawi mengeluarkan pandangannya, jelas ia adalah satu manifestasi baru penjelmaan fikrah dan dakwah Ikhwan Muslimin di pentas dunia.


0 Responses to “USRAH BIRO: Penjelmaan Kontemporari Fikrah Ikhwan Muslimin”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
July 2007
S S M T W T F
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: