15
Nov
07

Serangan Pemikiran

MATLAMAT SERANGAN PEMIKIRAN

1. Memberi gambaran buruk terhadap Islam

Memberi gambaran buruk tentang Islam  secara keseluruhan dengan menyerang al-Quran, al-Sunnah, peribadi Rasulullah, sejarah  , sistem hidup dan warisan Islam.

Serangan ini ditujukan kepada semua manusia, Islam dan bukan Islam. Untuk orang Islam ianya bertujuan memesongkan mereka dari petunjuk dan bimbingan agama ini, manakala untuk bukan Islam, ianya betujuan menghalang mereka dari mengenali  Islam.

2. Menghitamkan sejarah Islam
Sejarah Islam diputar belit dan aspek-aspek negatif ditonjolkan supaya generasi Islam yang kemudian hanya mengetahui zaman-zaman gelap, ganas, derita, bobrok, percakaran dan perebutan kuasa.Hasilnya,  generasi baru Islam akan cuba untuk mengelak dan melupakan sejarah Islam kerana malu dengan sejarah mereka.

Sekiranya sejarah Islam digambarkan dalam bentuk yang malap, berlumuran darah dan ganas, manakala sejarah Eropah pula dipersembahkan seperti mawar mewangi, berperikemanusiaan dan  adil. sudah pasti generasi baru Islam ini  akan berpaling kepada sejarah Eropah . Di sana mereka dapati suatu yang jelas, bertoleransi  dan berdaya maju.

Kini kita dapati di seluruh dunia Islam sejarah Islam dicemarkan dalam setiap bentuk penerbitan dan media sementara sejarah Eropah diagungkan. Adalah amat malang  kerana penguasa dan pengamal media seluruh dunia dikuasai oleh zionis dan  musuh Islam yang bergerak secara aktif, efektif dan berterusan.

Buku-buku teks sekolah disediakan dengan acuan penjajah yang dicemari dengan berbagai pemalsuan. Sebagai contohnya, di Algeria, sejarahnya bermula dengan tahun 1830, iaitu  peringkat permulaan pendudukan Perancis.

  3. Meragukan keupayaan umat Islam masakini
Dengan sejarah Islam yang digambarkan amat kelam dan hakikat masakini di mana umat Islam dibelenggu kemunduran, kemiskinan dan persengketaan, generasi baru akan mencari sistem yang lain dari Islam.

Untuk keluar dari kemunduran ekonomi, mereka berpaling kepada ekonomi kapitalis dan sosialis yang digambarkan dengan indah dan penuh harapan. Di segi budaya mereka mencari budaya barat yang nampaknya maju dan dipandang tinggi untuk menggantikan tradisi dan adat kita yang beku.

Maka kita  akan dapati individu-individu seperti Salamah Musa yang menuntut supaya Universiti Al-Azhar ditutup atau Taha Hussain ( setidak-tidaknya dalam satu peringkat hidupnya) supaya kita memakai budaya Mediterranean dan menghidupkan semula semangat Firaun dan semangat kebangsaan Mesir.

Persoalannya, apakah dengan berurusan dengan bank-bank riba membolehkan  kita bersaing dengan ekonomi Switzerland atau Amerika. Apakah dengan menghapuskan pengajian agama kita akan melahirkan graduan-graduan setanding dengan graduan Universiti Moscow atau Washington ?

4. Menggambarkan masa depan yang gelap
Dengan sejarah yang hitam, masakini yang kabur, mundur dan kotor, maka tiada apa yang dapat dijanjikan untuk masadepan. Sebagai jalan keluar dan untuk lari dari kekalutan ini orang Islam dengan penuh semangat bergabung dengan orang lain. Mereka nampak pada orang lain ada keadilan, ada kebebasan, kemajuan, kekayaan, ilmu pengetahuan dan kegemilangan.

Orang-orang Islam ini tidak sedar bahawa dalam masyarakat lain ( Timur dan Barat) penuh dengan masalah yang tidak berkesudahan: inflasi, pencemaran, jenayah, perpecahan keluarga, kegilaan seks dan seribu satu masalah di semua aspek kehidupan mereka.

Sesiapa yang meneliti tamadun Amerika dan tamadun Eropah akan dapat merasakan kekosongan jiwa yang parah dan mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mengisi kekosongan ini dengan mencipta agama baru, menubuhkan perkumpulan, pertubuhan dan kelab atau bergabung dengan agama sedia ada , Budha, Hindu, penyembah berhala, pencinta Firaun dan sebagainya.

5. Meleburkan keperibadian umat Islam
Umat Islam cuba dihakis identiti dan jatidirinya dan dijauhkan dari akidahnya.

Keperibadian dan jatidiri umat dileburkan secara langsung atau tidak langsung, dengan jelas dan tersembunyi, melalui kebendaan atau semata-mata semangat, ekonomi atau sosial, pendidikan dan ilmu pengetahuan, melalui kuasa tentera atau orang awam.

Penguasaan ke atas pemikiran umat akan menjamin penguasaan asing ke atas umat Islam. Penguasaan jiwa, serangan ke atas akidah dan keperibadian akan menyebabkan sesuatu umat hidup di bawah telunjuk, patuh dan menyerah kepada anasir asing.

 6. Memperkenalkan unsur-unsur kebudayaan baru
Selepas umat Islam diasak dan dileburkan peribadinya, musuh-musuh Islam akan menyemai kebudayaan dan pemikiran yang baru sesuai dengan acuan dan kehendak musuh Islam tersebut.

Adalah kejayaan besar kepada penyerang-penyerang  pemikiran tersebut bila mereka berjaya memurtadkan orang Islam atau memesongkan orang Islam dari ajaran Islam yang sebenar. Yang pastinya mereka gagal memurtadkan orang Islam  secara keseluruhan tetapi mereka berjaya menggelincirkan orang Islam dari landasan Islam yang sebenar. Mereka biarkan orang Islam menggunakan nama-nama Islam, tetapi roh dan jiwanya sudah berpaling ke arah timur dan barat yang bukan Islam.

Orang –orang Islam wujud hanya pada nama, tetapi ibadat, ekonomi, pendidikan, politik dan adat istiadatnya adalah barat atau timur, bukan Islam!


1 Response to “Serangan Pemikiran”


  1. 1 dinda
    ndam31000000Sat, 22 Dec 2007 05:05:58 +000022am07, J00000012 9, 2007 at 15:50 +00:00Dec

    sebenarnya saya g tau gimana jalan ceritax naruto,,,,tapi……kata temenku jalan ceritany sih bagus trus g da tujuan ke “sana”.
    tapi mungkin kita yang kurang mendalam untuk menilai sesuatu

    mungkin pihak anda bisa memaparkan contoh secara konkrit tentang adegan2 yang ada di naruto yang menunjukkan hal “itu”.

    terima kasih


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
November 2007
S S M T W T F
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: