09
Jan
08

Ulama’ & Umara’


Oleh:
Dr. Zulkifli Hj. Mohd Yusoff
Pensyarah
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Pendahuluan

Ulama’ dan umara’ merupakan dua institusi penting yang bertanggungjawab menentukan perjalanan kehidupan ummah keseluruhannya berada di atas landasan kebenaran. Sekiranya institusi ini rosak, maka ummah akan rosak dan sekiranya mereka baik maka ummah akan beroleh kesejahteraan.

Ulama’ dilihat sebagai manusia berilmu yang mempunyai amanah menegakkan Syariah dan bertanggungjawab memperjuangkan idea menganjur kepada makruf dan menegah kemungkaran. Sementara umara’ dipandang sebagai satu tugas yang menggantikan tugas kenabian bagi menjaga agama dan menguruskan kehidupan dunia. Al-Imarah merupakan satu post yang membawa seluruh manusia berada di atas landasan syara bagi kepentingan akhirat dan urusan keduniaan yang akan menguntungkan akhirat.

Ulama’ Dalam Pandangan Islam

Ulama’ ialah mereka yang terdiri dari kalangan orang yang dianugerahkan oleh Allah dengan ilmu pengetahuan tentang Islam secara syumul dan memiliki perasaan yang takut hanya kepada Allah. Perkara ini di jelaskan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka yang takut kepada Allah dari kalangan hambaNya ialah Ulama’” .

Kedudukan mereka dalam pandangan Islam boleh dijelaskan lagi melalui beberapa firman dan sabdaan Junjungan seperti berikut:-

1. Firman Allah yang bermaksud “Apakah sama mereka yang berilmu dengan mereka yang tidak berilmu?. Sesungguhnya mereka yang mempunyai akal fikiran selalu mengingati perintah Allah.”.

2. FirmanNya lagi ” Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan golongan yang berilmu pengetahuan dan Allah amat mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

3. Sabda Nabi (saw)

ãä Óáß ØÑíÞÇ íØáÈ Ýíå ÚáãÇ Óáß Çááå Èå ØÑíÞÇ Åáì ÇáÌäÉ æÅä ÇáãáÇÆßÉ áÊÖÚ ÃÌäÍÊåÇ ÑÖÇ áØÇáÈ ÇáÚáã æÅäå áíÓÊÛÝÑ ááÚÇáã ãä Ýí ÇáÓãæÇÊ æÇáÃÑÖ ÍÊì ÇáÍíÊÇä Ýí ÇáãÇÁ æÝÖá ÇáÚÇáã Úáì ÇáÚÇÈÏ ßÝÖá ÇáÞãÑ Úáì ÓÇÆÑ ÇáßæÇßÈ Åä ÇáÚáãÇÁ åã æÑËÉ ÇáÃäÈíÇÁ áã íÑËæÇ ÏíäÇÑÇ æáÇ ÏÑåãÇ æÅäãÇ æÑËæÇ ÇáÚáã Ýãä ÃÎÐå ÃÎÐ ÈÍÙ æÇÝÑ

“Sesiapa yang melalui sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayapnya untuk penuntut ilmu kerana berpuas hati dengan perbuatannya. Sesungguhnya segala makhluk yang ada di langit dan di bumi sehingga ikan-ikan di air turut meminta ampun baginya. Dan kelebihan orang alim berbanding dengan orang yang beribadat seperti kelebihan bulan berbanding dengan sekalian bintang. Para ulama’ itu adalah pewaris kepada para nabi dan sesungguhnya para nabi itu tidak meninggalkan emas dan perak malahan mereka meninggalkan ilmu pengetahuan. Sesiapa yang menerimanya maka ia mendapat bahagian yang cukup sempurna.”

4). Sabda Nabi (saw)

Åä ãËá ÇáÚáãÇÁ Ýí ÇáÃÑÖ ßãËá ÇáäÌæã Ýí ÇáÓãÇÁ íåÊÏì ÈåÇ Ýí ÙáãÇÊ ÇáÈÑ æÇáÈÍÑ ÝÅÐÇ ÇäØãÓÊ ÇáäÌæã ÃæÔß Ãä ÊÖá ÇáåÏÇÉ

“Perumpamaan para ulama’ di muka bumi ialah seperti bintang-bintang di langit yang memberi petunjuk kepada para musafir dan pelayar di waktu malam, apabila terlindungnya bintang tersebut mereka akan terpinga-pinga kehilangan petunjuk.”

Ternyata daripada pembentangan di atas bahawa ulama’ itu mempunyai kedudukan
yang tinggi di sisi Allah. Rasulullah (s.a.w) meletakkan mereka sebagai
pewaris para nabi. Dengan pengertian lain, ia bermaksud menjadi pengganti kepada para Nabi dalam menjaga agama dan mentadbir dunia dengannya.

Umara’ Dalam Pandangan Islam

Islam melihat persoalan al-Imarah atau kepimpinan sebagai suatu perkara yang mustahak. Para sahabat Rasulullah amat memahami perkara ini sehinggakan mereka menangguhkan urusan pengkebumian jenazah Baginda semata-mata menyelesaikan urusan perlantikan pemimpin baru umat Islam. Perkara ini berakhir dengan pemilihan Abu Bakar sebagai khalifah pertama selepas kematian Baginda saw.

Kepimpinan menjadi suatu perkara yang mustahak kerana institusi ini bertanggungjawab mewarnakan sistem politik yang benar dan tepat menurut kehendak Islam. Agenda pembangunan ummah hanya dapat berjalan dengan lancar menurut Syariat Allah sekiranya institusi ini diurus dengan baik. Demikian pula sebaliknya, sekiranya kepimpinan itu berpindah tangan kepada manusia yang tidak bertanggungjawab, maka semangat ayat “ “ÈáÏÉ ØíÈÉ æÑÈ ÛÝæÑ tidak akan terlaksana.

Hampir keseluruhan ulama’ bersetuju menyatakan bahawa kepimpinan adalah merupakan satu perkara pokok dalam pengurusan agama. Sekalipun jarak masa antara para ulama’ ini berbeza, namun mereka hampir sekata dalam membuat pengamatan terhadap perkara ini. Misalnya al-Imam al-Mawardi yang meninggal dunia pada tahun 450H melihat kepimpinan sebagai satu tugas yang menggantikan tugas kenabian bagi menjaga agama dan menguruskan kehidupan dunia. Pendapat yang serupa boleh didapati dalam tulisan-tulisan orang lain seperti al-Haythami, al-Ramli, Ibn al-Azraq, Ibn Khaldun dan Rashid Rida.

Bahkan pendapat Ibn Khaldun hampir menguasai seluruh penulisan Muslim Scholar dalam masalah kepimpinan ini. Menurut Ibn Khaldun, kepimpinan ialah membawa seluruh manusia berada di atas landasan Syara’ bagi kepentingan akhirat dan urusan keduniaan yang akan menguntungkan akhirat.

Dari itu, bolehlah dikatakan bahawa tidak ada perbezaan pendapat kalangan ulama’ mengenai kepentingan kepimpinan ini dalam Islam. Baik dalam apa zaman sekalipun mereka hidup, mereka tetap berpendapat bahawa kepimpinan adalah satu perkara yang penting malah pada masa yang sama mereka memberi penekanan bahawa agama hendaklah menjadi landasan di dalam mengendalikan urusan pentadbiran negara.

Dalam mempraktiskan teori ini boleh dikatakan bahawa tanggungjawab kepimpinan dalam Islam adalah untuk menjaga dua perkara. Pertama; menjaga agama dan mendaulatkan Islam dan kedua adalah mengurus dan mentadbir negara mengikut landasan Islam.

Apabila kepimpinan tidak melaksanakan tanggungjawab memelihara agama, sebaliknya memelihara kehendak hawa nafsu mereka sendiri, maka berbagai gejala buruk akan menimpa umat Islam. Ini pernah berlaku dalam sejarah kepimpinan umat Islam samada yang ditunjukkan melalui kepimpinan Bani Umayyah mahupun kepimpinan Bani Abbasiah. Allah telah memberikan kata dua terhadap perkara ini di dalam firmanNya yang berbunyi

æãä ÃÚÑÖ Úä ÐßÑí ÝÅä áå ãÚíÔÉ ÖäßÇ
Perkara kedua yang disebutkan di atas ialah mengurus dan mentadbir negara mengikut landasan Islam. Ini bererti pemimpin negara tidak boleh mengadakan sebarang aktiviti atau menguatkuasakan peraturan dan undang-undang mengikut selera atau pandangan mereka semata-mata, sebaliknya mereka mestilah merujuk kepada ketetapan Islam dari segi halal dan haram. Ini kerana kepimpinan Islam mempunyai keyakinan bahawa pengurusan negara yang tidak mengambil kisah soal halal dan haram tidak akan membawa kepada kejayaan dan keberkatan. Sebaliknya mereka yakin bahawa limpahan nikmat Allah memayungi kemajuan yang mereka capai yang diasaskan kepada prinsip taqwa itu tadi. Firman Allah

æáæ Ãä Çåá ÇáÞÑí ÃãäæÇ æÇÊÞæÇ áÝÊÍäÇ Úáíåã ÈÑßÇÊ ãä ÇáÓãÇÁ æÇáÃÑÖ

Kerjasama ulama’ dan umara’

Perbincangan mengenai kerjasama antara dua institusi ini sepatutnya tidak timbul kerana menurut sejarah pada awal Islam seorang yang menjadi pemimpin adalah seorang yang bertaraf ulama’. Diskusi mengenai perkara seperti ini tidak terjadi kerana pemimpin masa itu mempunyai keupayan membuat rujukan secara persendirian tanpa melupakan pula prinsip syura.

Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Ibnu Affan dan Ali Ibn
Abi Talib terdiri dari para khulafa’ yang telah mengambil tempat baginda Rasulullah (saw) dalam urusan yang melibatkan kepimpinan dan keagamaan.

Justeru itu, para cerdik pandai Islam yang menulis buku di bidang siasah
dan pentadbiran negara menyatakan bahawa jawatan-jawatan penting di dalam
negara seperti khalifah, perdana menteri dan para hakim hendaklah disandang
oleh para ulama’ mujtahidin dari kalangan ulama’ Islam. Hal ini boleh didapati di dalam tulisan-tulisan seperti yang ditulis oleh oleh Imam al-Syafie, al-Mawardi, Abu Ya’la, Ibn Khaldun, Imam al-Juwaini, Imam al-Ghazali dan lain-lain.

Dari itu kepimpinan Islam adalah kepimpinan yang berasaskan agama. Imam Al-Ghazali dikatakan pernah berkata bahawa agama itu asas dan kerajaan itu pengawal. Maka sesuatu yang tidak mempunyai asas akan tumbang dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan hilang.

Tetapi apabila kepimpinan beralih tangan kepada kalangan yang bukan bertaraf ulama’, persoalan ini mula timbul. Hal ini terjadi kerana beberapa rumusan yang dibuat oleh cendikiawan Islam yang mengatakan bahawa mengetahui syariat Islam sampai kepada peringkat ijtihad adalah salah satu daripada syarat-syarat kelayakan untuk menjadi ketua negara, perdana menteri dan hakim di dalam negara Islam telah tidak dapat dipraktiskan dengan baik disebabkan kemuflisan amir dari sudut keilmuan. Sedang Allah telah berfirman (bermaksud) ” Dan hendaklah kamu menjalankan hukum ( pemerintahan ) di kalangan mereka berdasarkan kepada apa yang diturunkan oleh Allah.”

Maka siapakah yang lebih arif tentang apa yang diturunkan oleh Allah kalau tidak
para ulama’?. Dalam kegersangan para amir dari sudut pengetahuan agama, maka perbincangan mengenai bagaimana para ulama’ harus berperanan sebagai pegimbang kepada pemerintahan mula menjadi penting. Mereka mulai berperanan sebagai penasihat kepada negara atau kerajaan.

Perbahasan mengenai kedudukan ulama’ dan keterlibatan mereka dalam pemerintahan menjadi makin kritis apabila negara-negara umat Islam disekularkan oleh penjajah. Mereka merancang pemisahan agama dari pemerintahan mengambil tradisi pemisahan gereja dari sistem pemerintahan negara. Mereka mendualismakan cara hidup umat Islam. Satu cara hidup perseorangan dan kekeluargaan dan satu lagi cara hidup bernegara. Mereka mengekalkan cara hidup kekeluargaan mengikut hukum-hukum Islam, manakala cara hidup bernegara mereka pisahkan daripada Islam.

Hal ini menjadikan sistem politik, pentadbiran, perundangan, pendidikan,
kemasyarakatan dan perekonomian negara umat Islam dipisahkan daripada sistem Islam. Kesan dari itu, kebanyakan negara umat Islam menganuti dua fahaman penasihat kepada pemerintah; penasihat agama yang dinamakan mufti dan satu lagi penasihat undang-undang.Namun demikian para mufti tidak diberi kuasa atau peranan yang sewajarnya di dalam sebuah negara. Sekalipun demokrasi menjadi amalan, namun mereka seolah-olah tidak dianggap orang yang begitu penting. Pandangan mereka tidak wajib ditaati oleh kerajaan berbeza dengan pandangan penasihat undang-undang atau peguam negara.

Ekoran daripada itu, institusi ulama’ tidak diberi penghargaan dan
penghormatan yang sewajarnya. Dalam keadaan begini, ulama’ mula berpecah
kepada beberapa golongan dan jalinan kerjasama antara mereka mulai rapuh. Paling tidak terdapat dua golongan ulama’; ulama’ yang baik dan ulama’ yang jahat.

Ulama’ yang baik, bertaqwa, ikhlas, amalan dan ibadat mereka semata-mata
kepada Allah. Mereka tidak mengasingkan diri daripada dunia, malah berikhtiar bertaqarrub kepada Allah melalui program nasihat menasihati seperti yang diajarkan oleh firman Allah ” Dan hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru manusia kepada kebaikan dan menyuruh mereka melakukan amal ma’ruf dan mencegah mereka dari melakukan kemungkaran dan merekalah orang-orang yang berjaya.” Serta menghayati sabda Junjungan (saw) yang bermaksud :

“Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan (kuasa). Sekiranya kamu tidak mampu hendaklah diubah dengan lidah dan sekiranya kamu tidak mampu hendaklah kamu membencinya di dalam hati kamu, itulah selemah-lemah iman.”

Ulama’ jahat ialah mereka mencari makan dengan menggunakan agama dan memperniagakan syariat. Mereka menghampiri semua taghut, bersahabat dengan semua yang jahat dan zalim. Mereka terus menyokong golongan tersebut. Islam menjadi tercabar disebabkan kelakuan mereka. Mereka tidak merasa malu untuk mengatakan bahawa perjuangan untuk menegakkan Islam adalah perjuangan sesat, pecah belah masyarakat, keterlaluan, tidak sederhana dan sebagainya. Mereka mengkhianati amanah ummah dengan memberi fatwa yang boleh menjarakkan ummah daripada Islam.

Apabila ulama’ mula berpecah, maka rentetan perpecahan itu menjalar ke akar umbi masyarakat sebagaimana setiap kumpulan mempunyai penyokong dan pengikut yang tersendiri.

Penutup.

Ulama’ dan umara’ mewakili dua institusi penting yang menjadi tonggak kesejahteraan masyarakat. Sekiranya kedua-dua institusi ini dipandu oleh syariat, maka masyarakat akan berada dalam rukun dan damai. Sekiranya mereka menyimpang dari kebenaran, maka masyarakat tidak akan bertemu dengan jalan keberkatan.

Dalam keadaan negara-negara umat Islam terdedah kepada anasir sekular, disamping kelemahan instutusi ulama’ yang tidak mampu kedepan mengambil alih kepimpinan negara-negara tersebut, maka satu bentuk kerjasama yang boleh memurnikan keadaan seharusnya difikirkan secara global. Perkara ini perlu difikirkan secara serius jika penyatuan ummah mahu dilihat secara praktikal. Satu rangka kerja awal mungkin boleh difikirkan ialah dengan mengetengahkan kembali kepada masyarakat bahawa ulama’ tetap mampu untuk menjadi pemimpin perlu dicanang secara beragenda. Pada masa yang sama peruntukan-peruntukan yang melibatkan institusi ulama’ seperti mufti dan lainnya perlu diperluas dengan bidang kuasa perundangan yang tidak mudah dicabar.

Sekian, terima kasih. Wassalam.


0 Responses to “Ulama’ & Umara’”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
January 2008
S S M T W T F
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: