21
Jan
08

Siri: Perlaksanaan Usrah Cemerlang II

bersamb..

Ramai yang bertanya, macam mana nak buat usrah, takde keyakinan buat usrah, macam mana nak mulakan usrah? Persoalan yang sering timbul bagi mereka yang sedar akan tangunggjawab dakwah. Alhamdullilah, bersyukur kepada Allah kerana kita terpilih menjadi golongan yang sedar untuk menyampaikan dakwah walaupun dari segi kelayakan siapalah kita?!

Dengan kefahaman, kesedaran, dan keimanan saya menerima tanggungjawab dakwah ini bagi meneruskan perjuangan Islam yang mulia. Bagi saya keyakinan ini dapat hadir dengan tiga sebab iaitu kefahaman, kesedaran dan keimanan. Setiap pejuang-pejuang Islam yang ingin melangkah di dunia dakwah perlu meningkatkan kefahaman terhadap tanggungjawab dalam usaha dakwah, dai’e juga perlu tingkatkan kefahaman terhadap isi kandungan dakwah seperti sirah, ilmu fiqh, aqidah, akhlak dan isu semasa. Dengan kefahaman yang jelas ini akan membantu dai’e meningkatkan keyakinan diri, tetapi tidak bermakna kita perlu bergerak dalam arena dakwah dengan kefahaman sudah tinggi melangit. Selagi ade ayat, pengetahuan berkenaan islam teruslah melangkah menyampaikan dakwah. Para dai’e perlu perbaiki kefahaman dakwah ini dengan pelbagai kaedah seperti menghadiri kuliah-kuliah agama, mendengar rakaman-rakaman kuliah, pembacaan yang pelbagai serta perbincangan berkenaan Islam yang berterusan.

Seterusnya perkara yang perlu di titik beratkan dalam meningkatkan keyakinan diri dalam dakwah ialah keimanan kepada Allah S.W.T. Sahabat-sahabat nabi mampu menyampaikan Islam walaupun mereka baru sahaja memeluk Islam, soal fiqh sudah pasti belum abis dituntut tetapi yang membuat mereka terus berganjak untuk menyampaikan dakwah ialah keimanan kepada Allah S.W.T. Bina lah keimanan masing-masing wahai sahabat, tinggi bagaimana pun kefahaman kita berkenaan agama, keimanan yang lemah akan membuat kita tercicir di jalan dakwah. Kerana istiqmah itu bukan terletak pada berapa banyak yang kita tahu, tetapi berapa banyak yang kita mahu. Sudah pasti soal mahu adalah soal hati dan berkaitan dengan iman. Keyakinan kepada janji Allah kepada mereka yang lakukan kerja agama adalah soal iman bukan soal pengetahuan semata-mata. Marilah kita tingktkan keimanan kita bagi membantu meyakinkan kita dalam melaksanakan usaha dakwah/usrah.

Sudah pasti dakwah yang berkesan adalah lahir dari kesedaran diri yang tinggi. Dan saya percaya yang bertanya adalah mereka yang sudah punya kesedaran. Teruskan lah perjuangan tingkatkan lah keyakinan dengan kefahaman dan keimanan kepada Allah S.W.T.

Sekian dahulu, siri perlaksanaan usrah cemerlang.


0 Responses to “Siri: Perlaksanaan Usrah Cemerlang II”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
January 2008
S S M T W T F
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: