21
Jan
08

Siri: Perlaksanaan Usrah Cemerlang III

Peringkat ketiga

Islam sentiasa mengajar kita untuk hidup berorganisasi, berkumpulan, berkepimpinan dan bersinergi. Tetapi malangnya, umat Islam sentiasa lupa akan tanggungjawab hidup berkumpulan dan berkepimpinan. Antara sebab umat Islam hari ni berpecah belah, kerana umat Islam tidak mampu hidup secara berkepimpinan dengan baik.

Rasulullah ada menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud daripada Abu Said dan Abu Hurairah : “Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah mereka memilih salah seorang menjadi ketua (pemimpin).” Hadis riwayat Abu Daud dengan sanadnya yang Hasan.

Bila kita hidup berusrah ia adalah sebahagian daripada kehidupan berorganisasi. Walaupun usrah sering dikenali sebuah keluarga tetapi ia juga melambangkan sebuah organisasi yang melatih kita untuk memimpin dan dipimpin dalam group yang lebih kecil. Di dalam usrah dititik beratkan soal disiplin dengan memberi komitmen sebaik yang mungkin didalam usrah. Maka, sekali lagi soal kepimpinan memainkan peranan penting dalam menjayakan sebuah usrah.

Kali ini, saya ingin membawa anda semua membentuk usrah yang lebih baik dari sebuah organisasi/keluarga yang hidup atas dasar kasih sayang kita bangun dengan sebuah organisasi yang productive! Tetapi bagaimana?!

Sebuah organisasi yang berjya adalah organisasi yang mempunyai nilai ketaatan dari yang dipimpin. Benar kata umar al-khattab: ” Tiada Jemaah tanpa KEPIMPINAN, Tiada KEPIMPINAN tanpa KETAATAN”. Sudah pasti dalam sebuah organisasi usrah kita tidak meminta ditaati, tetapi kuasa “influence” mampu menarik ketaatan di dalam usrah. Sebuah usrah yang berjaya juga pasti mengeluarkan product yang diminta oleh kepimpinan usrah. Di dalam usrah kita memiliki tabung untuk menggalakkan semangat bersedekah dalam usrah, tetapi berapa istiqamahkah kita dalam mengisi tabung satu persoalan. Dalam sebuah organisasi usrah kita diberi tugasan seperti menjadi setiausaha, setakat mana setiausaha melakukan tanggungjwab beliau sebagai setiausaha disitu ada penilaian kejyaan sebuah usrah.

Pelbagai aktiviti-aktiviti mesti dilakukan didalam usrah, supaya usrah itu menjadi sebuah organisasi yang bergerak. Sebagai contoh, didalam usrah pembahagian tajuk usrah untuk dibentangkan didalam usrah juga sebahagian produk yang perlu dihasilkan oleh ahli usrah. Maka, disini peranan pimpinan dalam usrah menggalakan mereka menyiapkan tugasan-tugasan tersebut, kemampuan memberi semangat dan galakan adalah nilai penting bagi seorang naqib. Kemampuan ni amat teruji kerana tugasan-tugasan itu tidak memberi sebarang nilai material, tetapi bagaimana untuk mempengaruhi mereka?! Sekali lagi kepimpinan dalam usrah tercabar!

Ia amat berbeza bila kita menjadi ketua disebuah syarikat besar, memberi tugasan kepada pekerja dan sebagai balasan kenaikan gaji. InsyaAllah, didalam usrah kita dilatih utk mempengaruhi manusia hatta, tanpa memberi sebarang nilai material. Keberkesanan kepimpinan anda didalam usrah, dapat diukur dengan semangat ahli usrah anda memberi komitmen melakukan gerak kerja usrah.

Sebagai kesimpulan dari kepimpinan usrah peringkat ini adalah, sebuah usrah yang berjaya adalah usrah yang mempunyai nilai produk seperti nota usrah, melaksanakan tugasan, melakukan tanggungjawab amalan yang ditetapkan oleh naqib seperti amalan-amalan sunat bersama atau individu.

Menjadi masalah kearah sebuah usrah sebegini ialah kebencian ahli usrah untuk datang ke usrah kerana byk tugasan, banyak komitmen, terima tanggungjawab dengan tidak rela hati. Malah ia membawa kepada ahli usrah lari dari usrah kerana usrah yang terlalu banyak tanggungjawab. Sekali lagi kepimpinan dalam usrah teruji. Tetapi, kalau ahli usrah begitu gembira dengan aktiviti usrah, bertambah seronok datang usrah walaupun banyak tugasan, ia telah memberi kredit kepada naqib dan beliau telah berjaya di kepimpinan tangga ketiga.

Maka, kaedah menjadi pemimpin peringkat ini, memerlukan skill komunikasi yang berkesan. Tanpa komunikasi yang berkesan, arahan/product yang diinginkan menjadi musuh perkembangan dakwah. Kepimpinan perlu pandai bermanis bicara, memberi semangat motivasi, memberi reward dan pujian. Biarlah arahan itu diberi dengan penuh kasih sayang, dan ahli usrah menerima dengan rasa mereka dikasih dan disayangi. Kepimpinan usrah perlu memberi tugasan tersebut dengan nilaian dari ahli usrah bahawa kita sedang bersinergi. Biarlah arahan tersebut membuat mereka merasakan ini adalah untuk kebaikkan-ku, dan kebaikan usrah. Perasaan bersinergi didalam usrah membuat kita tidak mudah resah untuk dipimpin atau memimpin. Masing-masing merasa saling bergantung. Kempimpinan usrah perlu membina situasi win-win, sama-sama ingin berjya. Arahan bukanlah satu kerahan tetapi adalah kebaikan untuk aku dan dia. Jangan sekali ada unsur win-lose dalam usrah, yang mana ahli usrah merasakan dirinya di buli, diperlakukan macam-macam oleh naqib. Manakala naqib pula memberi tugasan dengan penuh rasa hebat, bangga, dan lain.

Ketegasan dalam kepimpinan juga penting untuk sebuah usrah, pemimpin tidak boleh bertindak seperti lose-win situation dengan merasakan ikut sahaja mood ahli usrah, aku pun dah malas nak layan ahli usrah yang mcm nie, cukuplah sekadar buat usrah janji jalan ,tetapi seorang naqib perlu mencari solution untuk mengembalikankomitmen ahli usrah yang terbaik serta gembira dengan tugasan tersebut. Bijaklah wahai pemimpin, kenalilah ahli mu sebelum kamu bertindak!

Nilaian kasih sayang adalah perkara abstrak, tidak nampak. Maka naqib/ah perlulah menzahirkan kasih sayang dengan pujian, hadiah, ambik tahu masalah, memberi perhatian, body language seperti peluk, salam, urut dan lain-lain. Jangan sekali-kali untuk menampakkan keberhasilan usrah kita dengan produk/arahan yang kita berikan, tetapi kita tinggalkan step kedua yang telah kita belajr iaitu permission relationship. Penerimaan arahan selalunya disebabkan dasar perhubungan yang matang.

Menurut John Maxwell, sikap leader yang selalu lompat terus ke tangga tiga, boleh menyebabkan kebencian, tidak rela dan lain-lain. Pupuk lah nilain persahabatan, benih kasih sayang didalam usrah, baru lah kita bertindak kearah production leadership.

peringkat ketiga: ” Kepimpinan yang mampu mempengaruhi ahli kearah memberi komitmen tugasan/produk”

Semoga sahabat dapat memahami sebelum bertindak, peduli lah akan diri mereka, semoga kepedulian anda terhadap mereka membuat mereka peduli dengan permintaan dan kehendak anda!

Sekadar itu dahulu, tangga kepimpinan kali ini, semoga ia memberi manfaat kepada semua untuk melanjutkan usaha dakwah. Ingatlah penerima dakwah adalah manusia, mengenali manusia adalah kunci dakwah anda! Sekian wassalam.


0 Responses to “Siri: Perlaksanaan Usrah Cemerlang III”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
January 2008
S S M T W T F
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: