29
Jan
08

INTEGRITY PAKLAH Mengecewakan

Assalammualaikum..

Aku jarang bercerita soal politik didalam blog, kerana aku lebih minat untuk mengisi ruang blog-ku dengan perkara ilmiah. Ini tidak bermaksud politik itu tidak ilmiah, tetapi aku sudah jemu dengan politik jijik dari pihak pemerintah.

Menurut Imam Al-Ghazali perjuangan/dakwah didalam bidang politik adalah dakwah yang mulia. Malah ulama’ terkemuka diabad ini juga mengatakan perjuangan politik adalah penjuangan utama umat ini. Tidak harianlah perkara itu berlaku kerana nabi sendiri dalam banyak hadith memuliakan perjuangan menegur pihak pemerintah.

Kesal dan terus kesal. Perdana menteri seperti semakin hilang integrity diri or high moral. Hilangnya kepercayaan rakyat semakin hebat, kecuali anak-anak bangsa yang sengal tidak mengambil peduli soal kemasyarakatan dan negara. Dibawah sana aku telah membaca ucapan PAKLAH berkenaan kualiti pengurusan negara. Aku begitu terkejut pada mulanya dan cuba mempercayai. Kerana menurut pengetahuan aku melalui pembacaan, Malaysia berada diranking yang begitu teruk dari sudut index rasuah. Rasuah tinggi, tetapi pengurusan tiptop satu yang pelik!! Sangahan aku berfakta tidak melulu.

Maybe dari sudut ucapannya benar, tetapi motif nye menipu!!

—————————-UCAPAN PAKLAH——————————————

PUTRAJAYA 28 Jan. – Kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini diletakkan sebagai yang keenam terbaik di dunia, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri yang memetik laporan World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, berkata, dari segi kecekapan Malaysia yang tergolong dalam kategori negara mempunyai lebih 20 juta penduduk mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis.

‘‘Di atas kita ialah China, Kanada, Amerika Syarikat, India dan Taiwan.

‘‘Bukan kita hendak bohong rakyat kerana kalau bohong, tidak lamalah kerajaan yang sedia ada ini lingkup. Jadi, tak usah fikir pasal gagal… kita tiada pilihan melainkan berjaya, berjaya, berjaya,” katanya.

Abdullah berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada 3,000 kakitangan awam pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kelapan (Mappa VIII) 2008 di sini hari ini.

Majlis itu juga disertai 226 pemimpin korporat daripada sektor swasta dan syarikat milik kerajaan (GLC). Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Dalam ucapan selama 80 minit, Perdana Menteri menyentuh pelbagai isu daripada persaingan ekonomi serantau, isu kecemerlangan dan kualiti, agenda membasmi kemiskinan dan kelancaran pembangunan koridor ekonomi.

Beliau turut memperkatakan pencapaian kerajaan pada tahun 2007 yang beliau sifatkan telah menunjukkan permulaan satu iltizam dan fokus baru bagi perkhidmatan awam.

Menurut Perdana Menteri, setelah beliau bercakap mengenai kedudukan Malaysia dalam laporan Doing Business Bank Dunia pada Mappa tahun lalu, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) telah ditubuhkan.

‘‘Kini sektor awam bersama rakan-rakan sektor swasta dalam Pemudah bertekad dan berusaha untuk menambah baik persekitaran perniagaan negara, lalu melonjakkan kedudukan Malaysia ke tangga ke-10 teratas dalam laporan tersebut pada tahun lalu,” ujarnya.

Beliau berkata, pelbagai kejayaan turut dicapai perkhidmatan awam pada tahun lalu, antaranya penambahbaikan pusat sehenti dan keupayaan kerajaan melaksanakan pelarasan gaji untuk menjadikan sektor awam lebih menarik dan kompetitif.

‘‘Pada tahun lalu, kebanyakan bil bayaran kerajaan kepada pembekal barangan dan perkhidmatan berjaya dibayar dalam tempoh 14 hari. Daripada jumlah ini, 70 peratus daripada bayaran tersebut dilunaskan dalam tempoh tujuh hari.

‘‘Pencapaian ini jelas menunjukkan tahap kemampuan sektor awam,” katanya.

Justeru, Abdullah berkeyakinan penuh pada tahun ini seluruh kakitangan awam bersedia membawa usaha penambahbaikan tersebut ke tahap yang lebih baik.

‘‘Jika tahun 2007 merupakan titik permulaan, 2008 harus menjadi fasa pemerkasaan.

‘‘Mengulangi standard yang sudah dicapai bukan kecemerlangan. Peningkatan dalam standard dan pencapaian, hingga setaraf dengan mereka yang terbaik atau terbilang dalam kelasnya, itulah kecemerlangan,” katanya.

Dalam hubungan ini, Perdana Menteri mengingatkan bahawa negara-negara lain di Asia seperti China, India dan Vietnam tidak ‘berpeluk tubuh’ atau berdiam diri dalam mengejar pembangunan dan penambahbaikan.

Menurut beliau, negara-negara yang sudah membangun pula semakin mantap mempertahankan tahap daya saing masing-masing.

‘‘Oleh itu kita tidak boleh mudah berpuas hati. Sepanjang masa kita harus menokok tambah usaha-usaha yang lepas.

‘‘Kita harus meneruskan usaha sehingga mencapai standard kelas pertama dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Abdullah mengingatkan kakitangan awam bahawa sistem penyampaian yang pantas dan cekap akan turut memberi manfaat sampingan termasuk berupaya menangani gejala rasuah.

‘‘Kalau kita lambat dalam membuat keputusan, misalnya, ia boleh mendorong kepada rasuah. Kerana konon nak cepat, mereka bayarlah. Walaupun gejala ini tidak banyak (terjadi) tetapi kita tidak mahu ia berlaku,” katanya.

Abdullah juga memuji sikap kakitangan awam sekarang yang semakin berani tampil membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila mereka ditawarkan rasuah.

‘‘Ini satu sikap yang baik dan mesti diamalkan oleh semua kakitangan awam,” katanya.

Perdana Menteri turut meminta rakyat agar tidak membandingkan Malaysia dengan Singapura yang berbeza dalam semua segi termasuk dalam soal ekonomi.

‘‘Mereka anggur, kita epal… macam mana hendak bandingkan? Tidak boleh,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Abdullah meminta kakitangan kerajaan agar jangan mempersia-siakan momentum perubahan penambahbaikan perkhidmatan awam khususnya dalam separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

‘‘Malah perhebatkanlah lagi usaha-usaha saudara-saudari supaya impaknya dapat dilihat dan dirasai.

‘‘Bagi tahun 2008, bertindaklah dengan tekun. Kertas-kertas mesyuarat harus mengutamakan tindakan, bukan ‘untuk perhatian’ sahaja.

‘‘Dan setelah berbincang atau bermesyuarat atau berbalas surat, bertindaklah dengan tekun. Biarlah keputusan dan tindakan mendahului kerja- kerja kita,” kata beliau.

———————————Fakta Sebenar—————————————-

KLIK DISINI

Sungguh mengecewakan apabila seorang perdana menteri berbicara ala-ala retorik. Perdana menteri bukan seorang pelakon , bukan seorang pelawak tetapi beliau adalah pemimpin yang mewakili imej bangsa!

———————————–Index Rasuah Negara—————————–

KLIK DISINI

Target kita untuk merendahkan index rasuah adalah janji pimpinan Malaysia suatu ketikda dahulu. Tetapi semuanya hanya menjadi kenangan. Sekarang ini, meminta diberi peluang untuk meng”SIFAR”kan kemiskinan. Bagi aku ia hanyalah satu khayalan, kalau masalah rasuah masih belum mampu diselesaikan. Negara maju, malah negara-negara seperti Ireland yang mengelarkan negara kebajikan juga tidak mampu melaksanakan perkara tersebut. Mana mungkin MALAYSIA.

Bukan aku tidak mempercayai kemampuan anak bangsa. Ya! Aku percaya akan kemampuan kita untuk melaksanakan perkara tersebut kerana ia telah terbukti pada zaman kegemilangan Islam seperti zaman UMAR ABD. AZIZ. Syaratnya sudah pasti yang telah ditetapkan berdasarkan sunnahtullah (ketetapan Allah) iaitu kembali kepada konsep Islam bukan kaedah kapitalis yang dilaksanakan seperti sekarang ini.

Biarpun aku menulis dan berfikir secara emosi, aku tidak merasakan ia menjadi kesalahan kerana ia sebahagian daripada thinking skill. Bangun anak bangsa-ku, jangan takut untuk berubah. Kezaliman akan terus memuncak kalau generasi kita adalah genarasi dayus dan tidak bermaruah. The cost of change is time. Change need sacrifie!!
Tidak ada perkara yang mudah dalam hidup, selain hidup terus ditarik hidung seperti binatang/lembu yang tak berakal!!

Sekian dulu , penulisan beremosi-ku. Doakan-ku terus diperjuangan yang HAQ. Tetapkanku mengikut sunnah perjuangan nabi Musa menentang FIRAUN, nabi Muhammad menentang ABU JAHAL & ABU LAHAB, Nabi Nuh menentang golongan Al-Mala’, Nabi Ibrahim menentang Namrud. Ameen Ya Allah.


0 Responses to “INTEGRITY PAKLAH Mengecewakan”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
January 2008
S S M T W T F
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: