03
Feb
08

suara hati

Assalamualalikum..

Apa khabar semua rakan blog dan pembaca, semoga semua sihat-sihat belaka dan yang penting sentiasa berada dalam petunjuk Allah S.W.T. Hari ini, thesis aku yang 70% masih pada peratusan yang sama, amat mengecewakan. Masa aku dihabiskan dengan membaca buku “syariah & undang-undang satu perbandingan” sambil surf internet. Adus, inilah perangai aku bila bukak buku mesti nak bagi abis.

Tetapi agak membosankan juga bila membaca buku undang-undang ni, cuma yang menari perhatian aku ialah menambahkan lagi input berkenaan perbezaan undang-udang sekular ciptaan manusia dengan undang-undang Islam berdasarkan quran dan hadith.

Dari sudut kepentingan udang-udang ini sama, tetapi kaedah penyelesaian-nya berbeza, dan dari kesimpulan aku udang-udang Islam lebih releven sebab telah ada dasar yang kukuh untuk sepanjang zaman. Malangnya barat melihat perkara yang ada dalam quran dan hadith sebagai perkara agama semata-mata tidak ade kaitan dalam persoalan pengurusan hidup. Dan lebih malang lagi bila orang Islam itu sendiri merasakan Islam itu cukup dalam hal ehwal masjid, sedangkan Islam adalah the way of life!!

Hasil pembacaaan aku, aku mendapati ada ruang-ruang untuk memperkembangkan undang-undang Islam dalam perudangan barat yang sedia ada kerana perundangan di barat telah membezakan bidang kuasa pemerintah dan kuasa perundangan. Cuma menjadi persoalan dalam mengubah sistem perundangan ini memerlukan insiatif dari pihak kehakiman negara, disinilah keperluan kepada pendidikan melahirkan genarasi yang memahami Islam yang syumul bagi menjayakan hasrat perlaksanaan undang-undang Islam dalam negara.

Tersenyum seketika bila aku melihat kepada ruang tersebut, tetapi ia tidak lah semudah yang kita rasakan dengan orang-orang Islam sendiri tidak menghormati agama mereka, dan tidak mahu mengkaji berkenaan kehebatan perundangan mereka. Aku merasa bangga dan lega, serta aku harap aku mampu memberi yang terbaik dalam menghuraikan persoalan ini secara ringkas jika ada yang bertanya kehebatan dan kelebihan undang-undang Islam segi logik akal dan nas.

Entah mengapa, aku cuba mengubah skop pembacaaan aku. Aku mula mendekati dunia politik Islam dengan lebih mendalam. Mengkaji pemikiran manusia yang sering ingin kan perubahan. InsyaAllah andaikata ada kesempatan hasil bacaan tersebut akan aku selitkan dalam penulisan-ku dan kuliah-kuliah yang aku kendali.

Pendakwah perlu meng”upgrade”kan kualiti dakwah supaya mereka minat kepada Islam dari pelbagai sudut, aku risau terjunnya dari dunia student ke dunia reality akan yang akan menempuh pelbagai cabaran. Berhadapan dengan pemikiran orang kampung, remaja liar, pelajar singkat pemikiran, para akademic memerlukan aku menguasai pelbagai skop ilmu untuk menyampaikan yang terbaik dalam pelbagai method.

Semoga pengorbanan yang sedikit mengeluarkan sebahagian ringgit untuk menambah ilmu memberi manfaat kepada masyarakat yang menanggung-ku 6 tahun di Jepun. InsyaAllah akan-ku hulur tangan ingin memberi sumbangan hasil dari cukai-cukai anda yang telah melahirkan AKU.

Berbicara soal perjuangan dengan teman yang sudah pulang amat menakutkan, bebanan kerja, isteri, keluarga dan sebagainya membuat aku berfikir untuk membuat pilihan terbaik dari segi kerjaya, tempat, kehidupan, keluarga dan sebagainya. kerna ku risau.. “PILIHAN TAK MENEPATI”.

Sahabat-sahabat yang terpelajar, jadikanlah diri-mu benar-benar manusia yang belajar. Jadilah manusia yang benar ade nilai akademic dalam diri. Bantulah masyarakat sekeliling untuk mereka mengerti “TUJUAN HIDUP”. Jangan bakhil untuk berilmu, tetapi boros dengan materialistic seperti pakaian, jam, kasut, kereta dan apa yang memuaskan hati kita. Kerana kita belum bertemu kepuasan sebenar dalam kehidupan.

InsyaAllah, aku dalam proses mengkaji penulisan Muhammad Qutub, serta buku managment yang cukup menarik “Blue Ocean Strategy”. Semoga kita dapat berkongsi pendapat dan memberi manfaat kepada semua. Bertemua lagi, ingat daku dalam doa-mu. Wassalam


2 Responses to “suara hati”


  1. 1 an_naas
    thpm29000000Mon, 04 Feb 2008 22:31:12 +000004pm08, J0000002 9, 2007 at 15:50 +00:00Feb

    teruskan pembacaan🙂
    pilihan tak menepati?

  2. 2 samuraisyahid
    tham29000000Tue, 05 Feb 2008 08:21:49 +000005am08, J0000002 9, 2007 at 15:50 +00:00Feb

    InsyaAllah, terima kasih atas dorongan semangat an_naas. Semoga dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan semua. Wassalam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
February 2008
S S M T W T F
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: