07
Feb
08

Soul & Mind

Assalammualaikum..

Apa khabar sahabat blog sekalian?! Semoga berada dalam kenikmatan Allah S.W.T, serta berada dalam keberkatan. Sudah lama ingin menulis, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Banyak perkara ingin dikongsi dengan sahabat-sahabat semua, perjalanan hidup-ku yang berminggu. Semoga setiap pengalaman menjadi pengajaran dan pendidikan pada diri kita. Aku hanya mampu copy paste, kesibukkan dengan aktiviti lab tidaklah begitu dahsyat, cuma aku seronok membaca sehingga tak mampu untuk memberi masa kepada blog ini.

Aku sekarang sedang menghabiskan sebuah buku yang ditulis oleh seorang ulama’ Amerika Syarikat. InsyaAllah akan mengulas serba sedikit berkenaan buku tersebut dari chapter 1. Ulama’ tersebut bernama Jamal al-Din M. Zarabozo. Beliau menghuraikan berkenaan “concept, proses dan means” penyucian jiwa.

Penulisan beliau amat ilmiah dari sudut perbandingan agama dari sudut kerohanian. Dengan nota kaki yang begitu lengkap dan meyakinkan. Kalau kita biasa dengan konsep rubbubiyyah, dan uluhiyyah.. tetapi melalui buku ini kita melihat betapa hebatnya Islam menghuraikan persoalan roh dan kehidupan berbanding konsep yang dibawa oleh agama lain. InsyaAllah ini akan menambahkan lagi keyakinan kita kepada Islam.

Kufar itu sebenarnya berubah mengikut zaman, pada zaman nabi Ibrahim manusia menyembah berhala. Manakala zaman Nabi Musa, manusia menyembah kekuasaan manusia. Pada zaman nabi Isa, manusia menyembah Nabi. Maka, kisah-kisah dari al-Quran ini , kita dapat membuat kesimpulan kekufuran itu berubah mengikut zaman serta nabi-nabi yang diturunkan bertujuan untuk melaksanakan tajdid mengembalikan manusia kepada Allah.

Seperti mana yang kita tahu, mujadid yang dijanjikan oleh Allah pada akhir zaman adalah Nabi Isa A.S yang mengembalikan manusia dari penyembahan dajjal kepada pengabdian kepada Allah. Apa yang kita tahu berkenaan peristiwa dajjal ini adalah berkaitan manusia terpegun dengan kehebatan dajjal memberi rezeki.

Adakah kita perlu menunggu nabi Isa turun untuk melakukan tajdid?! Tidak sama sekali, kerana Allah telah menjadikan kita sebagai khalifah yang bertujuan mengajak manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah, serta mentadbir muka bumi ini dengan syariat Allah bukan dengan syariat Firaun atau thaqut!!

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
(Surah Al-Baqarah, Ayat 30)

Hasil pembacaan aku dalam chapter pertama, aku dapat membuat kesimpulan bahawa manusia sesat ini terbahagi kepada dua kelompok:

1. Menerima konsep roh, tetap terseleweng dari konsep roh yang sebenar- seperti golongan kristian, yahudi dan Hindu

2. Menolok konsep roh, menerima pakai akal semata-mata, setiap perkara kehidupan dibuktikan dengan teori sains/akal seperti golongan sekularisma, ataupun budha

Antara dua kelompok ini, yang paling merbahaya adalah kelompok yang menolok nilai roh/spiritual dalam diri kerana mereka telah membuangkan nilai ketuhanan dalam diri. Maka, lahirlah teori darwin dan sebagainya. Malah, penolakkan nilai ketuhanan ini amat merbahaya serta boleh mempengaruhi orang ramai secara tidak sedar. Kerana penggunaan akal semata-mata membuatkan mereka menerima apa sahaja konsep ciptaan manusia tanpa menimbangkan soal wahyu.

Sudah ramai orang Islam telah terpengaruh dengna teori pemikiran ini, meletakkan pemikiran lebih tinggi dari wahyu secara tidak sedar, samaada mereka ini jahil tidak belajar, atau degil/takabur seperti syaitan yang pernah melihat syurga tetapi tetap ingkar dengan perintah Allah.

Teori pemikiran ini bukan hanya melanda Muslim, malah telah mempengaruhi pihak barat suatu ketika dahulu sehingga menentang agama kristian walaupun antara sebab penentangan tersebut adalah disebabkan sifat jahat para paderi menggunakan kuasa gereja. Bukan bermakna saya menyokong agama-agama lain juga benar, mereka tetap batil tetapi mereka masih menerima konsep ketuhanan dalam diri dan lebih mudah diubah berbanding manusia meninggikan ilmu akal berbanding ilmu wahyu.

Saya merasakan pendakwah perlu memiliki buku ini bagi menambah nilai ilmu perbandingan serta memahami konsep sebenar “soul/roh”. Saya belum menghabiskan lagi pembacaannya, dari segi tajuk buku penulis bukan hanya menyentuh soal konsep tetapi soal proses dan pemaknaan. InsyaAllah membantu kita meningkatkan lagi kualiti iman disamping menjauhi anasir-anasir perosak aqidah/faith.

Sudah lama saya memiliki buku ini, tetapi agak makan masa membacanya kerana belum biasa membaca buku agama dalam bahasa inggeris. Berbanding membaca buku motivasi/leadership/managment lebih mudah, kerana telah terbiasa dengan pembacaan tersebut sebelum ini.

Saya merasakan bagi pendakwah atau bukan pendakwah perlu membaca buku ini. Bagi pendakwah, mereka perlu mengenal individu yang bakal mereka dakwahkan. Memahami konsep pemikiran dan aqidah mereka, kalau tidak mana mungkin mereka mampu berhujah dan menyelami hati mereka. Kalau kita membaca sirah, kita dapat lihat kepakaran nabi S.A.W menghuraikan soal aqidah golongan kufar seperti yahudi. Pengetahuan kita tentang diri madu’ bukan sahaja memudahkan kita untuk berdebat, tetapi yang paling penting memudahkan kita untuk mendekati.

” People don’t see what you know, but people see what you care!”

Kepakaran pendakwah (attitude) mengenali pemikiran dan akidah madu’ amat penting untuk kita menyampaikan dakwha mulia ini.

Bagi mereka yang ingin menyelamatkan diri dari dunia kufar yang terbentang luas juga, perlu memiliki buku supaya kita jauh dari anasir-anasir tersebut. Biar kita “KENAL MUSUH”, supaya musuh tidak mudah masuk dalam pemikiran dan akidah kita. Pada masa yang sama kita mampu membersihkan unsur-unsur kufar dalam diri kita, serta memberi penyucian yang lebih segar kepada akidah. Yang membangunkan diri kita untuk mentaati Allah bukan pemikiran semata-mata atau apa yang kita tahu, tetapi pembangunan roh yang memudahkan kita mentaati Allah. Dan roh lah yang telah membuat perjanjian dengan Allah S.W.T untuk mentaati perintah dan menerima tanggungjawab. Maka membangunkan roh atau unsur spiritual dalam diri adalah kunci menjadikan mansuia yang benar-benar beriman kepada Allah.

“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.
(Surah Al-Hijr, Ayat 29)

Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.
(Surah Al-Anbiyaa’, Ayat 31)

Sekadar itu dahalu berkenaan pengkongsian pembacaan saya kepada semua. Terima kasih kepada teman setia saya yang menghadiahkan buku tersebut. InsyaAllah, saya akan memanfaatkan nya untuk diri, keluarga, dan rakan semua. Wassalam


3 Responses to “Soul & Mind”


  1. 2 samuraisyahid
    thpm29000000Thu, 07 Feb 2008 16:01:31 +000007pm08, J0000002 9, 2007 at 15:50 +00:00Feb

    Jzkh, InsyaAllah akan cuba terus istiqamah dengan penulisan lebih bermanfaat. Serta meningkatkan mutu penulisan serta idea yg lebih bernas dari masa ke semasa. Doakan saya terus istiqamah

  2. 3 an_naas
    thpm29000000Mon, 11 Feb 2008 23:53:44 +000011pm08, J0000002 9, 2007 at 15:50 +00:00Feb

    I’m waiting for chapter 2.
    Inginkn pengisian untuk diri..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
February 2008
S S M T W T F
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: