08
Feb
08

Antara dua alam

Assalammualaikum..

Sebenarnya aku langsung tidak bermood untuk menulis, tetapi entah mengapa aku tetap ingin menulis. Kadang-kadang menulis sebagai tempat kita mengadu yang best, kerana dunia penulisan/blog merupakan pendengar yang baik. Mereka sudi mendengar walau apa jua masalah kita, walaupun tidak mendapat sebarang jawapan tetapi kita yakin die sudi mendengar.

Terlalu banyak berfikir, kadang-kadang membuat aku jauh melayang sehingga tidak ade penghujung. Lega rasanya aku bila ditakdirkan Allah, aku sebagai seorang Islam yang telah ditetapkan hala tuju masing-masing. Sejauh mana kita berfikir pasti akhir hidup kita adalah mati, dan roh bertemu tuhan untuk mendapat pengadilan. Bila aku rasa resah hati ini jawapan tersebut membuat aku senang hati. ” Manusia yang bijak adalah manusia yang sering mengingati mati”.

Cita-cita besar, maka tanggungjawab juga besar. Mencari kebahagian memerlukan banyak pengorbanan. Kalau kebahagian didunia memerlukan pengorbanan yang tinggi, apatah lagi mencari kebahagian di akhirat, kebahagian yang dikejar oleh para nabi dan sahabat. Sedikit lagi aku bakal melangkah ke satu zaman yang berbeza dengan zaman sekarang. Bila di fikir-fikir, best betul zaman bujang, setiap keputusan adalah untuk diri sendiri. Tetapi bila telah melangkah zaman keluarga, semua perkara kena fikir untuk berdua. Semua nye dua, dua mama, dua ayah, dua anak (kalau ditakdirka kembar), besar sungguh peranan orang berkahwin.

Dalam menuju alam keluarga, aku tidak risaukan soal hari pernikahan yang serba serbi meriahnya. Yang aku risaukan alam selepas terakadnya kalimah, macam manalah nak survive hidup selepas ini kan. Tidak membimbangkan bagi aku, kalau sehari tidak makan kerana tiada duit. Tetapi susah hati, kalau pasangan kita, anak-anak kita tidak makan. kadang-kadang membuat aku mengeluh untuk menuju alam perkahwinan yang tidak tahu hujung pangkalnye.

Alhamdullilah, sekali lagi aku bersyukur ditakdirkan sebagai Islam. Usaha, doa dan tawakal adalah kunci ketenangan. Berkahwinan adalah syiar yang diajar oleh Islam untuk kita tunaikan. Perkahwinan mungkin mematangkan kita, tidak bersifat mementingkan diri sendiri tetapi mempertimbangkan hak orang lain dalam hidup kita.

Yang sering mengganggu fikiran-ku adalah bagaimana untuk aku seimbangkan antara dunia dakwah dan dunia berkeluarga. Di zaman student, aku membuat keputusan hanya memikirkan diri sendiri. Tetapi selepas ini bagaimana ya?! Cukup sekadar mengembirakan hati ayah dan bonda, bertanya khabar, mengirim duit dan memberi hadiah telah memudahkan aku untuk terus bergerak bebas dalam dunia dakwah. Masa terlalu banyak untuk aku membaca, belajar, mencari maklumat dan apa sahaja yang aku inginkan di zaman bujang.

Waa.. risau benar aku untuk berhadapan dengan itu semua. Ya Allah, mudahkan hamba-Mu ini menjadi HERO dalam perjuangan agama-Mu. Dalam kesibukan menyelesaikan urusan lab, aku sempat merayau-rayu mencari gambar-gambar wira didalam web. Bertemu aku dengan gambar ini, cukup mengkagumkan aku. Aku dapat rasakan beliau seorang wira yang teguh pendirian, tidak gentar dengan celaan, mengimbar panji Islam biarpun Islam dipandang dagang. Bersuluhkan cahaya bulan, menyinari gelap malam yang sukar untuk beliau menempuh dunia dakwah yang begitu mencabar. Berkobar-kobar hati-ku untuk menjadi pemegang panji tersebut. Allahu Akhbar!!

Wahai mujahid, bangunlah antara susah & senang!
Wahai mujahid, bangunlah antara sunyi & terang!
Wahai mujahid, bangunlah antara siang & malam!

3 Responses to “Antara dua alam”


  1. 1 farid
    thpm29000000Fri, 08 Feb 2008 18:01:18 +000008pm08, J0000002 9, 2007 at 15:50 +00:00Feb

    gambatte kudasai.semoga perkahwinan menjadikan anda lebih bersemangat!

  2. 3 an_naas
    tham29000000Tue, 12 Feb 2008 00:04:01 +000012am08, J0000002 9, 2007 at 15:50 +00:00Feb

    Turut risau, risau dan risau…moga Allah SWT memberi yang terbaik.
    Kekalkn semangat yg ada


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
February 2008
S S M T W T F
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: