11
Feb
08

Tarbiyyah di penjara laboratory

Assalammualaikum…

Apa khabar sahabat-sahabat semua, semoga berada dalam keredhaan Allah S.W.T. Rasa begitu bahagia sekarang ini, mungkin sebab dah “soro-soro” nak pulang ke tanah air tercinta, sudah masanya untuk aku pulang dan berbakti kepada negara dan agama. Banyak aku belajar di bumi sakura ini, pahit manis mengajar aku erti kehidupan sebenar di masa akan datang.

Alhamdullilah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana membuka ruang hidayah tidak kira dimana kita berada. Biarlah kita di bumi sakura sekalipun, tetapi kalau kita benar-benar mencari tujuan hidup, InsyaAllah ruang hidayah dan taufiq itu akan kita perolehi. Banyak aku belajar di bumi sakura ini, hatta perkara-perkara Islam boleh diperolehi disini secara tidak langsung. Antaranya adalah isu sikap yang ada dikalangan orang Jepun memberi kesimpulan bahawa Islam berada dibumi kufar tetapi tidak di bumi orang Islam.

Aku kagum dengan sikap bertanggungjawab yang ada pada orang Jepun, tidak kira diperingkat kepimpinan mahupun orang-orang biasa. Bagi aku, dalam berkawan dengan orang-orang Jepun cukuplah sekadar dalam ruang cara bekerja, tetapi tidak dari segi cara hidup. Mereka begitu bermoral sewaktu melaksanakan tugas, cuma aku tidak tahu apakah yang membuatkan mereka begitu bertanggungjawab terhadap tugasan mereka. Anda semua pasti pernah mendengar seorang pemimpin negara yang membunuh diri setelah diketahui beliau telah memakan najis rasuah! Perletakkan Perdana Menteri Jepun disebabkan kegagalan menaikkan prestasi Jepun, ini semua adalah contoh-contoh peringkat pentabiran negara orang Jepun. Kalau di kilang mereka begitu bersungguh melaksanakan tugas, melaksanakan tanggungjawab terhadap syarikat dengan begitu berdisplin, malah menjadikan syarikat adalah sebahagian dari kepentingan hidup mereka.

Tetapi aku yakin, semua ini tidak menjanjikan kemajuan Jepun di masa hadapan bila aku milihat kelemahan anak-anak Jepun sekarang dari sudut akhlak dan kesungguhan. Masih ingat lagi aku, sewaktu diminta untuk menjadi guide kepada orang-orang besar Malaysia melwat Jepun. Beliau mengatakan, amat berbeza sewaktu beliau datang ke Jepun dizaman beliau muda. Waktu itu, boleh dikatakan hampir semua orang-orang Jepun akan membaca buku sewaktu menaiki train. Tetapi sekarang, anak-anak muda Jepun lebih suka mendengan MP3, video game, membaca komik, dan macam-macam lagi. Aku cuba melihat dimanakah silapnya, dan aku yakin ia merupakan salahnya sistem pendidikan serta kesilpan melihat kepada pariority dalam kehidupan.

Dimanakah silapnya?! Bagaimana kita melihat keadaan ini?! Bagi aku, sistem Jepun cukup bagus bagi melahirkan engineer yang hebat. Mereka mampu melahirkan pakar-pakar dalam bidang teknologi dengan cepat, masih ingat lagi sewaktu aku masuk kolej dengan keadaan umur tua lebih 2 tahun, pengetahuan aku berkenaan computer masih lemah berbanding mereka. Bagi aku, kejayaan ini bukanlah disebabkan banyak nye computer di Jepun semata-mata, tetapi mereka merancang supaya pendidikan menguasai computer itu dicapai pada tahap-tahap tertentu. Berbeza dengan Malaysia, melambakkan computer di sekolah-sekolah, tetapi tidak merancang dari segi pengurusan supaya rakyat Malaysia mamput menguasai bidang computer dengan baik. Kena ingat, computer ini bukan main game sahaja! Lambakkan computer di Malaysia hanya mampu melahirkan budak-budak yang bermain game, tetapi tidak mampu melahirkan tenaga pakar mencipta game! Pengurusan dalam mencapai satu-satu goal amat penting jika Malaysia ingin maju!

Cuma dimana silapnye Jepun, bagi aku Jepun tidak berjaya mendidik seluruh unsur didalam diri manusia. Dengan penolakkan agama dalam diri, sudah cukup membuatkan mereka kecundang dari jangka masa panjang. Mereka hanya mengambil sebahagian dari siri-siri akhlak, ketaatan kepada ketua, ketaatan kepada syarikat, tanggungjawab kepada kerja, tetapi dalam hal kekeluargaan diabaikan, melahirkan insan-insan yang mampu berkomunikasi dengan baik diabaikan, akhirnya menyebabkan mereka tidak peduli kepada negara mereka sendiri. Dan aku membuat kesimpulan kesungguhan mereka melaksanakan kerja adalah kerana perut bukan melaksanakan hak-hak sebagai seorang yang berakhlak.

Manusia dianugerahkan empat unsur, MIND, SPIRITUAL, HEART, FIZIKAL. Meninggalkan salah satu unsur boleh menyebabkan kita gagal dalam kehidupan seluruhnya. Pagi tadi aku berusrah dengan tajuk “Pengenalan Ilmu Hadith”. Aku begitu takjub dengan sistem pengelasan, kualiti control dan ketelitian ulamak dalam menapis hadith-hadith nabi. Tetapi mengapa orang Islam hari ini, tidak mampu mengaplikasikan semua itu dalam kehidupan mereka?! Aku membuat kesimpulan bahawa, generasi dulu mampu melakukan perkara ini adalah kerana nilai nafs/soul atau ruh/spiritual telah membuat mereka begitu bersungguh melaksanakan kerja. Setiap kerja dirasakan ade kaitan dengan akhirat, tidak kira ibadah langsung atau aktiviti lain. InsyaAllah disesi akan datang kita akan cuba menghuraikan tajuk khas bagaimana untuk melakukan penyucian jiwa.

Jepun suatu ketika dahulu bangun dengan begitu hebat, tetapi kerana tidak memberi perhatian terhadap keseimbangan unsur manusia dan perkembangan maklumat di era-globalisasi telah menyebabkan lahirnya satu genarasi tidak sehebat dahulu. Generasi yang mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang merbahaya. Bagaimana negara-negara umat Islam sekarang?! Malaysia sebagai contoh menghadapi masalah begitu hebat kerana era-globalisasi telah menyebabkan mereka hilang panduan, anak-anak muda sudah sukar untuk dibentuk kerana berhadapan dengan pelbagai anasir-anaisr jahat. Kalau Jepun menuju kejatuhan kerana proses globalisasi yang tidak terkawal, bagaimana kita pula yang baru ingin bangun didalam arena globalisasi melampau ini?! Kalau Jepun semakin menuju kepada kegagalan kerna hilangya unsur spiritual, maka hari ini umat Islam kena bangun dengan membina unsur nafs terlebih dahulu. Kerana hanya pembinaan ruh yang sejati sahaja mampu mempertahankan “anti-virus” bagi anasir-anasir jahat tersebut. Globalisasi sebenarnye memberi kesan baik dan buruk kepada ummah, kalau kita tidak berhati-hati dengan “udang disebalik batu” globaliasasi boleh menyebabkan kita jatuh tersungkur. Sila rujuk kertas kerja globalisasi!

Penulisan blog kali ini cuba mengajak kita berfikir apakah unsur yang menjayakan satu-satu kejayaan, tidak kira kejayaan sebuah negara, syarikat, rumah tangga, ataupun pengurusan diri. Jepun berjaya kerana systemnya, tetapi menghampir kemusnahan kerana manusianya. Maka, membuat keputusan terhadap tiga unsur ini amat penting iaitu unsur matlamat, mesin/system dan manusia. Sebagai seorang Islam biarlah matlamat kita kerana agama, kerana kita akan bersungguh disebabkan rasa tanggungjawab terhadap setiap perbuatan kita, tidak kira ditempat kerja, rumah dan lain-lain. Bagi mencapai satu-satu matlamat, kita perlu merangka satu sistem yang baik. Rasulullah S.A.W bila sampai dimadinah, beliau telah merangka sistem yang begitu baik bagi menjayakan pengurusan negara. Persaudaraan, Markas Operasi, Piagam madinah, Ketenteraan, semua ini dititik beratkan oleh Rasulullah bagi memastikan kejayaan sebuah operasi. Beliau tidak bersahaja duk beribadah dan berdoa semata-mata. Seterusnya memastikan individu yang menjayakan proses tersebut mestilah dibangunkan. Dan pembangunan manusia ini mestilah dilihat dari semua aspek, tidak ckup dengan pembinaan ilmu yang dilaksanakan oleh Jepun hari ini, tetapi perlu dititik beratkan unsur akhlak, unsur spiritual dan unsur fizikal. Dan unsur manusia adalah perkara pertama yang perlu diberi perhatian, yang menetapkan matlamat yang tepat adalah manusia, dan yang menjayakan system adalah manusia. Sebelum berhijrah, nabi sendiri melihat unsur manusia sebagai kompenen utama dalam membentuk negara Islam. Maka nabi membina shabat diperingkat makkah dengan nilai rohani yang tinggi, menghantar musab bin umair untuk melahirkan generasi yang hebat dari segi roh dan ilmu. Dan mereka ini sanggup berkorban apa sahaja untuk Islam.

Sahabat-sahabat sekalian, diharap penulisan ini membuka lebih ruang untuk anda berfikir, dan mulakan perkara ini dengan diri anda sendiri, seterusnya membentuk masyarat disekeliling anda! Wassalam.


3 Responses to “Tarbiyyah di penjara laboratory”


  1. 1 commentor
    thpm29000000Tue, 12 Feb 2008 16:11:38 +000012pm08, J0000002 9, 2007 at 15:50 +00:00Feb

    Assalam,

    ‘Manusia dianugerahkan tiga unsur, MIND, SPIRITUAL, HEART, FIZIKAL’. 3 unsur? Bukan 4 ke tu??

    Satu artikel yg bagus. Ada berusrah ttg ‘Pengenalan Ilmu Hadith’? Bagus. Semoga dengan ilmu hadith tersebut sedikit sebyk akan menampakkan saudara kepada kekalutan org Melayu, terutamanya kemunduran mereka akibat x paham sunnah. Hadith maudhu’/dhaif masih byk yg menjadi pegangan org Melayu, terutamanya mereka yg berjawatan/berpangkat dlm keagamaan. Serabut.. serabut…

  2. 2 samuraisyahid
    thpm29000000Tue, 12 Feb 2008 17:38:18 +000012pm08, J0000002 9, 2007 at 15:50 +00:00Feb

    assalammualaikum..

    Terima kasih atas keperihatinan anda! InsyaAllah akan meneruskan penulisan.

  3. 3 irhafiz
    ndpm30000000Thu, 02 Apr 2009 12:53:22 +000002pm09, J0000004 9, 2007 at 15:50 +00:00Apr

    Assalamualaikum…

    Rasulullah S.A.W bila sampai dimadinah, beliau telah merangka sistem yang begitu baik bagi menjayakan pengurusan negara. Persaudaraan, Markas Operasi, Piagam madinah, Ketenteraan, semua ini dititik beratkan oleh Rasulullah bagi memastikan kejayaan sebuah operasi. Beliau tidak bersahaja duk beribadah dan berdoa semata-mata.

    Terima kasih atas artikel ini. Perkongsian dari seorang yang memang berpengalaman berada di Jepun memang berbeza, terutamanya dalam membincangkan soal Jepun itu sendiri.

    Bagi saya, keadaan negara Malaysia sekarang ini cukup terumbang ambing. Terutamanya keruntuhan nilai pada pewaris bumi ini. Bagi mereka yang ingin menjadi hero pula, hanya menumpukan pada soal Politik dan lebih pada nasionalisme.

    Sedangkan soal akhlak dan nilai ini, tidak dapat diubati dengan hanya berpolitik.
    Sebagai seorang warganegara Malaysia, saya cukup kesal dengan apa yang dihidangkan pada rakyatnya. Hiburan yang melampau dengan wujudnya artis-artis yang seksi.

    Ini bukan suatu ketamadunan yang boleh dibanggakan.

    Comentor pula, menekankan kepada kepentingan dalam memahami hadith.
    Saya amat bersetuju. Hadith yang sememangnya dalam bahasa Arab itu, sepatutnya difahami, dan juga diteliti secara ilmiah. Seseorang yang mempunyai Ilmu tentang hal ini telah menghuraikan apa yang diterangkan oleh sesuatu hadith, dan telah menyusun dan mengkaji, sehingga telah ada beberapa mazhab dan jalan-jalan yang boleh kita ikuti.

    Bermazhab adalah amat penting bagi kita yang dhaif dalam bahasa Arab apatah lagi seni bahasa itu sendiri, dan juga dhaif dalam sejarah rasul dan sahabat, serta dhaif dalam ilmu hadith, untuk memahami sesuatu mazhab itu dan mengikutinya. Sebagai contoh mazhab Syafiee di Malaysia.

    Imam Nawawi yang telah mengarang beratus-ratus kitab pun masih bermazhab Syafie. Semua orang tahu kehebatan Imam Nawawi dalam ilmu agama, amat jauhlah berbanding kita yang kerdil ini. Namun, Beliau pun bermazhab dengan mazhab Imam Syafiee, apatah lagi kita yang kerdil ini, yang memang tidak mampu mengarang kitab, walaupun sehelai…

    Jadi saya juga turut kesal bagi mereka yang ingin kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya, tetapi telah terpesong dengan takrifan akalnya sendiri terhadap hadith. Sesetengahnya pula sampaikan menganggap hadith yang dhaif lebih hina dari kata-kata guru mereka sendiri?

    Wallahua’lam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
February 2008
S S M T W T F
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: