13
Feb
08

concept: purification of the soul

Assalammualaikum..

Aku mulakan penulisan-ku pada hari ini dengan sepotong ayat quran:

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.
(Surah Al-Israa’, Ayat 85)

Allah S.W.T telah jelas-jelas melarang kita daripada mengkaji lebih lanjut berkenaan roh, tetapi memahami kaedah dan konsep penyucian jiwa/roh itu dituntut oleh agama supaya kita menjadi insan yang bertakwa kepada Allah. Bukan semua perkara itu mampu untuk kita mengkaji dan meneliti. Sudah cukup dengan objek yang begitu banyak yang tidak mampu kita selidiki dan memahami hakikatnya disekeliling kita. Maka larangan Allah itu perlu kita ikuti dan turuti kerana ia adalah batasan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, seta Allah Maha Mengetahui.

Tetapi Allah mengajak kita supaya mengkaji makhluk-makhluk Allah supaya dapat melahirkan lagi rasa kebesaran Allah dalam diri kita. Malangnya, umat hari ini tidak pernah menjadi apa yang diarahkan, yang melaksanakan itu semua adalah orang kafir. Kita menyibukkan diri dengan perkara yang dilarang tetapi tidak melakukan yang diarahkan oleh Allah. Maka tidak peliklah, hari ini orang kafir lebih maju dari kita kerana mereka mengikut apa yang Allah arahkan walaupun mereka tidak menyedari. Kita hilang petunjuk dan kita mencari petunjuk selain dari petunjuk Allah sedangkan Allah telah memberikan Quran dan Sunnah untuk kita selidiki dan berfikir supaya kita menjadi insan yang berjaya;

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
(Surah Al-Baqarah, Ayat 164)

Sekarang saya tidak ingin mengajak anda untuk berfikir apa itu roh, cukuplah untuk anda tahu bahawa unsur ruh itu ada didalam manusia. Apa buktinya roh itu ada?! Kematian seseorang sudah cukup menjadi bukti bahawa ruh itu ada. Tidak bermakna satu jasad tanpa ruh, yang tinggal hanyalah tubuh yang tidak mampu berbuat apa, kaku bila diperbuat apa-apa. Sama juga bila kita tidur, ruh telah hilang dari tubuh kita, sewaktu itu kita tidak mampu berbuat apa-apa. Diri kita tidak bermakna diwaktu itu, malah kita tidak mampu mengingat apa yang kita mimpikan. Malangnya, mereka yang hidup tetapi mengabaikan unsuru ruh adalah seperti orang yang mati serta di bermakna hidupnya sama sekali.

Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
(Surah As-Sajdah, Ayat 9)

“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.
(Surah Al-Hijr, Ayat 29)

Unsur roh adalah unsur yang tidak dapat dilihat, tidak seperti telingan, tangan, badan, otak.. semua itu kita dapat melihatnya dengan mata kasar. Tetapi, dengan berimannya kita kepada Allah, kita mesti meyakini bahawa ruh itu wujud. Serta segala ketenangan itu adalah ketenangan dari ruh yang tenang dan taat. Kalau hari ini, kita telah memberi hak kepada seluruh jasad yang zahir ini, maka kita juga perlu menunaikan hak ruh kita. Akal kita, kita berikannya dengan ilmu supaya dapat berfikir, dapat membaca, dapat membuat keputsan. Perut kita, kita isikannya ketika lapar, kita berikannya ubat jika ia sakit.

Tetapi bagaimana ruh kita yg tidak subur, terganggu dengan hasutan syaitan, hilang ketenangan, kekeringan dengan pengharapan kepada Allah. Maka, jangan sesekali kita mengabaikan hak-hak ruh kita kerana pasti diri kita menderita. Sudah jelas kita tengok mereka yang beragama hindu, kristian, yahudi, walaupun manusia itu jahat, dia pasti rasa untuk bertuhan kerana dia tahu ruhnya memerlukan tuhan dalam diri. Cuma mereka tersilap dalam memahami konsep penyucian jiwa yang betul!

Apa yang membuat aku teruja membaca buku purification of the soul ialah penulis telah menghuraikan konsep penyucian jiwa yang begitu hebat dan sering disalah ertikan oleh umat hari ini. Konsep penyucian jiwa bukan sahaja amalan ritual seperti solat, puasa, zikir, haji, tetapi mengambil semua perkara yang ada didalam quran. Meninggalkan segala selain dari quran dan sunnah adalah hak utama dalam menyucikan jiwa. Ramai dikalangan kita sibuk dengan beribadah tetapi pada masa yang sama mereka menyanjungi ideologi-ideologi manusia, memperjuangkan sekularisma, memajukan kapitalisme. Semua ini perlu dijauh sebagai langkah pertama untuk melaksanakan penyucian jiwa. Mengambil Islam secara keseluruhan sebagai the way of life adalah titik tolak kepada penyucian jiwa.

Penulis menekankan penyucian jiwa perlu diperjelaskan bukan hanya kepada individu tetapi juga kepada masyarakat. Gerakan-gerakan Islam hari ini perlu bertindaka dengan cara yang tepat. Taniah kepada PAS kerana telah mendahului konsep penyucian jiwa di di malaysia!! Tetapi PAS perlu meningkatkan keperluan ini bukan hanya untuk kemenangan dalam politik, tetapi memperjelaskan politik Islam yang sebenar supaya ummah ini faham dengna jelas berkenaan hubung kaitnya dengan aqidah dan tuntutan ruh Islam itu sendiri. Kepelbagaian dalam PAS membawa isu ummah perlu diteruskan, membemtuk pemikiran Islam, menjatuhkan kezaliman, dan membina ruh islam perlu diseimbangi. Biarlah PAS memperjuangkan islam tetapi tidak memperjuangkan parti, supaya penyokong-penyokong PAS mengerti apakah kemenangan sebenar untuk ummah ini.

Dalam tingkatan ini, setiap perjuang-pejuang Islam perlu menyediakan diri dari sudi pembinaan ruh kerana ia adalah keperluan utama. Yang menyatukan hati ini adalah Allah, yang membuat semua orang minat kepada Islam adalah Allah. Usaha kita dari sudut kebijaksanaan berbicara, strategi memenangi hati manusia adalah sebahagian usaha tetapi penetapan kejayaan adalah milik Allah. Setiap pejuang Islam perlu meningkat tahap keimanan sehingga peringkat muhsin. Nilai muhsin adalah tingkatan ihsan dalam diri muslim. Merasakan kita melihat Allah, dan yang pasti Allah itu sentiasa melihat kita. Bukan lah disini membayangi bahawa kita nampak bentuk Allah, tetapi merasakan keberadaan Allah bersama kita. InsyaALlah disini, segala tindak tanduk kita adalah untuk-Nya.

Ya Allah, tingkatkanlah iman-ku seperti mana iman para nabi dan sahabat. Kerdil diri ini untuk teruskan perjalanan yang sukar tanpa iman yang sebenar. Kadang-kadang aku merasakan diri-ku terlalu teruk dilapangan ini bila membaca buku tersebut, seolah aku perlu mencari satu suasana yang mampu membentuk diri-ku dengan lebih baik. Kata-kata penulis supaya membina ruh terlebih dahulu adalah syarat utama untuk kemenangan ini, ia membuat aku rasa resah dan merasa begitu sedih dengan diri ini, serta baru-ku sedar dimanakah salahnya diri, kelemahan membahagi masa, mentaati perintah, melaksanakan tugas dengan istiqamah semuanya berpunca dari penyucian jiwa yang lemah. Tetapi penulis berpesan supaya kita meneruskan perjlanan usaha ini pada masa yang sama lakukan penyucian jiwa supaya sampai ke tingkatan Muhsin. Terima kasih Tok Guru Jamaal al-Din M. Zarabozo!


0 Responses to “concept: purification of the soul”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
February 2008
S S M T W T F
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: