26
Feb
08

Gerakan Islam & PilihanRaya

Assalammualaikum..

Apa khabar sahabat-sahabat semua, semoga sihat dalam keberkatan Allah S.W.T. Sudah lama untuk aku menulis tajuk ini bila berlaku satu perbualan dengan seorang sahabat.

” GG, boleh tak terangkan berkenaan isu politik kepartian di Malaysia?”

“Eh, dok kat malaysia, tapi tanye orang dok kat jepun lak!”

“Bukan ape, tak berapa minat dengan parti-parti politik nie.”

“Ouw.. Tak minat parti politik ke?! atau tak ambik peduli sebab hidup dengan dunia sendiri.” agak tegas bunyinye dari aku.

Tetapi, aku yakin die tak kisah sebab kami dah lama berkawan. Saje je beremosi, supaya memeriahkan alam chat. hihi. Sebenarnya ketegasan aku itu mempunyai sebabnya, supaya kita sedar bahawa politik adalah sebahagian asam garam kehidupan kita yang tidak boleh ditinggalkan. Kerana berpolitik adalah sebahagian dari ajaran Islam.

Politik ini telah wujud sejak zaman Rasulullah S.A.W, sebab itu adanya hijrah Nabi S.A.W untuk mencari tapak penyuburan agama Islam dalam bentuk daulah dan pemerintahan. Ayat-ayat quran yang menyentuh persoalan khalifah juga adalah bukti bawa tugasan manusia ini bukan sekadar untuk beriman dengan mengamalkan amalan-amalan ritual biasa kita lakukan seperti solat, malah mentadbir muka bumi dengan dengan syariat Allah itu juga adalah sebahagian daripada tuntutan agama.

Aku tidak berkeinginan menyentuh perpektive agama secara detail kerana ia telah disentuh oleh ulama’ yang mempunyai kemampuan dalam bidang tersebut. Sebagai contoh penulisan Tok Guru Yusof Al-Qaradhawi dalam buku Fiqh Daulah boleh anda selidiki.

Bagi aku, mereka yang menolak politik, tidak mempedulikan soal politik, mereka yang tidak kisah apa pun berlaku terhadap politik adalah sebab jahilnya diri kita terhadap maksud sebenar politik itu sendiri.

“Politics is the process by which groups of people make decisions. Most commonly it is generalized as “who gets what, when, why, and how.” Although the term is generally applied to behavior within civil governments, politics is observed in all human group interactions, including corporate, academic, and religious institutions.

Politics consists of “social relations involving authority or power” and refers to the regulation of a political unit, and to the methods and tactics used to formulate and apply policy.

Rujukan: Wikipedia

Cuba anda perhatikan maksud politik tersebut, sudah pasti ia melibatkan kita. Paling kurang harga barang yang naik di pasaran juga adalah sebahagian dari gerak kerja politik. Pada siri yang lepas, saya telah menguploadkan satu kertas kerja berkenaan tanggungjawab didalam pilihanraya. Saya harap ia membuka minda anda semua untuk memberi kredit melibatkan diri anda dalam arena “POLITIK CELEK” tetapi bukan “POLITIK NENEK MOYANG”.

“Dan apabila dikatakan kepada mereka” Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah” mereka menjawab: “(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya”. Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?” (Surah Al-Baqarah, Ayat 170)

Dari sudut perbincangan gerakan Islam, kita melihat terjunnya gerakan Islam dalam dunia politik adalah satu tindakan yang jelas atau praktikal bukan lagi teori. Kita sendiri melihat gerakan Islam yang menjadi idola semua gerakan Islam yang lain iaitu IKHWAN MUSLIMIN juga terjun didalam dunia politik. Sudah pasti ikutan yang tidak disusuri dengan kajian dan penilian adalah bukan dari ajaran Islam. Maka, kita melihat dari sudut sejarah, dan reality… terjunnya gerakan Islam dalam dunia politik adalah satu yang praktikal dan bukan lagi teori yang bermain dibibir! Melihat di kelantan, kejayaan gerakan Islam memenangi negeri telah memberi peluang kepada kita menghapuskan judi, mengawal minum arak dikalngan orang Islam, mengawal aktiviti maksiat, dan memperlihatkan bahawa Islam mampu memerintah dengan adil dan saksama. Orang-orang cina kelantan begitu sayang dengan pemerintahan PAS, malah memberi skongan penuh kepada PAS untuk terus memerintah kelantan. Bukankah ia adalah kredit kepada apa yang laungkan dari teori buku di usrah-usrah dan kuliah!! Maka perjuangan Politik adalah releven dan perlu diteruskan!

Rujukan: 5 Tokoh Pimpinan Ikhwan oleh Saari Sugib/abu urwah

Kita boleh melihat perjuangan menentang penguasa yang zalim adalah sebahagian dari perjuangan Nabi. Berhadapa penguasa seperti firaun,Karun, Abu Jahal, Abu Lahab adalah sebahagian dari tugas para nabi. Pada masa yang sama gerakan islam juga perlu melibatkan diri dalam pentarbiyyah orang jumhur seperti orang kampung, pelajar, profesional dan lain-lain.

Rujukan: Fiqh Dakwah Tulisan Abdul Karim Zaidan

Walaupun kita melihat pelbagai parti didalam dunia politik, bagi orang islam kita perlu bersama gerakan Islam yang memperjuangkan politiik. Sudah pasti perjuangan politik oleh gerakan Islam tidak boleh mengabaikan teras perjuangan kita iaitu tarbiyyah dan dakwah. Malangnya gerakan Islam yang memperjuangkan politik kadang-kadang dipandang serong oleh mereka yang bersemangat Islam kerana merasakan tidak menumpukan soal tarbiyyah! Tetapi dimanakah benarnya pandangan tersebut, atau kita sendiri tidak mendalami dan mengkaji usaha gerakan Islam tersebut dalam dunia dakwah. Kita melihat seperti adanya Unita Amal PAS bergerak dalam lapangan mengirim risalah-risalah di kawasan konsert adalah sebahagian dakwah. Sudah pasti mereka yang menentang pemerintah yang zalim sentiasa mendapat tentangan, hatta bercakap soal solat jemaah! Berbeza dengan gerakan Islam yang tidak bergerak terus menentang pemerintah yang zalim, mereka bebas mempromosikan jenaman2 mereka sewaktu mengajak kepada amal maaruf dan nahi mungkar. Maka, gerakan Islam yang memperjuangkan dakwah yang lebih universal terpaksa berjuang dalam pelbagai kesukaran dan berstrategi. Mereka terpaksa menggunakan tiket-tiket persendirian bagai menjayakan dakwah yang lebih sempurna.

Dalam dunia politik, gerakan-gerakan Islam terpaksa menggunakan pelbagai strategi untuk memenangkan Islam. Kita terpaksa mendiamkan terlebih dahulu soal negara Islam walaupun kalau kita benar-benar mengkaji negara Islam adalah pemberi keamanan kepada semua jenis agama. Maka, mereka yang bersama gerakan Islam jangan terlalu cepat melatah bila perubahan-perubahan yang dibuat oleh pimpinan. Yang penting adalah matlamat perjuangan itu berjya, selagi kaedah tidak melanggar hak-hak syarak. Bersyukur kita kepada Allah, kerana Islam ini adalah agama yang fleksibel dalam sesetengah hal. Ruang Ijtihad dibuka seluas-luasnya untuk kita menerusi perjuangan Islam.

Gerakan Islam yang memperjuangkan politik dengan parti-parti politik lain perlu menunjukan perbezaan. Kerana kita memperjuangkan dakwah yang universal bukan sekadar menang dalam pilihanraya. PAS, PKR, DAP, walaupun pergabungan kita dibawah tiket BA, tetapi Stand kita berbeza dari sudut matlamat. Selagi ia memenangkan sebahagian dari pada matlamat Islam iatu menjatuhkan kezaliman dan meruntuhkan kezaliman. Gerakan Islam pasti akan terus bersama demii kebaikan kepada Islam.

Rujukan: Fiqh Harakah-tajuk Hijrah

 

Marilah kita berdoa supaya kita mendapat kemenangan, bukan sahaja untuk kemenangan BA tetapi yang lebih besar ialah kemenangan untuk Islam. Semoga penulisan ini memberi makna sempena pilihanRaya kali ini. Wassalam.


0 Responses to “Gerakan Islam & PilihanRaya”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
February 2008
S S M T W T F
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: