28
Feb
08

hati kecil

Assalammualaikum..

Apa khabar sahabat-sahabat semua, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Lama sudah tidak menulis diruang blog. Bagaimanala bila sudah pulang ke Malaysia selepas ini, kalau di Jepun yang penuh dengan masa lapang pun tidak mampu istiqamah untuk aku.

Hidup seolah-olah satu persinggah yang sementara, siapkanlah yang mana perlu sahaja kerana ia akan ditinggalkan. Kepulangan aku ke Malaysia adalah sebahagian lumrah hidup, kita semua tidak akan kekal di satu tempat. Banyak barang-barang-ku terpaksa ditinggalkan, walaupun berat tetapi itu adalah ketetapan dalam kehidupan, tidak semua perkara yang kita mahukan boleh bersama kita. Yang paling besar dalam kehidupan Jepun yang dapat aku bawa pulang ialah pentarbiyyah diri semasa berada dibumi sakura. Itu membuat aku tersenyum, walaupun aku tidak mampu membawa pulang sebuah kereta yang mewah seperti kawan-kawan.

Bila berfikir jauh, semua kehidupan ini semuanya ada rekordnya. Dan semuanya boleh di rolling balik, ia tidak mustahil dan telah tercatat didalam al-Quran. Hatta sebesar zarah sekalipun ia akan dipersoalkan dan direview balik kepada semua. Bukti teknologi sekarang sudah cukup menjadi rujukan kepada kita bahawa perkara yang lepas boleh di review kembali dengan ada nya pita video, recorder dan lain-lain. Tidak kira perkara yang kita inginkan untuk ditanyang atau tidak. Kes V.K Lingam, adalah sebahagian bukti kukuh, bahawa perkara jahat yang kita cuba selindungi akhir nya terbongkar dengan rakaman pita video. Apatah lagi dengan kekuasan Allah, Dia lebih mampu daripada itu. Kehebatan ilmu Allah yang digunakan oleh mampu pun dapat membongkarkan segala-galanya, apatah lagi dengan kudrat Allah S.W.T sendiri.

Sebelum hidup ini dimuhasabahkan oleh Allah S.W.T, aku cuba bermuhasabah nya sendiri terlebih dahulu, moga dengan review aku sendiri, aku dapat bertaubat kepada Allah S.W.T. Hidup-ku masih jauh diperjalanan mendambakan kasih sayang Allah S.W.T, begitu ramai yang berpesan, balik nanti jangan futur, teruskan perjuangan dimana anda berada. InsyaAllah doa kalian aku akan aku iringi dengan usaha.

Biarpun Islam mengajar kita selalu ingatkan mati, ini tidak bermakna hidup ini tidak diperlukan atau tidak perlu kepada perancangan serta cukup dengna berserah sahja kepada Allah. Ia bukan dari bahagian Islam, setiap perkara dalam kehidupan ini ada hakny masing-masing. Mengingati mati yang diajar oleh Islam bermaksud berusaha untuk terus hidup, bukan berusaha untuk mati. Tetapi hidup yang penuh dengan keberkatan dan keredhaan dari Allah. Hidup bukan hanya untuk kepentingan diri, tetapi juga untuk kepentingan ummah. Tiada Hidup Tanpa Pengorganan!

Setiap detik hidup-ku, aku lalui dengan berfikir dan merancang. Mungkin disebabkan itu, aku pulang dengan tidak menetapkan tempat kerja aku. Aku pulang untuk melihat dan mengkaji, supaya pilihan menepati. Sekali melangkah pastu perlu terus melangkah hingga berjaya.

Kepulangan aku penuh dengan tanggungjawab, sebagai seorang anak sulung, sebagai seorang graduate yang masih fresh, tanggungjawab kepada masyarakat kampung yang mungkin tidak mendapat pendidikan seperti aku, tanggungjawab terhadap bakal isteri, tanggungjawab terhadap dua keluarga.. semua itu perlu dipertimbangkan sebelum aku membuat keputusan. Dengan cita-cita yang besar, pada masa yang sama perlukan komitmen kepada tanggungjawab beriktu memerlukan aku waktu untuk menentukan semua itu.

Sering aku katakan kepada tunang-ku, aku belum bersedia untuk pulang. Aku perlukan sedikit masa untuk membuat perubahan selepas belajar. Moga-moga kami dapat apa yang kami rancangkan. Walaupun begitu hati kecil masih mahu segera pulang ke Malaysia membantu anak watan. Tiga bidang utama yang ingin aku ceburi dalam agenda dakwah;

1. Dunia akademik

2. Dunia sosial/kemasyarakatan

3. Dunia politik

Semuanya perlukan kemampuan dari segi Iman, Ilmu dan Amal. Sudah pasti kemampuan dalam ekonomi juga perlu dititikberatkan. Tetapi bila difikirkan, aku sebenarnya tidak mampu dengan kekuatan iman yang ada. Aku sering kerisauan, semoga perkahwinan aku melengkapkan semua itu. Dalam perancangan ekonomi, aku bercadang ingin melakukan pelaburan dalam beberapa sektor perniagaan;

1. Klinik

2. Perniagaan keluarga

Aku harap, dalam masa beberapa tahun aku dapat melabur dalam sektor perubatan melalui bakal isteri. Sudah pasti ia tidak semudah yang dirancang, cuma ia sering terlintas difikiran. InsyaAllah, kalau ade rezeki bercadang untuk melabur dalam perniagaan keluarga juga, disamping dapat membantu keluarga, aku dapat juga menambah side income. Aku yakin dengan serba sedikit pengurusan kewangan ini, aku lebih mudah untuk bergerak dalam dunia dakwah tanpa pergantungan kepada mana2 pihak. Inilah contoh terbaik yang diajarkan oleh nabi S.A.W dalam dunia dakwah beliau.

Dunia akedemik masih baru untuk aku ceburi, tetapi aku minat dunia penulisan akademik, antara penulis blog aku agak minat ialah sosialis kanan, hasrizal jamil, dan zaharuddin. Aku kurang berminat penulisan yang ala-ala puisi, penuh dengan dunia ilusi. Mungkin dari sekarang aku perlu menambahkan lagi pembacaan dari sudut pemikiran seperti edward said, bernard lewis, Nuquib al-attas dan tokoh-tokoh lain dalam dunia akademik terkemuka. Walaupun aku dilahirkan dalam suasana pendidikan engineering, tetapi aku lebih berminat dengan dunia pendidikan yang seperti ini. InsyaAllah, aku rasa amat beruntung dijadikan sebegini, kerana hidup aku telah dipelbagaikan oleh Allah S.W.T. Sebenarnya semangat-semangat ini hadir dari pujian dari sahabat yang terus memberi sokongan kepada aku. InsyaAllah, aku akan teruskannya dengan istiqamah.

Dalam dunia sosial/kemasyarakatan, InsyaAllah aku mampu untuk pergi lebih jauh. Cuma yang membimbangkan, aku belum lagi bersama semua peringkat masyarakat, mungkin cabarannya agak berbeza. Sekarang aku hanya bersama generasi pelajar, yang mampu berfikir, dan membuat keputusan. Selepas ini, wallahualam. Tunggu dan lihat. InsyaAllah hasil pembacaan stephen covey, john maxwell, brain tracy, dan lain-lain, akan aku applikasikan dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Doakan aku wahai sahabat!

Dunia politik sudah lama mengalir dalam hidup aku, tetapi mungkin politik tersebut adalah politik semangat yang bara tanpa kehadiran kefahaman yang jelas. Tetapi alhamdullilah, dunia global telah banyak mengajar aku untuk menambah input. Terima Kasih Globalisassi! Yang buruk kita tinggalkan yang baik kita ambil, itulah konsep hidup dalam dunia globalisasi. Kebijaksanaan membuat pilihan adalah syarat penting untuk terjun dalam dunia globalisasi yang penuh dengan pembohongan fakta. Kadang-kadang, rakan-rakan membuat aku ketawa. Yang kenal, baru kenal, kenal sikit-sikit, bila jumpa aku akan berkata, balik bertanding ke?! Mereka membuat aku berkhayal, layakkah aku untuk menjadi pimpin kamu semua nanti. Mungkiin cakap aku hanya teori dibibir, perlaksanaan siapa tahu, jangan mudah menilai dari bibir yang manis, kerana ia bisa menghancurkan! Ya, aku memang suka berbicara.. pantang diminta memberi pendapat InsyaAllah akan aku berkongsi. Bagi aku, kalau nak dibandingkan dengan sammy vellu aku sedia untuk turun bertanding, tetapi kalau dengan Anwar Ibrahim, Tuan Guru Haji Hadi, Tuan Guru Nik Aziz, Saifuddin, Liim Kit Siang.. akan membuat aku berfikir. Bukan kerana takut kalah bertanding, tetapi biarlah orang yang ahli nya menjadi pemimpin untuk kita.

Terjun dalam dunia dakwah yang pelbagai termasuk politik adalah tanggungjawab kita. Ramai yang pandang serong, berdakwah dalam dunia politik. Mereka silap, POLITICAL ANIMAL bukan dari Islam tetapi dari barat. Politik adalah perjuangan yang mulia, kerana ia adalah jihad mengubah pemimpin yang zalim!!

Penulisan aku bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada sesiapa, tetapi blog adalah antara tempat yang sebaik-baik tempat mengadu selepas Allah S.W.T. Kemudian aku mahu mengajak semua sahabat-sahabat, marilah kita menjadi pejuang Islam yang berjiwa besar. Terlalu ramai dikalangan kita sibuk merancang dunia keluarga dan kerjaya, tetapi tidak ramai yang cuba merancang dunia dakwah. Keluarga keperluan, dakwah juga keperluan. Jangan lah dakwah di anak tirikan oleh kalian terutamanya yang telah bergelar daie! Hidup biar berperancangan, kerana mati itu pasti mengundang bila-bila masa!

Hari ini, blog aku telah bersedia untuk turut serta bersama aku terjun dalam dunia dakwah yang lebih mencabar. Semua maklumat diri telah aku rahsiakan, sebagai permulaan melangkah ke dunia dakwah yang lebih rancak dan mencabar. Sebelum ini, blog aku bergambarkan ninja, tetapi hari ini blog ini telah transform kepada samurai. Ia menandakan kematangan aku untuk turun bersama masyarakat Islam membangunkan Islam ditapak tercinta iaitu Malaysia! Kalalu nabi mencari tapak perjuangan, selepas mendapat tarbiyyah di Makkah selama 13 tahun. Kini aku, pulang ke Malaysia setelah mendapat tarbiyyah di bumi sakura ini. Terima kasih kepada mereka yang telah banyak membantu aku, menjadikan aku yang hari ini! Terima kasih persatuan, terima kasih rakan-rakan, terima kasih tok guru2, terima kasih dunia global, jasa kalian tetapku kenangan!

Sedikti coretan-ku berkenaan ninja dan samurai. Mungkin ramai rakyat malaysia tidak tahu apakah perbezaan tersebut. Aku pernah mengajukan soalan ini sewaktu aku berada disekolah bahasa dahulu. Menurut sensei aku, Ninja adalah orang suruhan, seperti spy. Manakala samurai adalah pejuang-pejuang Jepun yang high level sikit. Samurai menitik beratkan maruah. Kalau kita tengok perdana menteri Jepun, saudara ABE. Beliau meletak jawatan selepas melakukan kesilapan dalam pentadbiran. Walaupun kesalahan yang sedikit, tetapi kerana maruah.. beliau telah meletak jawatan secara terhormat. Berbeza dengan Malaysia, negara teruk, minta tambah 4 tahun lagi. MEMBOSANKAN!!

Antara yang menarik samurai ini, bila mereka kalah dalam mana-mana perlawanan perang, dengan sendiri mereka akan membunuh diri. HARA KIRU! Sebagai tanda kekalahan. Kononnya bermaruah la, tak bererti hidup tanpa maruah. Sedikit cerita berkenaan bunga sakura, bunga sakura seronok di lihat bila bunga jatuh berguguran, menurut cerita, gugurnya bunga sakura adalah tanda kemuliaan matinya seorang samurai. Matinya mulia dan cantik dipandang, mati bermaruah la orang katakan. Sebab itu aku telah menukar gambar blog aku, dari ninja kepada samurai. Agar, aku bakal menjadi pejuang sejati bertaraf samurai. Mungkin ia menjawab soalan yang pernah diajukan oleh seorang rakan pembaca suatu ketika dahulu.

Tetapi samurai hamba samurai mencari syahid. Tak main la bunuh-bunuh diri ni!

http://www.samuraisyahid.wordpress.com selamat menuju kematangan, semoga menjadi samurai sebenar!

Wassalam.


6 Responses to “hati kecil”


  1. thpm29000000Thu, 28 Feb 2008 14:22:21 +000028pm08, J0000002 9, 2007 at 15:50 +00:00Feb

    Salam Bro.
    Wah.. bersemangat. Nampaknya kita punya misi yang sama. Lapangan pendidikan medan sebenar. Mendidik bukan tugas mudah. Perlu kesabaran yang tinggi.

    Selamat berjuang buat samurai. Doa untukmu terus menerus tiada putus.
    Semoga berjumpa lagi. ;_(

  2. 2 samuraisyahid
    thpm29000000Thu, 28 Feb 2008 15:23:54 +000028pm08, J0000002 9, 2007 at 15:50 +00:00Feb

    Jazkh, saudara irfan. Diharap kita dapat menyediakan diri untuk ape yang kita fikir dan rancangkan.

  3. 3 hanekaseyo
    ndam31000000Sun, 02 Mar 2008 02:14:15 +000002am08, J0000003 9, 2007 at 15:50 +00:00Mar

    Semoga dapat terus menyumbang untuk mendidik.Baru dapat sambung internet kat rumah.Doakan hijau nan damai dapat melitupi kezaliman baru biru kerajaan umno.Nyah korupsi,nyah pemerintahan kuku besi,ayuh bangun mengorak langkah perubahan permisi.Kata-kata azimat tok guru nik aziz di pengadang baru,kuala terengganu beberapa hari lepas,cukup memberi kesan.Menitis air mata deng.Hidup ni sementara,tapi mudoh sokmo kaloh ngan pujuk rayu nafsu dan telunjuk syaitan.Semoga sama-sama beristiqomah dalam pentas da’waa ini.InsyaAllah.Doakan moga-moga kami,barisan-barisan yang mula-mula tertarik dengan da’waa ini,dapat merasai kemanisan yang enta rasai jugok,kalu buleh nok jugok lebih lagi,insyaAllah.đŸ™‚

  4. 4 samuraisyahid
    ndpm31000000Sun, 02 Mar 2008 16:58:49 +000002pm08, J0000003 9, 2007 at 15:50 +00:00Mar

    Teruskan perjuangan wahai akhi, teruskan mendidik diri untuk terus maju dalam dunia dakwah. Siapkan persediaan, beljar sungguh-sungguh semasa zaman belajar. Alang-alang belajar, belajar semuanya yang bermanfaat!

  5. 5 pakgem
    tham31000000Tue, 18 Mar 2008 00:54:11 +000018am08, J0000003 9, 2007 at 15:50 +00:00Mar

    Doakan hijau nan damai dapat melitupi kezaliman haru biru kerajaan umno.(ni copy paste dari tulisan hanekaseyo).saya suka ayat ni!
    bijak pĂªrancangan samuraisyahid!saya pon perlu start berfikir dan merancang..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
February 2008
S S M T W T F
« Jan   Mar »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: