02
Mar
08

antara idea & emosi

Assalammualaikum..

Alhamdullilah, baru sahaja lepas pulang dari jalan-jalan di Fukui. Gembira sekali, dapat lihat keindahan alam dan bergambar. Tetapi hamba ni kurang berminat menangkap gambar, rugi juga rasanya kadang-kadang kerana tidak ade kenangan yang dapat dibawa dari Jepun. Kali pertama aku pulang ke Malaysia, sepupu sepapat aku semua marah kat aku kerana tidak bawa sebarang gambar-gambar pulang. Tak sangka lak aku, begitu ramai berminat. Takpelah, aku memang tak berminat sangat nak tangkap-tangkap gambar ni, bukan kerana tangkap gambar tu haram ke ape ke, tetapi memang tak berminat! Cuma kesian lak kepada mereka yang berharap, InsyaAllah nak diminta untuk bercerita tetang bestnya Jepun boleh lagi kot, walaupun tidak bergambar.hihi.

Selepas pulang dari jalan-jalan, kami singgah di restoran untuk isi perut yang lapar tidak diisi. Apa yang membuat aku begitu hepi hari ini adalah dapat menyumbang idea berkenaan Islam, masyarakat, dan politik. Sudah lama terperap didalam minda ini, akhirnya terlafaz juga di meja makan joyfull. Terima kasih kawan-kawan kerana memberikan aku peluang untuk memberi idea. Aku jarang bercerita hal-hal ini dengan sahabat-sahabat fukui, berbeza aku di Gifu. Di Gifu, aku selalu berbincang dengan diaorang hal-hal ini. Mungkin sebab agak lama aku di Gifu, lagipun di Gifu aku begitu aktif dengan aktiviti luar berbanding dengan sahabat-sahabat Fukui.

Di Gifu, kami selalu bercakap soal kemasyarakatan, soal negara, soal ekonomi, soal Islam di meja-meja saizeriya. Dan memang aku gila berckp perkara ini, enjoy sangat dengan diaorg. Bagi aku, dakwah tidak hanya di masjid, tetapi kedai kopi boleh dijadikan medan kalau kita bijak menggunakannya. Dan alhamdullilah, gembira sangat kerana suasana ini wujud di Fukui. Dakwah di Fukui sentiasa berjalan, setiap minggu ade orang buat ziarah. Dengan usaha ini, masjid sentiasa hidup dan aku bersyukur dengan suasana ini. Dan usaha ini perlu diwujudkan di setiap kawasan. Tetapi, aku merasakan berbincang soal Islam di kedai kopi juga perlu diamalkan di semua tempat. Setiap daie perlu bijak membuka ruang bicara untuk kita berkongsi pendapat. Islam tidak hanya dalam ruang lingkup iman, tetapi Islam juga menyentuh soal kehidupan. Kehidupan amat dekat dengan kita, membawa kehidupan mengikut rangka bentuk Iman amat penting kerana masyarakat hari ini selalu menyentuh soal iman dalam ruang lingkup hati tetapi tidak dari sudut peramalan.

Kalau kita semua membaca satu hadith nabi dalam kitab 40 tulisan imam nawawi berkenaan niat (hadith pertama). Ulama’ menetapkan niat adalah 1/2 daripada amalan-amalan Islam. Kemanakah 1/2 lagi! 1/2 lagi adalah amalan/kerja/kehidupan kita, betul atau salah setiap tindakan dan amalan kita diambil kira! Kalau niatnye betul didalam solat, tetapi kaedahnya salah solat tersebut tetap tidak diterima oleh Allah s.w.t. Sama juga dalam kehidupan, memerintah, berekonomi semua telah ade didalam kerangka Islam. Tidak cukup dengan niat yang baik, tetapi pengamalan dalam membangunkan ummah itu tidak seperti mana yang Islam kehendaki… ia tetap tidak diterima. Menyentuh kehidupan kearah kefahaman iman adalah amat penting. Iman itu tidak terletak pada solat, puasa, zakat dan haji yang menjadi amalan ritual umat Islam. Didalam Islam ada hal-hak akhlak, ekonomi, pemerintahan, berkeluarga dan lain-lain. Ada sesetengah orang Islam sibuk dengan ibadah sehingga mengabaikan keluarga sendiri. Sedangkan Islam menyentuh hak-hak keluarga, isteri dan anak-anak. Memahami Islam secara universal adalah amat penting bagi memperbaharui generasi akan datang. Universalnya Islam inilah membuatkan Islam ini gah tidak seperti agama lain yang hanya menyentuh soal peribadatan seperti sembahyang sahaja!

Bila berbicara hal-hal Islam, aku cuba bermuhasabah diri supaya kata-kata aku tidak lah lebih emosi dari idea. Kerana emosi tidak mengajak orang berfikir tetapi mengajak orang marah, sedih, kecewa, geram tanpa berfikir. Kadang-kadang pendakwah yang membawa satu isu dengan emosi semata-mata membuat orang benci dan meluat walaupun penyataannya berkenaan satu-satu hal adalah benar. Pendakwah tidak boleh kering dari idea dan maklumat serta mengajak orang berfikir dengan maklumat tersebut. Meng”upgrade”kan maklumat dan idea dalam diri pendakwah adalah satu tanggungjawab. Berbicara biarlah yang berkualiti, dengan pelbagai idea baru bukan emosi semata-mata.

Aku pernah menghantar artikel how to think merujuk kepada buku tulisan edward de borno dalam bukunya 6 hats amat berguna untuk pendakwah mengajak orang berfikir dengan idea-idea baru. Pendakwah bukan sahaja pandai berbicara dengan fasih dan lancar, tetapi pembicaraan nya biar berkualiti dari segi maklumat. Dalam kita mengkritik, kita perlu memberi penyelesian dalam hal tersebut. Membicara satu-satu keadaan, kita perlu melahirkan kebimbangan pendengar berkenaan satu-satu situasi. Perbicaraan pelbagai kaedah berfikir ini akan membuat orang tidak jemu dengan pendapat dan pandangan kita.

Aku berharap, aku dapat terus memperbaiki kualiti ilmu dalam arena dunia dakwah. Bagi aku perbicaraan Ilmiah tidak disekitar majlis kursus seperti yang rencanakan di masjid atau dewan-dewan, tetapi dimana sahaja kita mempunyai peluang memberi pendapat untuk membuka minda masyarakat supaya lebih berkualiti. Tiga agenda dakwah (akademik, sosial, dan politik) aku, ingin aku gerakan di mana sahaja ruang yang ada, di majlis khusus, atau di meja kedai kopi.

Pendakwah tidak boleh kering dari idea, itu yang sentiasa memotivasikan aku untuk terus mencari ilmu dimana sahaja aku berada. Idea hanya tidak kering dengan pembacaan dan kajian. Kita perlu mampu bercakap berkenaan hal Islam dan hal bukan Islam, bagi memperbaiki semua masyarakat yang hebat. Idea tidak hanya hadir dari bahan-bahan tulisan ulama’ malah kita juga boleh memanfaatkan tulisan para orientalis dan barat selagi ia tidak lari dari hak-hak Islam.

Ya Allah, perkemaskan Iman-ku untuk meneruskan agenda dakwah ini. Itu yang seringkan merisaukan dalam membawa agenda yang besar ini. Iman adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan oleh daie jika benar-benar ingin berjuang!

Hari ini adalah hari yang paling bahagia untuk aku kerana dapat berbicara berkenaan Islam di meja kopi bersama sahabat-sahabat Fukui. Membuatkan aku terkenang kampung lama Gifu, sejarah kembali berulang. Mengapa terlalu awal pulang. Perjuangan perlu diteruskan dimana sahaja kita berada.

Wahai penggerak-pengerak Islam, mari kita menilai perbicaraan kita antara emosi atau idea. Lakukan perubahan dalam kita mengajak manusia kearah kebaikan. Emosi penting menunjuk perasaan kita, tetapi idea lebih penting membuat orang berfikir waras untuk menilai dan membuat pilihan atas kebenaran.


4 Responses to “antara idea & emosi”


  1. 1 Naim
    rdam31000000Mon, 03 Mar 2008 05:27:46 +000003am08, J0000003 9, 2007 at 15:50 +00:00Mar

    Setuju sangat. Kadang-kadang bila beremosi walopun cuba nak cakap benda yg bagus, orang jadi tak suka. Orang dah tak pandang apa yg kita cuba nak cakap, tapi dia tengok kelakuan kita si “pecakap”.

    Saya pun lemah bab-bab kamera ni. Malas nak bawak kehulu-kehilir. Tapi zaman sekarang handphone dah canggih. Kalau ada gambaq best saya tekan je handphone tu.

  2. 2 samuraisyahid
    rdam31000000Mon, 03 Mar 2008 07:49:43 +000003am08, J0000003 9, 2007 at 15:50 +00:00Mar

    Kadang-kadang kita perlu juga beremosi supaya ia dapat membuat orang berfikir dengan ape yang kita reaksikan, cuma biarlah idea lebih dari emosi. Supaya generasi kita berfikir bukan beremosi.

    Kanta lensa telah banyak mengubah sosial masyarakat serta telah byk mengislamkan orang. Seperti pejuang-pejuang palestin, mereka juga menggunakan lensa untuk menyebarkan maklumat supaya dunia lebih perihatin dan sedarkan akan kezaliman dunia barat terhadap Islam.

    Dalam buku-buku psycology banyak menulis berkenaan view/ivisual lebih berkesan dari penulisan dan ceramah. So perjuangan lensa adalah amat penting bagi membuka mata dunia. Sebab itu, dakwah dengan akhlak lebih baik dari ceramah dan penulisan.

    Bukti lebih berkesan dari teori, kerana orang lebih melihat dari mendengar. Wassalam.

  3. rdpm31000000Mon, 03 Mar 2008 16:00:22 +000003pm08, J0000003 9, 2007 at 15:50 +00:00Mar

    Oh, lepas baca, terasa macam kamera juga boleh berfungsi dalam dakwah.

    Berkenaan dengan berdakwah tanpa emosi, saya pernah menjumpai seseorang yang punya kelebihan ini. Beliau bijak menyusun kata dengan lemah lembut, dan sering meninggalkan tanda tanya untuk dijawab sendiri oleh pendengar. Tapi, kesannya lebih hebat. Emosi pendengar akan tersentuh mendengar lontaran kata beliau yang penuh berhikmah dan menginsafkan.

    Perasaan itu tanpa dipaksa. Menjelma tanpa dijangka, walau ketika itu ketika sedang bersantaian dengan cawan-cawan kopi.

    Jadi, idea yang diungkapkan dengan perkataan, dan bisa menggoncangkan gerak perasaan, memang sangat berkesan. Teringin untuk mendekatinya dengan lebih dekat. Sayangnya jauh dipisah laut.

    Wallahualam.

  4. 4 samuraisyahid
    tham31000000Tue, 04 Mar 2008 02:13:59 +000004am08, J0000003 9, 2007 at 15:50 +00:00Mar

    Sebenarnya kita perlu belajar bagaimana untuk bercakap hal-hal berfaedah di meja kopi, kerana orang ramai memberi masa di meja kopi. Kalau kita bijak, kita telah membantu dari membuang masa. Itulah dakwah imam hassan al bana


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
March 2008
S S M T W T F
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: