03
Mar
08

Double S

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Surah Al-Baqarah, Ayat 45)

Itulah hakikat kita dalam kehidupan, selain dalam kita berusaha mengejar kejayaan perlu kita memohon pertolongan kepada Allah S.W.T. Kerana segala kejayaan itu adalah dari pertolongan Allah S.W.T. Berdoa adalah senjata orang Islam untuk menempah kejayaan tetapi dengan tidak mengabaikan usaha. Kerana usaha itu adalah sunnatullah yang telah ditetapkan untuk kita menempah kejayaan.

Dalam kita memohon pertolongan Allah S.W.T, Allah telah mengarahkan kita bersabar serta bersembahyang. Tetapi solat yang bagaimanakah yang diarahkan oleh Allah S.W.T untuk kita memperolehi pertolongan Allah S.W.T. Malah ramai dikalangan kita tidak sedar bahawa dalam solat itu kita sentiasa memohon pertolongan dari Allah S.W.T. Ini semua berlaku kerana kita tidak pernah menghayati solat itu dengan baik. Bagaimana kita hendak mendapat apa yang Allah janjikan kalau kita tidak menepati sesuatu yang diarahkan.

Kita boleh fikirkan dengan anology ini, kalau kita ingin mendapat sesuatu dari majikan seperti gaji sebagai contoh. Perlulah kita memenuhi tugasan tersebut dengan kualiti yang telah ditetapkan. Kalau tidak bagaimana kita boleh memperolehi hak kita jika hak majikan kita tetapkan kita tidak dapat tunaikan.

Apakah kualiti solat yang telah ditetapkan oleh Allah bagi memperolehi pertolongan dari Allah. Tercatat dalam ayat tersebut menyatakan perlulah kita khusyuk dengan solat tersebut. Malah kita sendiri mengabaikan fokus terhadap ayat-ayat bacaan yang menunjukan kita memohon pertolongan Allah dengan sungguh-sungguh. Kalau begitulah keadaanya, bagaimanalah solat tersebut boleh menjadi sebahagian dari sumber memohon pertolongan kepada Allah S.W.T

Dalam kita hendk bersolat, buatlah persediaan di awal solat seperti mana nabi S.A.W contohkan. Nabi tidak bercakap dalam jangka sebelum bersolat, memberi fokus sebelum solat dari sebarang gangguan. Kadang-kdang kita hendak bersolat, kita sempat lagi berbual-bual, berfikir perkara yang diluar dari solat, dan akhirnya membawa perkara-perkara diluar solat kedalam solat kita. Saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat, supaya memberi masa yang sedikit untuk fokus dalam solat. Kita solat paling lama 15 minit, apa salah kita memberi tumpuan selama 15 minit tersebut untuk mendapatkan penghayatannya. Tidak lama tuan-tuan sekalian.

Sahabat, antara yang yang menyentuh pertolongan dari Allah ketikka solat adalah seperti terjemaahan dibawah. Sahabat hafal maksud-maksud tersebut walaupun kita tidak pandai bahasa arab. Bukan banyak pun! Setiap kali membaca ayat-ayat tersebut, bacalah dengan penuh khusyuk sebagai seorang hamba yang dhaif. InsyaALlah nilai solat itu akan masuk ke dalam hati dengan izin-Nya.

Surah al-Fatihah (5-7)

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Duduk diantara dua sujud

Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berikanlah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku, dan maafkan lah aku.

Aku tidak pandai untuk berbicara lebih berkenaan solat, aku hanya berkongsi sebahagian dari cara aku untuk mendapat khusyuk dalam solat. Ya, kita berusaha.. bukan senang untuk menghadirikan khusyuk dalam solat. Tetapi kalau kita berusaha, insyaALlah ia akan memberi kesan dalam kehidupan kita.

Selain dari aku membaca ayat-ayat dalam solat dengan penuh harapan kepada Allah. Dalam bacaan solat, ada unsur puji dan puja kepada Allah. Kita sujud dan rukuk dengan penuh tekun, merendahkan kepala yang nilainya tinggi bagi kita untuk memberi ketaatan sepenuhnya kepada Allah. Cuba lah sahabat-sahabat menghayati setiap baca sujud dan rukuk dengan baik, supaya kita memuji dengan penuh rasa rendah diri dan hina. InsyaALlah ia membuatkan kita rasa tenang, kerana berkasihkan dengan Maha Kuasa.

Setiap kali takbir, luangkanlah dengan penuh rasa bangga atas kehebatan Allah S.W.T. Kehebatannya sebagai Khalid, membuatkan kita seperti insan yang tidak ada apa-apa daya selain dari pertolongan dan kasih sayangnya. InsyaALlah dengan launga takbir setiap hari membuatkan kita rasa rendah diri, tidak bongkak dengan kehebatan yang ada kerana kita tahu Dia lebih hebat dari segala-galanya.

Dua unsur iaitu puji puja dan harap dengan pertolongan, sentiasa aku jadikan sumber untuk hadirkan khusyuk kepada Allah S.W.T. Solat kita itu, cubalah hanyati nya kita sedang berhadapan dengan Maha Kuasa. Merasakan Dia melihat segala perbuatan kita semasa didalam solat. InsyaAllah, ini akan membuatkan kita sentiasa mengembalikan khusyuk setiap kali di bawa arus khayalan syaitan di dalam minda.

Sebenarnya solat boleh membina kekuatan fokus dalam kehidupan kerana kita dilatih setiap hari lima kali untuk memberi fokus dalam tugas solat. Dengan fokud didalam solat, InsyaAllah ia memudahkan kita memberi fokus dalam setiap urus dunia. Mulakan lah segalanya dengan solat. Malangnya hari ini umat Islam, mencari ketenangan dengan kaedah lain, membentuk kuasa fokus dengan kaedah lain sepeti YOGA! Sedangkan Islam telah memberi semua penyelesian itu didalam solat. Umat ISlam lebih suka merujuk kepada kaedah luar sepeti latihan YOGA tetapi pada masa yang sama ia mengabaikan unsur spiritual, fokus dan ketenangan didalam solat.

Pada masa yang sama, solat yang baik adalah solat yang menitik beratkan kaedah yang betul sepertti yang dititik beratkan oleh Quran dan Hadith.

Sempena pilihanraya kali ini, marilah kita memohon pertolongan kepada Allah S.W.T dengan kesabaran dan solat yang khusyuk untuk kemenangan Islam. Sabarlah dalam meninggalkan maksiat, bersabar dalam melaksanakan ibadan dan ketaatan, bersabarlah dalam menegakkan kebenaran, bersabarlah berhadapan dengan musuh Allah, bersabarlah dalam mencari hidayah dan taufiq Allah S.W.T

Salam perjuangan buat teman-teman yang berjuang di medan Pilihanraya. Dari perantauan kami kirimkan doa buat semua!

-Sabar & Solat-



0 Responses to “Double S”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
March 2008
S S M T W T F
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: