05
Mar
08

Umat Ini

Bosan, bosan, bosan.. itulah kata hati aku. Baca buku pun tak begitu lancar, surf internet pun dah taktahu nak surf ape. Nak main game?! Hmmm.. dua tiga kali main, jemulah aku. Lambatnya nak pulang ke Malaysia. Tak sabar-sabar rasanya.

Hari-hari, aku mesti lepak lab walaupun sebentar. Walaupun tidak ada apa kat lab ini, aku pegi jugak sekadar mendapatkan info-info yang mungkin perlu diselesaikan. Paling kurang bila berada dalam lab, aktiviti pembacaan aku lebih lancar berbanding di rumah yang tidak ada enviroment untuk membaca. Kalau nak duduk kat rumah tu boleh kematu bontot jugak jadinya. Dan nak kerap-kerap keluar pun, tak mampu pulak sebab sejuk. Hidup jadi tak keruan. Dunia politik hanya tinggal keputusan sahaja sekarang, masing-masing sedang berjuang untuk pusingan terakhir.

Yang tinggal hanyalah aku, yang tidak tentu arah lagi. Selagi tidak pulang ke Malaysia, akan mungkin akan terus beginin. Usrah pun tak berjalan, sebab geng-geng usrah semua dah pulang ke Malaysia. Nak sembang-sembang fikrah/pemikiran, takde peluang la pulak. Nasib baiklah ada blog ni, boleh gak aku conteng-conteng ikut rasa hati.

Aku masih dalam membaca buku berkenaan orientalism, tetapi masih tak jumpa hujung pangkal isi kandungan buku ini. Mula-mula baca mcm faham, lama-lama jadi tak faham lak. Tinggi sangat kot bahasa dia, baca mesti bagi abis, alang-alang beli biar sampai kasam. Aku mual berfikir, nak memahami penulisan orang pun susah.. maksud aku penulisan yang berunsur idea dan pemikiran. Apatah lagi nak menjadi pemikir dunia! Itu adalah sebahagian dari cita-cita aku, ingin jadi tokoh pemikir bukan pengikut semata-mata. Manusia yang punya idealisma.

Antara penulisan aku yang lepas, aku menyentuh tiga unsur dakwah yang ingin aku bawa untuk membina individu, keluarga dan masyarakat.

1. Pendidikdan/akademik

2. Sosial/kemasyarakatan

3. Politik

InsyaAllah, aku akan cuba bicarakan kepentingan tiga unsur ini dalam dunia dakwah. Apakah kesan-kesan yang akan wujud kalau kita mengabaikan ketiga-tiga unsur tersebut dalam membina masyarakat cemerlang, gemilang dan terbilang.

Pendidikan/akedemik

Dakwah melalui pendekatan akedemik sangat penting supaya dapat melahirkan generasi yang dapat berfikir secara kritis dan kritikal. Melihat sesuatu dengan kefahaman yang dalam, bukan sekadar ikut-ikutan. Kita perlu melahirkan generasi mampu buat keputusan yang tepat mengikut Quran, Sunnah, dan Sejarah. Keperluan ini, menitik beratkan ahli-ahli dakwah membina diri dengan pelbagai bidang ilmu yang bermanfaat. Tidak sekadar sibuk dengan nasyid yang menenangkan hati, tetapi menyediakan minda dengan idea-idea yang memimpin generasi yang berpandangan jauh.

Buat diri sendiri, untuk kita menguasai semua lapangan ilmu bukan lah kemampuan kerana Ilmu Allah itu luas. Paling kurang kita mampu menilai dimana kemampuan dan kelebihan kita. Orang yang bijak adalah orang yang menggunakan kelebihannya untuk maju dan berjaya serta meminimakan kelemahannya dengan terus memperbaiki. Mari kita merenungi apakah kelebih akademik yang kita ada untuk membantu masyarakat. Mungkin diantara kita adalah insan yang mudah dekat dengan anak2 kecil, atau dengan anak2 remaja, atau dengan pelajaar-pelajar university, dan mungkin juga orang kampung.

Untuk terjun dalam dunia akademik sekalipun, kaedah dan cara tidak la senada. Remaja dengan stylenya, anak-anak kecil dengan style lain lak, orang kampung pun ada cara nya tersendiri untuk kita mendidik. Aku masih teringat dari pembacaan aku berkenaan perjuangan Imam Hassan Al-banna yang begitu menitik beratkan soal pendidikan. Kehebatan beliau, telah melahirkan orang yang tidak berpelajaran tinggi tetapi mampu berhujah hal-hal antarabangsa dan penjajahan. Inilah generasi yang kita perlukan, bijak dalam mendidik masyarat dipelbagai peringkat umat. Banyak lagi contoh, kalau kita bijak mendidik, insyaAllah dimana sahaja taraf pemikiran mereka bila betul caranya akan melahirkan insan yang begitu hebat. Antaranya sahabat yang bernama (maaf ana lupa) sewaktu berhadapan dengan maharaja rome. Seorang tentera biasa berhujah dengan seorang maharaja dengan begitu hebat dan tegas. Antara kata-katanya ialah ” Aku dihantar untuk membawa manusia dari menyembah manusia kepada menyembah Allah.” Inilah hasil dari didikan Rasulullah saw berkenaan kefahaman aqidah yang sebenar. Berbeza dengan kita, sibuk dengan sifat 20 dan sebagainya tetapi soal perhambaan sebenar tidak mampu kita terjemahkan melalui kata-kata dan pengamalan. Dari mana keyakinan untuk berhujah ini hadir, kalau tidak dari ilmu yang jelas dan mantap!

Dunia akademik ini luas, anda semua boleh menceburi dalam bidang yang anda suka. Dalam bidang ekonomi, banyak perkara kita perlu tahu untuk membuka pemikiran masyarakat. Perbandingan ekonomi kapitalisma dan ekonomi Islam sebagai contoh adalah satu pendekatan yang baik untuk memberi keyakinan ummah ini kepada kemampuan Islam membina kekuatan. Pendidikan dalam dunia perundangan juga boleh kita pelajari dan dekati. Kalau aku diberi pilihan, walaupun tidak berkelulusan sains sosial, aku berminat untuk menceburi dalam bidang sejarah. Kerana dari sejarah banyak pengajaran dan pelajaran yang boleh kita jadikan iktibar. Cuma bagaimana isi sejarah itu dapat disampaikan mengikut keadaan semasa. Banyak juga buku pemikiran yang boeh dikaji dan diselidiki tidak kiralah dari barat atau pun dunia Islam. Malangnya ummah ini malas untuk membaca dan mencari kemampuan diri! Terus melihat kelemahan diri untuk menyumbang, sekdar cukup melihat dan menerima. Setiap manusia itu ade kelebihan masing-masing, hanya yang bijak sahaja akan berjaya menggunakan kelebihannya.

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, (Surah Al-’Alaq, Ayat 3)

Umat Islam diseru untuk membaca, diarah untuk membaca, tetapi umat islamlah yang paling malas membaca. Ada juga dikalangan kita yang membaca tetapi tidak menghayati dan tidak berfikir. Melahirkan ummah yang khatam quran tetapi tidak memahami quran. Apakah quran ini diturunkan untuk dibaca tanpa berfikir dan dikaji?! Malangnya barat memanfaatkan quran untuk dikaji dan dselidiki. Generasi barat lebih sibuk membaca dari generasi yang bernama Islam. Dimanakah berimannya kita kepada kita Allah. Jika solat itu adalah kewajipan, maka belajar dan berfikir juga sebahagian dari kewajipan kepada ummah ini.

Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya. (Surah Qaaf, Ayat 37)

Ayuh daie, jadilah daie yang mendidik, masyarakat yang mendidik, ibu bapa yang mendidik, mendidik bukan hanya tanggungjawab guru-guru di sekolah. Ubahlah cara berfikir yang sebegitu sempit, yang telah menjadi candu pemikiran masyarakat kita hari ini.

Sosial/kemasyarakatan

Pelbagai lapisan masyarakat perlu diberi perhatian oleh ummah ini. Semua telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Ada diklangan mereka yang miskin, kaya, susah, cerdik, bodoh, pandai, kurang cerdik semua adalah ketetapan Allah. Kita sebagai khalifah, bertanggungjawab menguruskan semua urusan yang telah ditetapkan oleh Allah sebagai wakil Allah di dunia.

Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Al-An’aam-165)

Kepelbagaian masyarakat ini perlu kita raikan. Kita yang kaya perlu bantu yang susah, kita yang cerdik perlu bantu yang kurang cerdik, kita yang mampu perlu membantu mereka yang tidak mampu. Perbezaan dikalangan kita bukan sebagai taraf atau diskriminasi tetapi sebagai medium untuk kita berkenal-kenalan dan tolong-menolong. Allah tidak menilai kehebatan kita dari sudut kekayaan atau kepandaian semata-mata tetapi adalah nilai taqwa.

Dakwah melalui kerja-kerja kemasyarakatan amat penting, kerana ia membawa value ukhuwah, persahabatan, relationship, berknal-kenalan dan hubungan hati. Kalau dakwah memalui proses pendidikan ia menitik beratkan soal akal fikiran, menambahkan ilmu, menambahkan kemamuan berfikir tetapi dakwah melalui kerja kemaysarakatan sebenarnya memberi lebih kesan kerana ia menyentuh perasaan dan kasih sayang. Ia lebih kepada persoalan akhlak dan perhubungan. Bersama masyarakat kampung, membantu orang susah, membina prasarana untuk orang awam adalah tanggungjawab kita. Sebagai contoh membantu mangsa-mangsa banjir dan tsunami adalah sebahagian kerja dakwah yang sering tinggalkan oleh para daie atau pendakwah. Kadang2 pendakwah lebih sibuk dengan gerak kerja usrah dan persatuan hingga mengabaiakn rakan2 setempat seperti main bola, bowling, bersukan, gotong-royong dan lain2. Kononnya kerja-kerja usrah ni lebih hebat dan mempunyai high value. Sedangkan dakwah ini lebih terkesan dengan perhubungan hati dan perasaan berbanding perbincangan ilmiah terutamanyan masyarakat susah dan kurang cerdik.

Inilah sifat Rasulullah saw, beliau sentiasa menyibukkan diri soal kemasyarakatan, nabi turut serta dalam pembinaan masjid madinah, nabi menyertai peperangan, nabi membantu orang-0rang susah bersama sahbaatnya Abu Bakar. Dan kita lihat, pengaruh ini memberi impak yang baik golongan hamba di waktu nabi berada di Makkah.

Pengabaian oleh orang islam dalam hal kemasyarakatan kerana sibuk dengan periuk nasi sendiri telah menyebabkan golongan dakyah kristian mengambil pendekatan ini mempengaruhi anak-anak muda terutamanya remaja yang belum mampu berfikiran matang dan jauh. Bukan saahaja remaja tak matang fikiran, anak-anak university juga turut terpengaruh dengan dakyah kristian ini apabila mendapat bantuan dari segi kewangan untuk menampung pembelajaran mereka dalam pendidikan. Orang kafir menggunakan kaedah ini dengan begitu meluas bagi menjayakan agenda pengkafiran orang Islam dengan menubuhkan club kebajikan seperti lion kelab, rotary club dan lain-lain.

Apakah peranan kita, dimanakah orang kaya minyak arab?! Mereka ini telah lupa tanggungjawab kepada agama dan bangsa. Mereka seronok dengan dunia glamour dan kemewahan dunia yang hanya sementara. Orang-orang Islam perlu maju dalam ekonomi jika mahu Islam turut berjaya. Jangan pandang ringan dalam hal-hal ekonomi bagi membantu perjuangan Islam, walaupun ia bukan sebagai syarat utama tetapi ia merupakan fardu kifayah kepada umat Islam menyediakan dana untuk ummah ini termaju kehadapan. Kita lihat dalam sejarah Islaam itu sendiri, kehadiran seperti Abu Bakar As-Sidiq, Abd Rahman bin Aus, Abu Suffian, mereka ini adalah tokoh-tokoh ekonomi Islam yang telah mengembangkan Islam dari sudut kemasyaraktan dan sosial. Abu bakar telah menebus ramai hamba-hamba yang diseksa oleh menteri-menteri ketika itu. Dimanakah Umat Islam hari ini, yang telah dianugerahkan oleh Allah dengan tenaga minyak yang berselerakkan, tanah-tanah subur untuk pertanian! Kita lemah mengurus, kita memberikan hak pengurusan kepada orang lain, dan kita hanya mengambil keuntungan dari sebahagian dari hasil Allah berikan kepada kita. Amerika tidak dapat hidup tanpa minyak umat Islam, Allah beri kuasa kepada umat Islam tetapi umat Islam telah mengabaikannya. DHAIF ummah ini!

Seruan ” Muslim Kaya, Islam Kuat” perlu disahut oleh umat Islam hari ini. Jangan pandang serong dengan kekuatan ekonomi bagi membangunkan masyarkat Islam.

Politik/pemerintahan

Saya telah menguraikan serba sedikit berkenaan kefahaman kita terhadap politik. Yang mana kita perlu melihat politik adalah sebahagian dari ajaran Islam yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Politik boleh diuraikan sebagai satu power/kuasa mentadbir melalui proses undang-undang dan keputusan seorang pemimpin. Mengabaikan kepentingan menentukan kuasa undang-undang adalah salah sama sekali dari sudut kefahaman Islam.

Dari sejarah kita melihat, undang-undang adalah satu proses penting dalam menbentuk masyarakat selain dari pendidikan. Pendidikan mungkin memberi kesan kepada individu, tetapi politik mampu memberi kesan kepada masyarakat secara berkelompok/ berkumpulan atau secara ringkas dalam kuantiti yang lebih besar.

Merenungi kembali perjalanan hijrah nabi S.A.W. Apakah keperluan kepada hijrah tersebut. Adakah nabi seorang yang penakut untuk berjuang di kota Makkah yang penuh mehnah dan tribulasi?! Adakah nabi S.A.W seorang lemah untuk berhadapan semua kesukaran tersebut?! Sudah pasti tidak, nabi seorang yang kental serta telah berjaya melahirkan generasi yang hebat dari golongan muhajirin sanggup meninggalkan keluarga dan harta demi aqidah Islam. Kerana Hijrah adalah arahan dari nabiNya.

Kita melihat keperluan kepada hijrah adalah disebabkan keperluan kepada kuasa dan tanah. Dan madinah telah menjadi pilihan apabila segolongan dari orang Islam bersetuju menjadikan nabi sebagai pemimpin. Antara perkara yang disegerakan oleh Nabi S.A.W adalah pembinaan masjid, persaudaraan Islam antara muhajirin dan ansar, serta PEMBENTUKAN PIAGAMA(UDNDANG2) MADINAH. Mengapa perlu kepada piagam yang baru, mengapa tidak diteruskan sahaja sistem yang ada. Terus sahajakan lah!

Tetapi undang-undang merupaka salah satu kuasa yang mampu mendidik masyarat secara kolektif tanpa sedari. Yang meramaikan kehadiran ke program maksiat seperti konsert dan disko, bukan bermula dari kenakalan anak-anak bangsa kita. Tetapi hasil dari pemberian lesen membuka pusat maksiat. Mengapa perlu mengubati kalau kita mampu mencegah?! Tumpukan kepada PUNCA MASALAH, bukan KESAN dari PUNCA MASALAH tersebut. Inilah kemampuan kuasa politik. Yang mendidik masyarakat kita mengagungkan puak-puak maksiat sperti artis adalah pendidikan dari televesion yang ditaja oleh KUASA POLITIK. Nama-nama kugiran diberi penjenamaan baru dengan “Akademi” Fantasia sebagai contoh. Membuat masyarakat semakin buta membezakan kebaikan dan kebatilan.

Kalau anda semua pernah melihat filem melayu yang berjudul “KASSIM SELAMAT”. Kita dapat membuat kesimpulan betapa masyarakat ketika itu memandang kerjaya sebagai artis adalah satu yang hina dan tidak membawa kebaikan. Tetapi hari ini, kemalangan buruk ini telah menimpa generasi sekarang sehingga tidak mampu mempertimbangkan kebaikan dan keburukan dalam masyarakat. Anak MENTERI pun masuk AF (tak ingat AF ke-?) dan dbangga2kan.. APA KESSSSSSSS!!

Inilah kesan dari dunia politik, sejarah telah mengajar semuanya. Dan hari ini kita telah menerima bala nya. Sebab itulah, sewaktu kamal at-tartuk berjaya meruntuhkan sistem khalifah Islam 1924, perkara pertama yang telah di ubah oleh kamal laknatullah adalah memperbaharui sistem undang-undang Islam kepada undang sekular yang merupakan pendekatan halus memusnahkan Islam dimuka bumi Turki ketika itu. Dimanakah fikiran ketika itu, fikizal di merdekakan tetapi fikiran kita dijajah!

Begitu besar kesannya kepada tanah tercinta turki, azan telah ditukar kepada bahasa turki, pakaian telah dibaratkan, aurat diharamkan, quran tidak dbenarkan dibaca dalam bahasa arab dan pelbagai lagi undang2 zalim telah di kenakan keatas umat Islam. Ummat Islam di Malaysia juga turut serta terkena bahana ini, apabila undang2 sekular bermaharaja lela. Ummah hari ni telah menjadi penjenayah, sosial libral, jauh dari quran dan sunnah, tinggalkan tulisan rumi, dan macam lagi kesan terhadap masyarakat Islam khususnya.

Ayuh wahai sahabat, anda berkuasa untuk mengubah politik Malaysia kalau kita benar-benar mahukan perubahan. Perubahan membutuhkan pengorbanan!

Sekian dulu dari hamba, semoga memberi manfaat kepada semua! Wassalam.


2 Responses to “Umat Ini”


  1. 1 pakgem
    thpm31000000Mon, 17 Mar 2008 17:52:14 +000017pm08, J0000003 9, 2007 at 15:50 +00:00Mar

    Itu adalah sebahagian dari cita-cita aku, ingin jadi tokoh pemikir bukan pengikut semata-mata. Manusia yang punya idealisma

    semoga jadi tokoh pemikir terbilang yang mampu menggoncang dunia………… x mustahil kan hihihi

  2. 2 samuraisyahid
    thpm31000000Mon, 17 Mar 2008 23:36:41 +000017pm08, J0000003 9, 2007 at 15:50 +00:00Mar

    InsyaAllah, tidak mustahil untuk pakgem menjadi tokoh pemikir umat ini. Tetapi, untuk menjadi tokoh pemikir bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan yang banyak, diantaranya terlibat dalam aktiviti persatuan dengan menyumbang idea yang berkualiti.

    Pemikir perlukan idea. Idea memerlukan pembacaan yang banyak dalam pelbagai bidang. Diharap pakgem dapat memberi komitmen kepada apa yang pakgem ingin. InsyaAllah segala usaha untuk agama Allah dengan ikhlas akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

    Selamat Berusaha!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
March 2008
S S M T W T F
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: