16
Mar
08

Generasi Baru

Alhamdullilah, syukur kepada Allah S.W.t, dengan izin-Nya pelbagai perkara baik telah berlaku dalam seminggu dua ini. Dengan kemenangan parti Islam di beberapa tempat, memberi peluang kepada Islam untuk membuktikan kemampuan dalam mentadbir muka bumi Allah dengan syariat. Kejayaan ini memberi banyak peluang kepada pendakwah-pendakwah untuk membangunkan masyarakat dengan lebih efisien dan efektif.

Sekadar pandangan dari aku, kejayaan kali ini perlu dilihat sebagai satu medium untuk kita gunakan memberi kefahaman yang lebih baik berkenaan Islam, Akhlak, Ibadah, Ilmu dan lain-lain. Kita sebenarnya seperti diberi kontrak oleh Allah S.W.T untuk melaksanakan tugasan sebagai khalifah dalam masa 5 tahun ini. Andaikata kita berjya, kontrak itu akan disambung oleh Allah S.W.T. Kita perlu lah beringat bahawa setiap kuasa pemerintahan adalah milik Allah, Dia berkuasa untuk memberi kepada sesiapa sahaja yang layak menerimanya.

Dan aku melihat pilihanraya hari ini, orang melayu masih lemah dalam berpolitik. Antara sebabnya, mereka tidak mampu membuat keputusan dalam keadaan sempurna memilih antara yang haq dan batil. Kemenangan parti-parti Melayu bergantung kepada undi orang Cina dan India yang lebih matang dalam membuat keputusan.

Kita dapat melihat, negeri-negeri yang ramai Melayu seperti Perak. Kawasan-kawasan yang ramai Cina dan India telah berjaya dimenangi oleh parti pembangkang/alternatif. Sebaliknya, kawasan yang majoriti Melayu tidak di menangi oleh Parti Pembangkang! Dari pembacaan aku melalui saluran blog, aku melihat perubahan besar dalam pemilihan parti memerintah adalah disebabkan nilai protes rakyat terhadap kezaliman kerajaan. Sekaligus, ia memberi kredit kepada parti-parti pembangkang Melayu atau Islam.

Oleh hal demikian, kejayaan ini jangan diabaikan. Ia perlu diambil peluang untuk mendidik masyarakat untuk memahami kehidupan di dunia ini. Kita perlu gerakan kuliah-kuliah agama yang sering disekat oleh parti pemerintah suatu ketika dahulu. Parti pembangkang perlu menyediakan satu medium atau jentera untuk mendekati anak-anak muda yang semakin jauh dari agama dan nilai-nilai akhlak mulia. Kejayaan parti yang berlandaskan Islam, memerlukan penyokong yang mempunyai pemikiran yang panjang, mampu membezakan perkara yang hak dan batil, mampu membuat keputusan dengan matang, dengan perkara ini sahaja mampu memberi penerusan kemenangan kepada BA.

Kita melihat bagaimana rasulullah merangka gerak kerja membina ummah bila berjaya menguasai tapak memerintah bumi ini. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh para pemerintah, juga diberi perhatian oleh pendokong parti-parti Islam yang menjadikan pilihanraya sebagai salah satu cabang dakwah. Sebagai pendokong-pendokong gerakan Islam tidak boleh melihat kemenangan parti Islam ini sebagai titik mula kita untuk berehat, tetapi memulakan langkah untuk mendidik dengan lebih rancak dan efisien. Tiga perkara yang telah di laksanakan oleh Rasulullah S.A.W sewaktu berjaya menjadi penguasa di Madinah ialah:

1. Pembinaan Masjid

2. Mempersaudarakan sesama Muslim

3. Perlembagaan

Kita perlu melihat perkara ini dengan serius selepas berjaya mendapatkan kemenangan di negeri yang berada dibawah penguasa yang berorientasikan Islam. Pembinaan masjid merupakan pusat pentadbiran, dan pendidikan masyarakat ketika itu. Masjid bukan saja menjadi tempat untuk peribadatan tetapi turut dijadikan pusat memperoleh ilmu-ilmu. Masjid juga dijadikan tempat-tempat beraktiviti seperti permainan yang memberi kebaikan kepada manusia. Kita mahu melahirkan generasi yang mempunyai sifat-sifat seorang Muslim. Maka rencana mendekatkan manusia dengan masjid menjadi pariority bagi melahirkan generasi yang berakhlak, berilmu dan beramal.

Seterusnya, semua pendokong Islam perlu memperkuatkan persaudaraan Islam dikalangan Muslim. Ikatan itu perlulah dilaksanakan dengan pelbagai program yang bermanfaat yang dapat melahirkan rasa ukhuwah. Pihak pemerintah juga perlu menyediakan medium tersebut, supaya generasi ini dapat berkongsi maklumat dengan nilai ukhuwah Islamiyyah. Kita melihat kekalahan BA dibeberapa kawasan yang majoriti Melayu adalah disebabkan penyebaran maklumat yang lemah serta ikatan ukhuwah yang lemah sesama Muslim. Ini terbukti bila dun Padang Besar, yang majoriti Melayu telah di menangi oleh seorang Sarjan Polis Cina dari parti Barisan Nasional. Dimanakah sifat ukhuwah Islamiyyah kita untuk memberi mandat pemerintahan kepada orang-orang Islam bukan kepada parti semata-mata.

Kejayaan BA dapat dipertahankan bila kita mampu merangka satu rang undang-undang yang mampu mendidik masyarakat menjadi generasi berilmu dan berakhlak. Undang-undang merupakan kekuatan memelihara manusia dari terjebak kepada kancah maksiat seperti lesen judi, arak, konsert dan aktiviti yang melalaikan. Dalam masa 5 tahun, kalau kita mampu mengawalkan kerosakan yang semakin menjadi-jadi dikalangan remaja melalui undang, insyaAllah masyarakat yang berfikir dan berilmu dapat dibentuk. Kita melihat gejala-gejala sosial yang menjadi seperti di Sungai Petani Kedah, perlu diberi perhatian serius oleh tenaga pemerintah dan pendokong gerakan Islam. Kadang-kadang, mereka ini terperangkap dalam suasana maksiat yang dicipta oleh pihak pemerintah sendiri. InsyaAllah, mereka ini jika diberi nafas dan kefahaman baru, mereka mampu menjadi generasi baru yang baik.

Bagi aku, kemenangan yang lahir dari sifat protes masyarakat tidak mampu mengekalkan kemenangan kepada BA di masa hadapan. Kita berharap, pihak pembangkang yang menang serta pendokong-pendokong gerakan Islam berusaha melaksanakan tugas mendidik masyarat supaya mampu berfikir dengan matang. Ia merupakan syarat utama untuk mengekalkan kemenangan Islam di muka bumi Allah.

Sekian dulu, huraian aku berkenaan kejayaan BA dalam pilihanraya kali ini. Ia merupakan loncatan untuk kita terus gigih dalam memperkembangkan dakwah di muka bumi Allah S.W.T

Wassalam


2 Responses to “Generasi Baru”


  1. 1 pakgem
    thpm31000000Mon, 17 Mar 2008 19:59:53 +000017pm08, J0000003 9, 2007 at 15:50 +00:00Mar

    salam.saya rasa terkejut dan sangat gembira dengan kemenangan pihak pembangkang.alhamdulillah.bersyukur sangat-sangat.inilah kemenangan yang diharapkan sekian lama.hihi.Semoga PRU13 nanti parti islam dapat tawan Malaysia.pendakwah-pendakwah Islam,gambarimashou!!!!!!!! semakin ramai orang faham islam,semakin ramai orang akan sokong parti islam.btul kan hipotesis saya.

  2. 2 samuraisyahid
    thpm31000000Mon, 17 Mar 2008 23:31:02 +000017pm08, J0000003 9, 2007 at 15:50 +00:00Mar

    Tepat sekali hipotesis pakgem, sekarang ini kebanyakkan orang Melayu/Islam masih menyokong parti Islam atas dasar protes, termasuk juga orang-orang non-Muslim. Kita berharap, orang Islam dapat menyokong parti-parti Islam atas dasar aqidah, maka pendidikan merupakan agenda pertama kepada gerakan Islam dan pendokong gerakan Islam. Manakala, kita mesti mengenegahkan keadilan dan kesejahteraan Islam kepada non-Muslim. Supaya segala teori yang non-Muslim tahu berkenaan keadilan, kemakmuran, kesejahteraan Islam itu dapat terbukti melalui pemerintahan. Praktikal lebih penting dari Teori.

    Bagi samuraisyahid, perjuangan melalui pilihanraya masih releven berdasarkan kemenangan kita kali ini. Dan saya yakin, kejayaan selepas 50 tahun dakwah melalui politik oleh PAS sebagai dakwah utama telah menunjukkan hasil selepas Allah mendatangkan pelbagai dugaan kepada pendokong-pendokong PAS seperti hinaan, pembunuhan, rampasan, tembakan, wang, wanita dan macam-mcam lagi.

    InsyaAllah, kita berdoa supaya PAS dan pendokong Islam dapat memberi perhatian kepada dakwah Politik dan juga dakwah tarbiyyah yang dapat memberi pendidikan kepada masyarakat. Kita berbicara dengan teori-teori Islam pada masa yang sama kita menunjukkan praktikal terhadap teori-teori tersebut. Dakwah seperti ini, lebih memberi kesan kepada masyarakat pada hemat saya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
March 2008
S S M T W T F
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: