22
Mar
08

Ibn Khaldun

Alhamdullilah,

Waktu pulang ke tanah air tercinta semakin hampir. Hari ini, seorang sahabat aku telah pulang ke Malaysia. Aku masih menanti saat-saat itu juga. Semoga beliau pulang dengan gembira dan penuh puas setelah berusaha beberapa tahun di bumi Jepun ini.

Dunia politik pun semakin redha, masing-masing menanti hasil dari pemilihan pemimpin masing-masing. Aku cuba tidak ketinggalan melihat perkembangan negeri-negeri yang menjadi harapan aku seperti Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Provokasi yang diada-adakan oleh parti pemerintah semakin menjadi-jadi, isu-isu perkauman semakin rancak di pergunakan oleh parti pemerintah. Aku harap mereka sedar dan bertaubat, jangan pentingkan parti tetapi pentingkanlah keamanan dan kesejahteraan Malaysia. Ketepikan sifat dengki dan dendam serta jauhilah unsur-unsur asobiyyah dikalangan Parti, carilah titik persamaan untuk anak bangsa kita. Kita bangsa Malaysia!

Mereka yang berpolitik akan terus dengan agenda politik mereka, diharap mereka melakukannya demi mencari keredhaan dan kasih sayang Allah. Uruskanlah negara dan masyarakat dengan kaedah yang diajar oleh Islam dan lunas-lunas kemanusian, bukan dengan hawa nafsu serta jauhilah sifat nafsi-nafsi. Kepentingan Ummah perlu di jadikan pariority dalam perjuangan politik setiap ahli.

Tetapi bagaimana aku aku pula! Aku sudah tidak sabar-sabar untuk pulang, melihat sendiri peluang-peluang yang ada dalam dunia dakwah dan kerjaya. Aku telah mendapat panggilan dari ahli Teras Melayu untuk terjun dalam dakwah lapangan berhadapan dengan remaja-remaja yang kurang sihat dari segi akhlak. Ustaz Kamarul menjemput aku menghadiri kursus dakwah dilapangan pada bulan 5 ini. Aku berharap dapat join program tersebut, namun kehidupan memerlukan keseimbangan antara setiap perkara dalam kehidupan. Kita perlu berjaya sebagai seorang daie, seorang student, seorang engineer, seorang ahli keluarga dan lain-lain. InsyaAllah, kematangan akan mengajar kita cara membuat keputusan.

Aku masih berfikir, apakah kerjaya yang paling sesuai untuk aku serta mencari kerjaya yang memahami lapangan dakwah yang aku ingin ceburi. Resah juga dibuatnya. Harap-harap ia dapat dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Banyak lagi perlu belajar dan telitikan kerana medan yang bakal aku terjun ini jauh bezanya dengan medan yang ada sekarang. Aku seperti mencari tokoh yang boleh dijadikan ikutan untuk aku contohi bila pulang di Mlaysia nanti.

Pesan kawan aku, kita balik nnt sudah tidak bergelar ustaz. Serta tidak mungkin untuk bergelar ustaz. Dengan style pandangan masyarakat kepada sijil dari pengajian Islam sebagai syarat untuk bercakap soal agama menjadi trauma kepada kami yang biasa terlibat dalam gerakan Islam. Maka, aku telah berjumpa dengan seorang tokoh yang boleh aku tauladani iaitu ibn khaldun. Teman-teman juga boleh mendekati salsilah kehidupan beliau, jika mahu menjadi seorang yang berjaya dalam dunia dakwah.

Ibn Khaldun, aku mula jatuh cinta bila membaca kehebatan beliau dalam menulis hal-hal sejarah dan peradaban. Beliau merupakan tokoh sejarah umat Islam yang hebat. Mampu menganalisis sejarah Islam dan sejarah Barat dengan baik dan kemas. Aku memang berminat untuk mendalami dunia sejarah dan pemikiran. Mengkaji bagaimana sekularisma, kapatalisma, nasionalisma dan macam-macam lagi isme2 yang wjud di abad ini.

Alhamdulliah, aku telah memiliki sebuah buku tulisan Ibn Khaldun “The Muqadhima and Introduction to History”. Aku merasakan sahabat juga perlu memilikinya untuk mengenali dunia Islam dan Barat. Bagi aku, untuk bercerita hal-hal sejarah/sirah tidak kira Islam atau Barat tidak memerlukan sijil pengajian Islam. Cuma, kita perlu mampu menghuraikan Ibrah disebalik sejarah tersebut.

Antara buku-buku yang ingin aku miliki ialah Sirah Ibn Hisyam. Menurut penggemar ilmu sirah, Syarat menguasai ilmu sirah Rasulullah S.A.W dengan baik adalah dengan memiliki buku Sirah Ibn Hisyam. Bukunya agak berjilid-jilid dan tebal. InsyaAllah, kalau ada rezeki balik Malaysia nnt nak beli serta dijadikan sumber pelajaran utama aku bila pulang nnt. Sebagai pendakwah yang tidak beraliran agama, mengkhususkan dalam satu bidang yang kita minati amat perlu. Tetapi, asas-asas Islam perlu di kuasai dengan baik. Sudah pasti, kalau kita punya banyak masa, kita boleh menguasai banyak bidang. Sebagai contoh “Protaz saudara Firdaus” boleh dijadikan sumber inspirasi hidup kita untuk menjadi pendakwah yang baik. Beliau begitu hebat menguasai bidang fiqh walaupun seorang pilot.

Sebagai seorang khalifah, kita perlukan ilmu untuk menjadi petunjuk kepada yang lain. Ia merupakan tanggungjawab, bukan untuk mendabik dada mengatakan aku ini hebat. Yang paling membimbangkan aku adalah generasi yang ingin membawa dakwah tetapi tidak mahu menyibukkan diri dengan hal-hal keilmuan. Mereka kurang membaca, kurang mendengar, kurang berfikir, kurang menganalisis. Bagaimana pendakwah ini ingin membimbing masyarakat, sedang mereka juga tidak menyediakan diri untuk dibimbing. Kita sebagai khalifah diarahkan oleh Allah S.W.T dengan seruan wahyu pertama iqra’, bacalah!

Teman-teman, minatilah dunia ilmu. Marilah kita berubah menjadi khalifah yang punya idealisma, membawa masyarakat kepada lebih baik dengan bidang yang kita ceburi. Hari ini, kita melihat kepincangan kepimpinan negara berasal dari generasi kita yang tidak berminat dengan ilmu, tidak kiralah ilmu agama ataupun ilmu dunia. Selagi ia bermanfaat kepada manusia, ia perlu dikaji dan dipelajari. Banyak bidang yang kita boleh kuasi, antaranya ilmu motivasi seperti penulisan stephen covey, dale carnegie, john maxwell dan bnyk lagi. Ilmu-ilmu ini juga penting dalam membimbing masyarakat, cuma kita sbagai seorang muslim, perlu menyuntik ilmu-ilmu tersebut dengan ruh-ruh Islam.

Aku berharap, suatu hari nanti aku boleh mencontohi Ibn Khaldun yang menguasi ilmu sejarah dengan baik, seterusnya terjun dalam dunia politik yang berkarisma membentuk masyarakat dengan lebih baik.

-Ibn Khaldun “tokoh sejarah dan politik” yang disegani oleh dunia Islam dan Barat. Inilah tokoh Ulama’ yang perlu kita contohi dan pelajari.

Sekian dulu, semoga ia memberi pelajaran kepada semua. Wassalam.


0 Responses to “Ibn Khaldun”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
March 2008
S S M T W T F
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: