25
Mar
08

Nilai sehelai kertas

Omedetou Gozaimasu!

Itulah ucapan yang aku dengar dari awal pagi sampailah ke malam. Macam-macam aksi aku lihat sewaktu upacara penyampaian sijil. Sambutan upacara penyampian sijil graduate di Jepun agak berbeza seperti di Eropah dan Malaysia. Hanya pelajar-pelajar terbaik sahaja di jemput mendapatkan sijil di pentas.

Menurut maklumat dari teman-teman aku, dahulunya sistem penyampaian sjil di Mlaysia dan Jepun sama sahaja suatu ketika dahulu, tetapi setelah dilihat perkara ini mengambil masa yang lama, mereka telah menetapkan hanya pelajar terbaik sahaja di jemput ke pentas untuk mendapatkan sijil. Aku teruja dengan sikap Jepun yang bersedia utk melakukan satu perubahan demi kebaikan. Tidak terikut-ikut dengan satu style tanpa menilai.

Sedikit kebimbangan sewaktu menghadiri majlis tersebut, kebimbangan yang sama pernah wujud sewaktu aku menjalani graduation sewaktu di kolej dahulu. Kegelisahan tersebut sebenarnya terbawa sewaktu aku melibatkan diri menguruskan kehadiran student cemerlang yang berjaya melayakkan diri belajar ke Jepun.

Kegelisahan tersebut lahir bila melihat kecemerlangan pelajar di nilai dari fact atau nilaian atas kertas bukan dari attitude. Keresahan bila melihat sikap-sikap dan gaya yang ada pada pelajar cemerlang ini. Manakala, pihak kedutaan pula memberi harapan begitu tinggi kepada mereka bahawa anda adalah pemimpin yang bakal mengubah. Aku berharap suasana Jepun, suasana iman, serta para senior dapat membimbing mereka ke arah yang lebih baik. Mereka masih mencari, dan kita perlu menunjukkan jalan yang terbaik untuk mereka.

Perkara yang sama juga berlaku kepada generasi muda di Jepun ini, anak-anak Jepun yang cemerlang dari segi akademiknye tapi begitu jauh akhlak kemanusiaannya. Sewaktu nomikai, sensei berpesan kepada semua pelajar kita mesti menguasai komunikasi- itu adalah antara perkara diberi perhatian kerana sensei mendapati ramai dikalangan student tidak memberi “salam” bila bertemu.

Aku mula berfikir, itu bukan punca kepada perkara tersebut. Yang menjadi punca adalah akhlak pelajar-pelajar, bukan maslah komunikasi. Mereka sudah hilang respect kepada orang yang lebih tua, juga guru. Sikap “tidak perasan” bila bertemu semakin menjadi-jadi dikalangan anak-anak Jepun. Kalau dilihat diklangan masyarakat Jepun, ramai orang-orang tua berjalan sendirian tanpa anak-anak. Walaupun dari sudut positivenya kita melihat kehebatan orang tua Jepun boleh aktif walaupun terlalu tua, tetapi dari satu sudut negetivenya ia merupakan budaya pengabaian atau budaya tidak kasih dan hormat. Ummah semakin berubah, termasuklah orang-orang negara maju seperti Jepun. Kalau dulu dalam train orang-orang Jepun sibuk dengan membaca, tetapi hari ini orang Jepun lebih suka main game. Benarlah kata Zaid sensei, student Malaysia dulu lebih baik dari student Malaysia sekarang. Jawapannya, budaya Jepun juga sudah banyak berubah, sehingga anak-anak Malaysia belajar di Jepun tersalah pilih budaya yang ada di Jepun yang semakin banyak buruk dari baiknya.

“Succes is not a fact, but Success is a attitude.” Kehebatan Jepun sekarang boleh berubah kalau mereka bergantung pada apa yang mereka ada hari ini, tetapi kehebatan Jepun boleh dikekalkan jika mereka mampu mempertahan atittute yanga baik yang pernah membina Jepun hari ini. Adik-adik-ku yang baru datang, kejayaan lama tidak boleh menjamin kejyaan anda di masa akan datang. Kekalkan attitute kita sebagai seorang muslim dan berakhlak dengan akhlak terpuji, insyaAllah kita mampu mengekalkan kecemerlangan malah memperbaikkan lagi kecemerlangan dari segi akedemi dan iman.

Selamat Menempuh Hari Mendatang yang belum pasti. Mati menanti kita.

Akhir sekali, ribuan terima kasih teman yang meraikan kejayaan kami setelah 2 tahun di Jepun dengan sekuntum bunga mawar kuning. Juga terima kasih kepada kouhai yang setia bersama dulu dan kini dengan hadiah sebuah buku yang begitu menarik bagi aku. InsyaAllah, aku akan cuba habiskan bacaannya. Buku yang menghuraikan sejarah Islam di pelbagai benua. Tetapi, orang yang memberi pun kena la membaca juga. Tidak lupa satu e-card dari jauh dikirimkan yang turut meraikan kejayaan aku dan bakal berkongsi kejayaan ini dengan aku. Minna, Arigatou Gozaimasu! Shiawase ni Narimashita!

Sekian, terima kasih!


0 Responses to “Nilai sehelai kertas”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
March 2008
S S M T W T F
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: