29
Mar
08

kenangan terindah, harapan tertinggi!

Usrah dikenali sebagai keluarga dalam mana-mana organisasi gerakan Islam. Keluarga yang diikat dengan aqidah, bukan dengan darah. Tetapi, kasih sayang aqidah ini kadang-kadang mampu menjangkau lebih daripada ikatan darah seperti mana yang ditunjukkan oleh para sahabat nabi. Pulangnya aku ke Malaysia pasti meninggalkan pelbagai kenangan indah sewaktu di Jepun terutamanya saudara-saudara yang sekian lama berjuang.

Aku bersyukur, kerana aku pulang sebagai seorang abang dalam sebuah keluarga. Keluarga besar yang bernama persatuan Islam. Aku berada di Jepun sudah 6 tahun lamanya, boleh dikatakan antara yang paling senior di Jepun. Walaupun begitu, jiwa aku sentiasa muda. Aku tidak suka bergelar abang, kalau yang memanggil abg sekalipun hanya lekat sehari dua. Aku suka mendekati adik-adik dengan suasana persahabatan/rakan. Aku tidak suka dihormat adik-adik kerana kesenioran, tetapi biarlah respect itu hadir dari kasih sayang antara abang dan adik.

Masih teringat lagi waktu aku mula-mula sampai ke Jepun, pelbagai jenis senior yang aku temui. Dikalangan mereka, ada yang sering memberi nasihat untuk aku berubah menjadi baik dan sering membimbing aku untuk mengenali tujuan hidup. Dan aku begitu respect dengan cara dan pendekatan mereka. Alhamdullilah, hari ini aku telah menjadi sebahagian daripada mereka. Setiap kali aku diberi peluang untuk memberi tunjuk ajar, aku pasti memanfaatkannya. Indahnya ukhuwah, apatah lagi bila ukhuwah itu disaluri dengan nilai mencari keredhaan Allah S.W.T. Hidup tidak pernah berkira, gurau diselangi dengan kemaafan, pelukan dengan nilai kasih syang. Ia bermakna sepanjang aku berada di Jepun.

Hari ini aku pulang dengan seribu harapan yang aku tinggalkan kepada adik-adik kecil ku. Beza mereka 5-6 tahun dari umur-ku seperti mana abang-abang meninggalkan aku suatu ketika dahulu. Masih terngiang-ngiang pesanan mereka yang penuh harapan kepada aku; ” GG jagalah persatuan ini baik2!”. Sudah pasti perkara ini akan berulang lagi, aku akan pulang dengan harapan yang sama kepada adik-adik.

Tanggungjawab aku disini sudah habis, kerana aku yakin kepulangan aku kali ini akan menempuh susah payah yang lebih besar dari apa yang kalian rasakan disini. Sejak saat mereka meninggalkan Fukui, bayangan mereka masih di mata. Aku seolah-olah memberikan harapan yang begitu tinggi sewaktu melepaskan mereka dari pelukan.

Adik-adik-ku,

Masa-mu masih panjang, waktu itu mesti kamu isikan dengan pelbagai kemahiran untuk menjadikan kamu seorang yang gagah berhadapan dengan pelbagai kesukaran dihari mendatang. Jangan biarkan ia berlalu pergi, tanpa sebarang perubahan yang membina! Yakinlah, kehidupan ini sementara tetapi ia tetap dipersoalkan. Keseronakkan hanya dirasai sekali, ia akan hilang bila kau miliki kepuasannya. Kesukaran masa muda yang kau isi dengan kebajikan dan kebaikkan akan kekal buat selama-lamaya hingga ke akhirat nnt. Percayalah, yang kabur itu pastikan menjelma di pengadilan nnt.

Generasi muda-ku,

Naim, Irfan, Zulhelmi, Idris, Husmi, Fahmi, Ridzuan, Adnin, Afiq, dan lain-lain, anda semua adalah pemuda-pemuda yang bakal menghidupkan bumi Sakura yang tandus ini. Kemaskan dengan kepimpinan diri, untuk persedian sebagai manusia bernama khalifah Allah. Setiap kemahiran/kelebihan punya nilai tersendiri kalau ia di pertaruhkan untuk agama Allah S.W.T. Perkemaskanlah ukhuwah dikalangan kamu, supaya perjuangan ini diatas jalan persaudaraan kerana Allah S.W.T. Masa depan Islam berada di tangan khalifah yang mencari keredhaan Allah S.W.T. Kekuatan Islam berada pada kekuantan generasi muda yang celik hati dan akal fikiran. Ayuh! Bangkit dari tidur-mu yang berpanjangan, perjuangan menagih persedian-mu dari segi emosi, fizikal, aqal, dan spiritual.

Buat akhwat sekalian,

Walaupun nama kalian tidak aku ingat sepenuhnya, tetapi harapan itu tetap menggunung tinggi untuk membantu generasi ibu yang semakin lalai dalam kemewahan ribuan Yen. Sentiasa lah mentelaah dengan pelbagai ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Sentiasalah dahagakan ilmu yang mampu membina benteng untuk kita berhadapan dengan pelbagai suasana yang semakin hampir kepada kemaksiatan. Akhwat perlu lebih agresif dan sensitive dengan suasana masyarakat Islam hari ini, perbincangan biarlah lebih kehadapan sesuai dengan peredaran masa. Kita berhadapan dengan pelbagai ideologi sesat dari segi genap penjuru yang melibatkan golongan wanita sesat seperti Sister In Islam, Islam Libral dan lain-lain lagi. Kalau “akhwat dakwah” tidak proaktif meneliti masalah ini, kerosakan dikalangan wanita akan bertambah rumit dan meruncing.

Wahai “Pejuang Lama”,

Jangan lupa untuk terus memberi bimbingan kepada generasi muda ini, teruskan memberi bimbingan untuk mereka bersedia menjadi pemimpin masa hadapan membantu ummah ini. Bimbinganlah dengan kasih sayang, bukan dengan keegoan yang memunjak. Pastikanlah kalian meninggalkan pejuangan dengan adanya generasi penerus yang bakal mencorakkan Islam tercinta! Bimbinglah mereka untuk menjadi generasi yang berilmu dari segi akademik dan agama. Aku yakin generasi muda yang bertaraf ” profesional beriman” akan lahir kalau kita benar komit dengan pentarbiyyahan dan perancangan kepimpinan yang kemas dan berkualiti.

Wahai adik-adik-ku,

Aku yakin dengan kemampuan kalian, mereka insyaAllah mampu berhadapan dengan survival ummmah ini jika mereka sentiasa dekat dengan pentarbiyyahan. Aku pulang dengan meninggalkan seribu kenangan, serta pulang dengan membawa seribu harapan. Mereka pasti mampu meneruskan perjuangan ini hingga kepada generasi seterusnya InsyaAllah.

Salam Sayang, Salam Perjuangan buat generasi harapan!


2 Responses to “kenangan terindah, harapan tertinggi!”


  1. 1 warkahraudhah
    thpm31000000Sat, 29 Mar 2008 12:58:52 +000029pm08, J0000003 9, 2007 at 15:50 +00:00Mar

    InsyaAllah.Syukran jaziilan.menitis jugak air mata.Pejuang tidak harus mudah lemah,tidak harus mudah leka,tidak harus mudah patah semangat dan tidak wajar menundingkan kesalahan kepada orang lain.Sebaliknya didiklah diri kita sendiri ke arah mencintai Dia yang Esa.Ana cukup bertuah walaupun hanya dapat merasai hanya sebentar ukhuwah bersama anta,abg syah dan senior-senior yang lain.Namun,mahabbah dan kasih sayang ini berterusan sehingga ke hari akhirat hendaknya.InsyaAllah,Semoga kita terpilih menjadi sahabat yang mana bertemu,berkasih dan berpisah kerana Allah swt.Jazakallah,ya akhi.

    “Gulai daging kambing sedap sugguh.dok rugi jugok dapat layanan 5 bintang,sbb hamber pun kuat makan.” ^-^

    wassalam,moga ketemu di lain ketika(warkahraudhah@tamanpersuratan;1:00 tgh,yokohama)

  2. thpm30000000Tue, 15 Apr 2008 20:42:32 +000015pm08, J0000004 9, 2007 at 15:50 +00:00Apr

    Berpisah setelah bertemu,
    penyala marak api rindu.
    Bertemu setelah berpisah,
    penyimbah ukhwah memadam resah.
    Biar berinjak lain tanah,
    bulan dilayang pandang tetap satu.

    Jumpa lagi kita di seberang sana, ya?
    teringin nak peluk, tapi tangan kita jauh.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
March 2008
S S M T W T F
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: