29
Mar
08

saat-saat akhir

Alhamdullilah, Terima kasih kepada saudara nizammudin kerana belanja kami makan! Semoga Allah memberi keberkatan rezeki kepada anda. Ini lah persahabatan, dan aku begitu gembira dapat kawan-kawan yang seperti ini. Di Jepun, jarang-jarang budaya belanja orang makan di lakukan. Kalau di Jepun, terkenal dengan budaya “warikan”. Makan ramai-ramai, bayar sorang-sorang. Sikap ini, selalu diamalkan oleh student Malaysia di Jepun. Sebenarnya, budaya belanja orang ini adalah baik sebenarnya. Kerana ia merapatkan lagi ukhuwah dan perkenalan. Itu antara yang aku belajar dari pembacaan buku psikologi. Kalau kita nak dekati seseorang, belanja makan adalah sebahagian kaedah merapatkan ukhuwah terbaik berbanding memberi hadiah.

Kami lepak di Saizeriya agak lama, dan ia adalah saat-saat akhir aku menghabiskan masa bujang-ku. Banyak jugak kami berborak, antaranya isu tamatnya masa bujang-ku. Kadang-kadang aku rasa, sudah berakhirlah waktu kebebasan yang aku miliki hari ini. Bebas buat sebarang keputusan, tanpa mempertimbangkan condition orang lain. Dan aku begitu takut untuk kehilangan zaman bujang yang penuh kenangan manis. Mungkin sebab aku belum merasai nikmat kehidupan berkeluarga, dan berkongsi. Sifat manusia itu pelbagai, antara sifat-sifat manusia itu adalah berkongsi dan ingin kan kebebasan. Di dalam kehidupan ini, kalau kita berkongsi insyaAllah akan kita temui kenikmatan. Selama ini, aku sering berkongsi hidup dengan kawan-kawan. Segala masalah, keseronokan, kegembiraan, kerisauan dan macam-macam lagi akan aku kongsi dengan teman yang aku percaya. Sungguh indah, hidup dengan berkongsi. InsyaAllah, selepas ini banyak kita boleh berkongsi bila kita bertemu dengan orang yang benar-benar kita percaya dan kita harapkan. “Bila kita berkongsi, sebahagian masalah kita akan selesai.”

Buat pengetahuan semua, aku baru sahaja menghabiskan pembacaan sebuah buku ” Wang, Anda dan Islam” yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin. Buku yang setebal 249 muka surat telah aku tamatkan selama 5 hari. Banyak perkara dapat aku pelajari dari buku tersebut, dan aku amat menggalakan semua pembaca blog samuraisyahid memiliki buku tersebut. Kerana banyak yang kita lepas pandangan berkenaan halal haram tercatat didalam buku tersebut. Penulisan buku tersebut cukup ilmiah dengan rujukan dalil yang kemas. Aku dapat membuat kesimpulan bahawa Islam ini merupakan satu agama yang memberi petunjuk untuk kita hidup di muka bumi Allah S.W.T setelah membaca buku ini. Kehebatan ajaran Islam ialah ia memberi asas yang kukuh untuk kita menjalani kehidupan dan memperkemaskan satu-satu dasar itu dengan begitu solid. Sebagai contoh; semua agama mengajar kita untuk menghormati ibu bapa, tetapi Islam memperkemaskan lagi bagaimana untuk menghormati seorang ibu itu. Iaitu seorang muslim tidak boleh mengatakan “Uh..” kepada ibunya.

Sama juga dalam berekonomi, Islam membina foundation begitu kukuh dalam berekonomi iaitu;

1. Mesti mendapatkan hasil dengan usaha masing-masing

2. Setiap pihak yang terlibat dalam perniagaan mesti ada untung dan rugi

3. Tidak ada unsur penindasan dan penipuan

Asas-asas ini membolehkan kita beraktiviti dengan pelbagai bentuk perniagaan samaada jualan, saham, perkongsian, persendirian dan mcam-macam lagi. Sebagai contoh, riba ditolak oleh Islam kerana ia mempunyai unsur penindasan. Manakala judi di tolak oleh Islam kerana ia mempunyai unsur penipuan serta berharap pada nasib tanpa usaha. Kalau kita melihat perniagaan MLM, ia ditolak oleh Islam kerana ada unsur mengeplotasikan usaha orang lain.

Bila aku membaca buku tersebut, ia begitu menarik perhatian aku untuk berfikir kehebatan Allah menganugerahkan kita dua pentunjuka releven bila-bila zaman iaitu Quran dan Sunnah Nabi S.A.W. Islam tidak mendetailkan jenis perniagaan, kerana perniagaan berubah mengikut zaman tetapi Islam memberikan basic kepada kejayaan dan prinsip sebuah perniagaan yang menguntungkan semua pihak. Hari ini, aku baru sahaja membaca sebahagian dari unsur-unsur dalam Islam iaitu asas-asas berekonomi dalam Islam yang menjamin kesejahteraan umat. Ia begitu menambahkan keyakinan aku terhadap Islam bagi membela, dan menjaga kejayaan Ummah ini. Kalau aku mengkaji keseluruhan unsur-unsur kehidupan seperti perundangan, pemerintahan, pendidikan, kesihatan, sains dan macam-macam lagi pasti akan memperkuatkan lagi keimanan. Sahabat-sahabat, sebenarnya mengkaji ilmu Allah juga mampu menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah S.W.T. Sebelum ini aku telah membaca Islam dari sudut perundangan, aku merasakan begitu hebatnya Islam sebagai “The Way of Life” yang mampu mempertahankan maruah dan keamanan manusia di muka bumi, aku berharap aku berpeluang lagi untuk membaca hal-hal berkenaan unsur-unsur kehidupan dalam Islam untuk menambahkan lagi keimanan dan keyakinan aku kepada Islam. Pada masa yang sama dapat memberitakan kepada mereka yang berada di sekeliling aku.

Bagi mereka yang selepas ini yang ingin memperlbagaikan lagi pembacaan dan ilmu, aku mencadangkan anda membaca dengan berfikir secara kritis. Melihat kebesaran disebalik ilmu tersebut, supaya kita bertambah minat untuk mendalami pelbagai ilmu. Dalam konsep membaca, aku berpegang kepada dua konsep iaitu;

1. Membaca untuk memahami- Bacaan dengan berfikir secara mendalam berkenaan satu-satu isi kandungan, serta melihat kehebatan disebalik buah fikiran, idea, pandangan, dan lain-lain.

2. Membaca untuk bercerita- Bila membaca, aku sering menjelmakan pembacaan aku dalam pembentuk kefahaman dan ayat aku sendiri supaya aku lebih faham serta mampu memahamkan orang lain.

Perkara ini memotivasikan aku untuk membaca, dan merasa puas bila menghabis sebuah buku. Selama pengalaman aku membaca, kepuasan ini kadang-kadang lahir dari sebaris ayat walaupun kita telah menghabiskan 200 lebih muka surat. Ada juga kepuasan membaca ini datang dari isi kadungan sebuah buku dan ia bergantung kepada jenis penulisan dan idea dari penulis. Sepastinya, membaca tidak mendatangkan kekecewaan kerana pasti ada ilmu walaupun kita tidak menyedarinya. Kerana setiap penulisan lahir dari manusia yang berfikir.

Semoga sahabat-sahabat terus mencari ilmu dengan membaca selain dari kita mendengar dan berbincang. Sekian dahulu, wassalam.


0 Responses to “saat-saat akhir”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
March 2008
S S M T W T F
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: