23
Apr
08

Berbeza!

Assalammualaikum..

Sudah lama tidak aku menulis disini, kerana terlalu byk kerja yang perlu diselesaikan. Pelbagai agenda yang perlu di fikirkan. Pelbagai rencana kehidupan yang perlu di jayakan. Itulah hakikat aku berada di bumi Malaysia. Walaupun aku belum bekerja, masa untuk aku membaca sudah mula berkurang.

Pagi dengan keluarga, petangnya dengan perjuangan, malamnya dengan usaha dakwah yang tidak pernah kenal jemu dan susah. Banyak perkara yang aku kongsikan bersama, dari pengalaman yang penuh dengan cabaran dan kesukaran.

Malang, selama pemerhatian aku, pemuda adalah menjadi maslah di masa kini. Setiap masjid yang aku kunjungi dengan tuan ustaz, kehadiran amat minima dari kalangan pemuda yang aku katogerikan 40-an kebawah. Yang ramai adalah pakcik2 tua yang menunggu ajal bertemu tuhan tercinta.

Antara rancangan aku dalam agenda dakwah peringkat kampung, mencari anak2 muda masjid utk dijadikan tenaga penggerak, tetapi malangnya hampir semua tok2 janggut yang menunggu masa. Terpaksalah aku melangkah dengan boat bola turun ke padang mencari peluang. Ya Allah, permudahkanlah usaha dakwah ku. Alhamdullilah, kepulangan aku kali ini disambut baik oleh adik lelaki-ku, mungkin ini adalah peluang untuk menghampiri kaum muda. InsyaAllah, andaikan ada cerita menarik usaha dakwah-ku di lapangan remaja, akan aku kabarkan disini.

Sekrang aku sibuk bergerak dengan gerakan Islam terkenal di Malaysia. Menjelajah kampung-kampung, menyampaikan risalah Islam. Tetapi, pemuda masih kurang, mungkin masing2 sibuk dengan kerja mencari makan. Kepulangan dengan tuan ustz, pasti aku mengeluh dengan ustaz berkenaan usaha kita utk menghampiri kaum muda kampung. Mencari jalan penyelesaian ini amat sukar sekali. Semoga Allah memberi idea dan kefahaman kepada kami merancang. Semua dalam perangkaan.

Dari kalangan golongan educated, sambutan menarik insyaAllah. Tetapi kita tidak mahu bersikap double standad dalam dakwah, semua peringkat perlu diselamatkan dari kancah dosa dan maksiat, seterusnya menjauhi neraka Allah S.W.T. Itulah usaha kami seharian, pengorbanan byk aku beljaar setelah pulang  ke Malaysia. Semasa di Overseas, dakwah kami ala hidup mewah. Tetapi disini, kata-ku dalam ceramah dan kuliah teruji. Melihat pengorbanan sahabat-sahbat, meninggalkan kehidupan bermewahan, memilih kehidupan sederhana membuat aku rasa malu dan segan. Siapalah Aku ini!!

Semoga sahabat-sahabat yang punya masa, pelajarilah kehidupan ini untuk membuat perubahan dalam diri. Blajarlah untuk berkorban lebih dari apa yang kita inginkan. Seluar mahal, sepatu mahal, cita-cita tinggi melangit hingga lupa akhirat. Semua itu tidak berkekalan, gembira biarlah dengan memberi dan berkorban. Salam Kasih dari Perlis!


1 Response to “Berbeza!”


  1. 1 Naim
    tham30000000Mon, 28 Apr 2008 04:41:32 +000028am08, J0000004 9, 2007 at 15:50 +00:00Apr

    Membaca tulisan samuraisyahid kali ni membuatkan saya terkenang diri saya yang dulu. Jika dulu matlamat hidup saya hanya untuk straight A dan mengenyangkan perut, alhamdulillah sekarang tidak lagi. Doakan saya. Di sini masih bergerak seorang diri, namun akan tetap berusaha menyedarkan pemuda pemuda disini.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
April 2008
S S M T W T F
« Mar   May »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: