28
Apr
08

Pengorbanan & Sumbangan

Assalammualaikum..

Semakin lama, semakin jelas aku akan erti perjuangan yang penuh kesukaran ini. Aku masih belum boleh membaca rentak perjuangan, dan pergerakan gerakan Islam disini. Apatah lagi, untuk bergerak dalam kelompak ijtimaie.

Minggu lepas aku bersama Timbalan Ketua Pemudah PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan at Tantawi. Perbincangan kami yang paling terkesan adalah berkenaan pengorbanan dan sumbangan. Baru aku sedar, bahawa hari ini aku belum berkorban, tetapi baru menyumbang sebenarnya.

Apakah pengorbanan yang sebenar?! Pengorbanan sebenarnya membawa kita ke satu situasi yang boleh menyebabkan kita terkorban. Perjuangan yang penuh rasa takut untuk berhadapan dengan risiko, kesusahan, kesukaran adalah perjuangan yang tidak ada nilai pengorbanan.

Rasa selamat dalam perjuangan adalah perjuangan yang diisi dengan sumbangan bukan dengan pengorbanan. Sumbangan kewangan- sekadar memberi sedikit harta lebihan kita. Tetapi perjuangan yang dikorbankan harta telah meninggalkan sebahagian kehidupannya yang senang. Allah telah berfirman, bahawa berjuanglah kita dalam susah atau senang.

Kehidupan yang dipenuhi dengan kemewahan menyebabkan kita takut muflis. Hari ini, aku hidup dengan orang kampung yang tidak kenal erti susah. Kerena mereka telah biasa dengan semua perkara itu. Hidupn mereka penuh tawakal kepada Allah, tetapi orang yang terpelajar sering dibayangi oleh kehilangan harta. Bagi aku orang kampung lebih bersifat tawakal berbanding mereka yang terpelajar. Mungkin senangn di masa beljar membuat mereka sentiasa dalam keresahan.

Ya Allah, kau permudahkan lah aku untuk tidak bersifat bakhil. Jauhilah aku dari takut dengan perkataan susah. Sepanjang aku dalam dunia akademik, aku sering merasakan pengorbanan ini sudah cukup tinggi. Tetapi sebenarnya tidak! Kerana pengorbanan yang tidak setimpal dengan apa yang aku dapat tidak membawa erti sebuah pengorbanan tetapi sekadar sebuah sumbangan.

Rakan2 aku disini banyak mengajar aku erti berserah kepada Allah. Rezeki dimana, yang penting kita mencari dan berdoa. Takut akan kemiskiinan adalah sifat yang sering dihembuskan oleh syaitan yang pernah di sebut dalam hadith nabi bahawa manusia sering cintakan dunia serta takutkan mati. Tetapi tidak ramai yang menghayati hadith tersebut, mungkin ada yang membaca tetapi tidak benar-benar memahami.

Bukanlah ini bermaksud kita perlu mendedahkan diri kepada bahaya musuh, tetapi jangan keterlaluan dalam meletakkan takut kepada musuh sehingga kita hilang rasa takut sebenar iaitu hanya kepada Allah S.W.T. Ingatlah wahai teman, syurga yang manis perlu didahului dengan kepahitan dunia!

Dalam kita menerajui perjuangan, syarat yang paling penting adalah mempunyai isteri yang benar2 faham akan perjuangan. Itulah contoh yang ditunjukkan oleh Nabi kita, perkahwinan dengan khatijah adalah salah satu pra-syarat kemenangan dalam perjuangan nabi. Mulakan dengan mencari isteri yang faham dan solehah sebagai tangga kejayaan kita dalam perjuangan.

Sekadar ini dulu, salam perjuangan dari samuraisyahid!


0 Responses to “Pengorbanan & Sumbangan”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
April 2008
S S M T W T F
« Mar   May »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: