02
May
08

Perjuangan Semakin Sengit

Assalammualaikum…

Semakin hari, semakin melangkah ke hadapan. Mampukah kita untuk meneruskan perjalanan masing-masing. Sedar atau tidak kita semakin berusia, setiap nafas berlalu akan dipersoalkan oleh yang Maha Esa. Aku seperti keterkejutan bila masyarat memandang bila cuba untuk menderma. Masing-masing merasa ganjil bila sedikit sumbangan diberikan kepada masyarakat thailand ingin membina madrasah yang dibakar.

Mengapa?!

Mengapa kalian semua tidak berasa hairan dengan penggunaan wang oleh masyarakat kita untuk membeli seutas jam tangan berharga, pakain berjenama yang kualiti nya sama. Itulah perubahan pemikiran masyarakat yang semakin janggal, tidak mampu menilai kebaikan dengan mata hati. Selamatkan lah kami dari bersifat pentingkan kemewahan diri.

Alhamdullilah, perjalanan dakwah aku semakin terurus berbanding dulu. Aku mula terlibat dengan perlaksanaan usrah kepada adik2 peringkat menengah. Walaupun mereka berlatar belakangkan pendidikan agama, aku gembira kerana diberi kepercayaan untuk mengendalikan usrah. Minggu ini baru selesai sesi taaruf. Masing-masing merasa senang dengan kehadiran aku, diharap aku dapat memberi komitmen yang baik kali ini. Target aku dalam melaksanakan usrah kali ialah memprofesionalkan golongan ulama’. Aku dikehendaki mengendalikan usrah berkenaan pergerakan haraki. InsyaAllah, penerapan usrah aku kali ini adalah untuk memberi penerapan management dakwah dan perjuangan. Semoga ahli-ahli usrah aku yang bakal ulama’ dapat menerima aku dengan seadanya.

Hampir setiap minggu aku ada program, aku sudah mula memandai-mandaikan diri untuk menguruskan masa dengan baik. Memberi masa sebaik mungkin dengan keluarga, pada masa yang sama terlibat dalam gerakan dakwah yang penuh cabaran. Rasa belum habis bermanja, tetapi itulah hakikat perjuangan. Aku perlu segera untuk berpindah supaya lebih mudah untuk aku mengatur langkah. Mungkin selepas perkahwinan adalah waktu yang paling ideal.

Rabu minggu depan aku diminta oleh pihak pengurusan untuk menyampaikan kuliah haraki kepada bakal2 ulama’, satu yang amat menggerunkan. InsyaAllah, pengalaman berpersatuan akan digunakan dengan baik untuk memberi kebaikan kepada Islam. Untuk golongan profesional, persiapkan diri anda dengan ilmu agama, serta yang wajib diutamakan juga ialah kemampuan untuk menguasai bidang pengurusan, binses, leadership, thinking skill. Kerana ia amat diperlukan untuk gerakan Islam. Aku jugak menggalakkan rakan-rakan yang bukan dari bidang agama melatih diri untuk berfikir dan memberi idea. Ia merupakan aset yang penting dalam jemaah. Pimpinan yang kering dari idea, akan terkandas dalam perjuangan. Oleh itu, pembacaan dengan pelbagai buku serta akhbar amat penting melatih diri kita berfikir dan menganalisis.

Generasi gerakan Islam yang malas membaca, atau tertumpu kepada satu jenis pembacaan sahaja adalah satu sifat yang merugikan. Walaupun kita merupakan ahli gerakan Islam, ini tidak bermakna kita terlarang untuk membaca idea-idea dari dunia luar. Kita lihat bagaimana kepimpinan Umar Al-Khattab, banyak mengimport sistem Parsi dalam sistem pemerintahan Islam. Ini merupakan salah satu contoh kepada gerakan Islam menguasai pelbagai bidang pembacaan dan ilmuan.

Diharap kepelbagaian generasi dakwah dalam gerakan Islam mampu memberi Impak yang baik kepada perjuangan Islam di masa hadapan. Semoga semua peneraju gerakan Islam sudah mula membuka minda untuk menyumbang kepada Islam.

Doakan samuraisyahid tenang berhadapan dengan satu lagi program baru dawkah. Salam perjuangan buat semua. Takbir!!


3 Responses to “Perjuangan Semakin Sengit”


  1. thpm31000000Sun, 11 May 2008 18:06:55 +000011pm08, J0000005 9, 2007 at 15:50 +00:00May

    Wahh, bukan mudah untuk mendidik orang yang terdidik.
    Tapi, pasti ada perkongsian baru.
    Ilmu kan ibarat air di kendi.
    Yang kurang, ditadah.
    Yang lebih, disimbah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
May 2008
S S M T W T F
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: