14
May
08

Kuliah Haraki

Assalammualaikum..

Perkembangan terbaru dari samuraisyahid buat masa ini adalah kuliah haraki pada minggu lepas. Saya berasa amat gembira dengan program yang dilaksanakan. Ia merupakan pengalaman baru kepada saya. Saya diarahkan untuk mengendalikan kuliah kepada tingkatan 4.

Pada pertemuan tersebut, saya sedikit terkejut dengan kehadiran sahabat syabab hanya 2 orang. Manakala, dari kalangan akhwat agak ramai. Saya memulakkan kuliah dengan mengatakan kehadiran sama seperti mana zaman saya di zaman university. Akhwat lebih ramai dari syabab. Itulah hakikatnya dimana-mana, akhwat lebih suka belajar dari syabab. Tidak kira bidang agama atau bukan agama. Yang ramainya syabab adalah di university pusat serenti. Ia merupakan satu masalah yang besar kepada negara suatu hari nanti, kerana orang lelaki adalah ketua kepada keluarga, masyarakat dan negara. Kelahiran kepimpinan negara pada hari ini adalah kesan dari sifat lelaki yang ada hari ini.
Dalam kuliah tersebut, saya sentiasa mendoktrin pelajar supaya sentiasa merasa izzah dengan kelebihan diri mereka yang dipilih oleh Allah untuk menjadi ulamak negara. Saya sentiasa memperingatkan mereka supaya merasakan belajar agama adalah yang terhebat, jangan terlalu terkesan dengan abang yang baru balik dari Jepun. Saya sentiasa risau malah trauma dengan sifat sesetengah pelajar sekolah agama yang belajar di Jepun, takut untuk mengaku sebagai pelajar sekolah agama. Alhamdullilah, dua kali membawa usrah dan kuliah.. kesan dikalangan pelajar tingkatan 3 dan 4 memberangsangkan. Antara perbualan saya dengan adik-adik. “Ana nie tak boleh nak jadi ulamak, adik2lah bakal2nya.” gurau saya. “Ye, abang, kamilah yang bakal-bakal ustaz.” balasnya selambar, seolah-olah punya keyakinan diri. Saya begitu gembira, dan tersenyum lebar. Alhamdullilah, biarpun kata-katanya begitu, aku yakin ia lahir dari hati yang bersih.

Dalam perjalanan saya bersama-sama beberapa sahabat yang melaksanakan kuliah dan usrah haraki, pergaulan sesetengah tenaga penggerak kurang memberangsangkan dari segi pergaulan dengan adik-adik. Saya bertanya sendirian, mengapa adik-adik tidak begitu rapat dengan abang-abang yang lain. Seolah-olah ada gap yang besar sedangkan umur saya dengan mereka tidak seberapa jauh. Saya cuba menilai, mungkin dari segi pendekatan. Risau jugak diri ini, mungkin dari segi pembawakan saya terlalu selambar hingga hilang rasa hormat dan respect.

Segala persoalan terjawab bila saya berbual dengan seorang pakcik yang datang makan di kedai saya. Perbualan yang panjang, menyentuh persoalan budi bahasa. Kata pakcik tersebut, ramai dikalangan kita yang baik orangnya, tidak berbohong, tepati masa, jujur, tak banyak berckap.. tetapi mereka kurang sedar bahawa mereka kurang budi bahasa. Budi bahasa sebenarnya membuat kita lebih mesra dan rapat dengan seorang. Sifat budi bahasa sering menjadikan kita bersifat perihatin kepada insan lain. Orang lain rasa mesra dengan kehadiran kita, rasa gembira dengan sifat kita yang sering memberi perhatian dan mudah berbincang. Nasihat bukan sekadar idea dan pendapat tetapi komunikasi yang mempunyai banyak makna kepada penerima termasuklah nilai-nilai kasih sayang.

Aku kebimbangan mereka yang menggerakkan kuliah haraki yang agak berat untuk adik-adik jika tidak dihadiri dengan rasa kasih dan mesra. Pendidikan bukan sekadar hafalan dan kefahaman tetapi rasa kasih dan mesra dengan pendidik. Diharap dalam kita membina generasi dakwah, tidak sedar kita membina kefahaman dalam dakwah tetapi memenuhi 4 unsur kemanusian perlu di laksanakan untuk mendidik generasi daie. Iaitu akal, emosi, fizikal dan spiritual. Dakwah kita perlu dipenuhi semua unsur ini, barulah lahirnye generasi yang hebat dalam dakwah. Aku bertemu dengan ramai manusia bergelar orang beriman dengan kehadirannya ke masjid, cakapnya benar tidak menipu, tetapi malangnya perhubungan dan komunikasi mereka dengan insan lain ditahap begitu teruk. Menegur tidak kena cara yang dianjurkan oleh Nabi S.A.W. Malah, aku sering terfikir, orang yang tak ke masjid akhlak lebih disenangi dari yang pergi ke masjid. Kadang-kadang kita yang belajr dengan ilmu agama, kurang melihat unsur emosi- memahami orang lain, menghormati orang lain, mesra dan kasih dengan orang lain.. hilang dari manusia yang kononnya kuat iman-nya. Marilah kita muhasabah diri kita, kalau kita benar ingin menjadi daie yang ulung.

Ia sekadar perkongsian ringkas dari saya, setiap manusia punya kelemahan dan saya juga punya kelemahan tersendiri. Kadang-kdang, spritual saya sendiri masih ditahap yang terlalu minima untuk bergelar seorang daie. Yang penting kita yang sering sedar, perlulah sama-sama cuba perbaiki kelemahan diri untuk menjadi manusia yang benar MUKMIN! Ketemu lagi di penulisan seterusnya.

“Doakan Interiview Saya Besok, Supaya Dapat Teruskan Perjuangan Di Darul Sunnah”


0 Responses to “Kuliah Haraki”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
May 2008
S S M T W T F
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: