17
May
08

Differentiation

Assalammualaikum,

Penulisan yang lepas aku ade menyentuh serba sedikit berkenaan masalah yang timbul dalam mendidik generasi usrah. Alhamdullilah, aku baru sahaja selesai membaca sebahagian sebuah buku bertajuk WINNING oleh Jack Welch.

Buku tersebut mengkhususkan satu subtopic Differentiation. Yang mana buku WINNING ini menghuraikan berkenaan managment sebuah syarikat. Dan aku cuba mengambil pedoman dari buku ini untuk diadaptasikan dalam Gerakan Islam.

Differentiation menghuraikan konsep 20-70-10 untuk mengurus sebuah syarikat. Dan konsep 20-70-10 boleh digunakan dalam pengurusan Manusia/Manpower serta pengurusan system syarikat.

Konsep 20-70-10 untuk pengurusan ManPower bermaksud;

1. 20%- Deal dengan motivasi, pujian, reward, bonus, love, yang lebih kepada perhubungan emosi. Ramai yang mengabaikan tanggungjawab untuk deal dengan emosi. Yang mana perkataan yang paling ideal dengan gerakan Islam adalah ikatan ukhuwwah Islamiyyah. Tetapi malangnya ramai dikalangan ahli gerakkan Islam tidak mampu menterjemaahkan konsep ikatan ukhuwwah Islamiyyah secara praktikal. Mereka sering menyebut tetapi jarang untuk di praktik dalam gerakan Islam. Malah, dikalangan gerakan Islam, mereka terlalu rigid dengan kaedah-kaedah lama serta tidak mahu menerima perubahan. Tidak salah sebuah gerakan Islam bertukar-tukar hadiah kerana Rasullullah sendiri pernah bersabda berkenaan pemberian hadiah dikalangan kita. Tidak salah untuk kita memberitahu bahwa kita cinta dan syangkan ahli gerakan Islam kita. Sifat malu ini perlu dibuang dari hati pejuang Islam yang kononnya mereka bersifat zuhud, macho, kental, dan lain-lain.

2. 70%- Deal dengan how to work?, leadership skill, managment skill yang mana yang lebih kepada melatih manpower kita mampu buat kerja serta faham cara untuk bekerja dengan baik. Dan pimpinan perlu memberi kefahaman berkenaan sistem sebuah gerakan islam bergerak dan berdakwah. Mengetahui ilmu-ilmu yang mereka perlu belajar dan beri perhatian. Banyak gerakan Islam yang tewas untuk memberi penekanan dalam perkara-perkara ini sehingga menyebabkan gerakan Islam tersebut tidak tahu cara mereka perlu bekerja dan mereka sendiri lupa pentarbiyyahan diri. maka pimpinan gerakan Islam perlu menetitik beratkan soal komunikasi dalam gerakan, supaya maklumat itu sampai kepada follower. Kaedah penyampian maklumat yang berkenaan perlu dipertimibangkan mengikut saiz sebuah gerakan Islam itu sendiri.

3. 10%- Deal dengan ahli dengan hukuman, nasihat, warning, ataupun fire! Tetapi pendekatan ini adalah pendekatan terakhir kepada ahli gerakan Islam. Pastikan tindakan 10% kita terhadap individu gerakan islam dinilai dengan sebaik mungkin. Jangan sampai kita menghukum, memberi warning atau nasihat dengan keadaan pimpinan sendiri tidak bersungguh-sungguh memberi kefahaman atau tunjuk ajar (70%) berkenaan cara bekerja dan perjalanan sistem sebuah jemaah. Dan tindakan 10% tersebut dikenakan bila ahli tersebut sendiri menyedari bahawa dia sememangnya silap dan lalai dalam memberi komitmen kepada gerakan Islam. Konsep tindakan 10% ini sememangnya pernah dilaksanakan pada zaman Rasullulah sewaktu perang tabuk (kalau tak silap) yang mana tindakan tersebut dikenakan kepada tiga orang sahabat yang sememang lalai dan berlengah-lengah dalam membuat persediaan pergi berperang. Dan mereka sendiri mengakui dan menyedari kesilapan mereka.

Maka, sahabat-sahabat perlu mengimbangi ketiga-tiga bahagian pengurusan ManPower. Kalau kita mengabaikan salah satu mengikut peratus pengurusan tersebut, ia boleh membawa masalah kepada Gerakan Islam tersebut. Mengimbagi nilaian peratus juga perlu kepada gerakan Islam, bagi memastikan kelancaran gerak kerja gerakan Islam tersebut. Jangan sesekali kita melebihkan warning dan kecaman berbanding pujian dan reward. Jangan kita terlalu memuji daripada memberi pelajaran, pendidikan dan tarbiyyah kepada ahli. Diharap pimpinan gerakan Islam jelas berkenaan pengurusan Manpower ini. Dan pengurusan ManPower merupakan perkara utama yang perlu diberi perhatian untuk menjayakan sebuah gerakan Islam kerana yang menjayakan sebuah gerakan Islam dan meggerakan sebuah sistem adalah manusia itu sendiri.

InsyaAllah, masa hadapan aku akan cuba menulis berkenaan pengurusan sistem dengan menggunakan konsep ini. Pada 11 June 2008 nanti aku akan terbang tinggi dan mendarat di bumi eropah untuk berhoneymoon InsyaAllah. Doakan pemergian kami, supaya dapat mengambil sebanyak mungkin ilmu sepanjang disana. Salam Perjuangan buat semua.


4 Responses to “Differentiation”


  1. 1 Naim
    tham31000000Sat, 17 May 2008 11:18:29 +000017am08, J0000005 9, 2007 at 15:50 +00:00May

    Harap dapat dengar kisah bermanfaat ketika samuraisyahid merantau ke eropah nanti.

  2. 2 hanekaseyo
    tham31000000Sun, 18 May 2008 09:25:50 +000018am08, J0000005 9, 2007 at 15:50 +00:00May

    InsyaAllah,menantikan liputan tarbiyah di bumi ireland dan komuniti islam di sana.2 kota yang akan di bebaskan oleh islam adalah pertama kota konstantinopel yang berjaya di bersihkan oleh tentera mujahid pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh dan kota kedua masih belum di buka.Semoga kita berlumba-lumba dan menanamkan niat dan keazaman untuk turut sama membuka kota ke dua tersebut.Mungkin kota eropah.Subhanallah.

    Semoga berbahgia ber’masjid’.:)

  3. stam31000000Wed, 21 May 2008 00:52:38 +000021am08, J0000005 9, 2007 at 15:50 +00:00May

    masyaAllah sheikh..laju dah enta nih.jauh tertinggal dah nih..
    nnt jumpa ana di malaysia bimbing ana eh..nnt ana call ye.
    aa..ana pi kot makan nasik minyak enta nnt..hehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
May 2008
S S M T W T F
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: