21
May
08

Minda: Dulu & Sekarang

Assalammualaiikum..

Berita gembira buat semua ahli UMNO, pengumuman keluar ahli oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Muhammad merupakan satu tanda bahawa UMNO sudah tidak releven kepada Malaysia. Sebelum ini, tiga perdana menteri Malaysia telah keluar dari UMNO, mungkin kerana sudah tidak tahan lagi dengan UMNO yang dirasakan tidak releven lagi.

Berita gembira buat pakatan rakyat, dengan khabar angin pemerintahan akan bertukar tangan kepada pakatan rakyat lewat september ini. Menurut timbalan president keadilan tarikh itu agak lewat untuk Malaysia Baru. Masing-masing menunggu berita gembira ini, terutamanya dari Pakatan Rakyat yang sudah lama bersabar malah ade yang telah kuar dari Pakatan Rakyat disebabkan tekanan yang diterima.

Hari-hari, warung kecil-ku menjadi tempat perbincangan agenda politk negara yang sentiasa didatangi isu-isu yang menggemparkan. Kadang-kadang aku juga tidak lepas turut serta memberi pendapat. Alhamdullilah, ia satu kegembiraan bagi aku untuk turut serta berbicara hal-hal kemanusian bersama-sama orang kampung. Tetapi, perbincangan ini banyak disuarakan oleh anak-anak kampung berumur 30-an dan pakcik-pakcik tua samaada yang sejak lahir lagi mendpat keahlian pembangkang atau pakcik-pakcik tua yang dulu, kini, selamanya berdarah UMNO taghut.

Ruang-ruang politik sekali-sekala membolehkan aku menyuarakan pendapat yang agak islamik buat semua. Kdang-kdang aku membawa mereka melihat dari sudut kerosakkan anak-anak muda yang menuju kebencana kerosakkan akhlak. Bukan sekadar melihat kepada masalah/tekanan ekonomi negara semata-mata, tekanan itu kadang-kadang bersifat sementara. Tidak kira UMNO ini dipimpin oleh pimpinan selemah PAKLAH, atau sekuat Tun Mahathir ia tetap membawa kerosakan di muka bumi Allah. Kerana mereka tidak bersifat dengan sifat khalifah yang difirmankan oleh Allah S.W.T didalam Al-Quran.

Sekarang masyarakat membuka mata kerana masalah ekonomi yang melanda dahsyat di tanah air tercinta bernama Malaysia. Tetapi suatu ketika dahulu, masyarat mengalami masalah kerosakkan akhlak yang begitu teruk, langsung tidak diendahkan oleh masyarakat untuk berubah sistem politik yang lebih berkat.

Penggerak gerakan Islam di Malaysia juga perlu mengubah kualiti ilmu, kefahaman, ideologi, perlakuan untuk kearah memerintah semua negara. Dari negara berkebajikan kepada semua daulah yang pernah di bina oleh Nabi S.A.W.

Semasa aku mengiringi Timbalan Ketua Pemuda PAS Ustz Nasaruddin at Tanttawi, kami diberi penerangan supaya berjiwa berfikiran pemerintah. Kalau dulu, kita sukar untuk memasuk ke masjid-masjid untuk memberi penerangan berkenaan Islam, tetapi sekarang kita perlu fikir bagaimana untuk kita memberi kuliah yang berkesan kearah pembentukkan jiwa khalifah. Kita perlu bercakap soal ummah dengan lebih teliti dan tepat, tidak lagi bersifat hentam sajalah. Suara kita mula mendapat perhatian daripada kalangan non-Muslim. Maka pendekatan kuliah dan cara memberi kefahaman umum mesti lebih dekat di hati TV9. 

Belajar perlu lebih bila kita mahu bergelar pemerintah, senstive dengan isu dalam dan luar negara merupakan keperluan kita, maka ilmu itu amat penting bagi ahli gerakan Islam. Tidak cukup dengan ilmu gerakan, dan ilmu-ilmu Islam. Tetapi kita jug perlu teliti dan perihatin dengan ilmu barat, tidak kira yang bersifat kebaikan atau bersifat gunting dalam lipatan. Mengenali musuh Islam juga sebahagian dari ilmu yang perlu kita kuasai untuk memerintah Malaysia dan dunia!

Silibus-silibus usrah juga perlu diupgrade, untuk melahirkan lebih lagi generasi pemimpin yang berkualiti ulama atau islamik profesional. Masih ramai orang Islam yang tidak dapat menerima contents demokrasi dalam memperjuangkan Islam, dan keterbukaan dalam menerima unsur luar dalam menjayakan Islam juga tak dapat diterima oleh mereka yang kononnya berkefahaman sunnah. Kita sering bermanis mulut mengatakan kebaikan dalam berijtihad, tetapi pada masa yang sama mereka menolok ijtihad para ulama. Mereka hebat bercerita kterbukaan dalam perkara khilaf, tetapi pada masa yang sama sibuk membincangkan perkara khilaf melebihi perkara qatie.

Aku begitu kesedihan, bila pulang ke Malaysia bertemu dengan golongan seperti ini. Mereka hebat berpakaian dengan bersongkok di kepala, tetapi kata  mereka begis menolak perjuangan gerakan Islam lain-lain. Bagaimana untuk kita memerintah sedangkan kita keterlaluan dalam perkara khilaf dan bersifat sempit dalam perkara ijtihad.

Seolah-olah, meraka yang tak mengaji lagi senang diajak berbicara dari orang yang tinggi ilmunya dalam sunnah! Aku sedar, aku bukan yang layak untuk berbicara dalam hal ini. Tetapi jauh dari sudut hati untuk menghentam orang yang berstatus ulama. Mengapa kita tidak sehebat yahudi, bersatu dalam membuka  palestin dalam masa 50 tahun! Nabi memberi penyelesian dalam soal ijtihad untuk tujuan kita bersatu bukan untuk berpecah. Pesanan Nabi, 2 pahala untuk mereka yang tepat ijtihadnya, 1 pahala untuk mereka yang salah ijtihadnya. Tetapi malangnya, mereka terlebih sunnah dari Nabi.

Semua ini, membuat aku kerinduan bila bersama-sama rakan-rakan student. Kami berbincang atas tujuan untuk bersatu bukan berpecah belah. Biarpun ada perbeza method dalam berdakwah dizaman belajar, kami sentiasa dan berusaha untuk berlapang dada. Biarkan rasa kecewa, rasa tercalar itu berlaku, sama-sama kami harunginya dengan muhasabah untuk ikhlas dalam berjuang.

Adik-ku,

Minta maaf, ingin-ku coret sedikit cerita dengan adik kecil-ku di zaman belajar. Kami berbincang, mengapa Islam mengajar untuk mengingati mati. Tidak mengingati hidup. Malah, ada dikalngan orang yang berfahaman sekular memberitahu sikap mengingati mati itu boleh menyebabkan manusia ini hilang dalam kemajuan hidup. Dan lemah untuk mencari kehidupan yang kaya dan mewah.

Semua ini salah sama sekali. Sahabat-sahabat yang dijanjikan syurga ramai dikalangan mereka adalah orang-orang kaya seperti ABU BAKAR, UTHMAN, ABD. RAHMAN dan lain. Mengapa mereka boleh kaya?! Kesimpulan yang kami buat, manusia ni secara naluri dan nafsunya ingin untuk terus hidup, bukan untuk mati. Kalau tidak diajak untuk mengingati hidup sekali pun, dia tahu untuk hidup. Maka, sahabat yang begitu taat kepada Allah, boleh kaya kerena untuk hidup itu sudah sebati dengan jiwa manusia.

Oleh itu, sebagai pejuang Islam jangan terlalu takut untuk berjuang dan berkorban kerana risaukan tidak boleh hidup. Kehidupan itu sentiasa bersama kita, kita pasti akan cari makan bila lapar, akan cari rumah untuk berteduh, tetapi sukar untuk bertemu dengan manusia yang mencari syurga untuk mati. Percaya lah kepada rezeki Allah, berjuanglah dengan sepenuh hati-mu. Berkorban jalan untuk terkorban dan bersedia untuk terkorban.. Berkorban bukan jalan untuk save! Jangan dirisaukan papa di dunia, tetapi risaulah untuk papa diakhirat.

Sungguh lemah diri ini, bila bercerita soal pengorbanan. Setiap catatan ini, adalah peringantan untuk diri-ku yang sering ditakutkan oleh fakir didunia. Salam perjaungan untuk semua. Bersedia untuk reform kepada memerintah dunia. Takbir!


1 Response to “Minda: Dulu & Sekarang”


  1. stpm31000000Wed, 21 May 2008 18:09:21 +000021pm08, J0000005 9, 2007 at 15:50 +00:00May

    tp Kelab UMNO Moscow masih lg relevan buat ummat muslimeen malaysia di Moscow.. hehehe…

    salam perjuangan dan ukhuwah.. =)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
May 2008
S S M T W T F
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: