26
May
08

Bawah ke Atas

Assalammualaikum..

Apa khabar sahabat-sahabat samuraisyahid, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Tidak ape yang menarik dalam kehidupan hari-hari dalam hidup-ku buat masa ini. Sekadar menanti majlis akad nikah kami pada rabu ini.

Mungkin semua sekitar kesibukkan majlis perkahwinan kami yang tidak beberapa hari lagi. Cuma, aku tidak kering dari segi maklumat berkenaan perkembangan mereka yang berpendapatan rendah kerana aku sibuk di warung ibu-ku menebar roti canai. Alhamdullilah, hidup di kampung terutamanya Perlis ini, jauh dari kesusahan kerana kehidupan disini tidak begitu tinggi taraf hidup. Tambahan pula harga getah yang semakin melambung tinggi. Hasil pendapatan petani lebih tinggi berbanding mereka yang keluar dari pusat pengajian tinggi.

Antara yang aku ingin berkongsi berita dengan sahabat-sahabat. Sebagai khalifah, atau pemimpin masyarakat jangan sesekali kita mengabaikan pendapat orang dibawah jagaan kita. Kadang-kadang mereka lebih tahu dari kita. Yang amat menyedihkan aku bila aku mendengar sendiri keluhan hati dari golongan pesawah yang kebanyakkanya adalah dari kalangan orang melayu.

Antara perbezaan kenaikan harga beras di Thailand dan Malaysia ialah, kenaikan harga beras berkadar seimbang dengan kenaikkan harga padi. Di Malaysia, harga padi tidak mendapat kawalan yang baik dari pihak kerajaan. Walaupun harga beras mahal tetapi harga padi masih ditahap yang sama. Maka, golongan petani merasa begitu tertekan, kerana sikap pemimpin yang tidak menghiraukan kesusahan petani yang susah payah dan menaggung banyak risiko sewaktu menghasilkan buah padi.

Bernas dan pihak pengusaha Cina bijak mengawal ekonomi negara sehingg menindas orang yang susah. Aku hanya dapat membuat kesimpulan, ini adalah sebahagian daripada sistem ekonomi kapitalis. Pihak kerajaan pula tidak pernah menghirau masalah masyarakat petani sedangkan tanpa mereka semua peringkat masyarakat tidak kira yang bertaraf pertengahan mahupun tinggi akan mengalami masalah besar.

Isu Pertanian merupakan isu penting dalam negara, tetapi pihak kerajaan terlalu melihat kepada perkembangan teknologi tanpa melihat kemajuan dalam bidang pertanian. Pak Lah yang suatu ketika dahulu sibuk dengan mahu memajukan pertanian dan biotek hanya sekdar hangat-hangat tahi ayam. Akhirnya kesan terhapad negara begitu dahsyat. Mengapa kita kejar sektor yang merupakan kepenting kedua bagi masyarakat berbanding Pertanian. Barat sibuk dengan masalah makanan negara, tetapi Malaysia yang cukup dengan sumber tanah yang subur tidak menghiraukan kelebihant tersebut. Tidak sukar untuk hidup tanpa kereta tetapi hidup kita menemui kesukaran yang amat dahsyat bila kita hilang sumber makanan.

Taniah diucapkan kepada Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan apabila memberhentikan segala projek pembangunan yang mengambil alih kawasan sumber makanan negara. Mungkin pemimpin negara sebelum ini menilai pembanggunan sebuah negara terletak pada bagunan yang tinggi seperti klcc. Bukankah sejarah telah menunjukkan, ketamadun sebuah negara juga terletak pada memrangka sistem sumber makanan negara dengan baik dan berkualiti.

Aku melihat, bila kita membuat keputusan perlulah melibatkan orang yang benar-benar ahlinya walaupun beliau adalah seorang yang tidak berkelayakan dari segi status sijil. Tetapi, masyarakat kita terlalu melihat kepada sijil tanpa menilai kepada intelektual yang benar berkualiti.

……………………………………………………………………………………………………………

Ustz Hasrizal Jamil

Aku tertarik dengan sebuah tulisan ustaz hasrizal beberapa hari ini berkenaan kepeningan para siswa yang sayangkan perjuangan Islam. Masing mencari jalan terbaik untuk kemenangan Islam. Pertanyaan yang dibuat oleh seorang pelajar tersebut adalah sebahagian dari persoalan yang sering timbul pada diri aku sewaktu aku dizaman belajar.

Aku seolah-olah pening dengan soal tarbiyyah yang sering disalah anggap oleh para pengasih Islam. Masing-masing melihat hasil tarbiyyah adalah berapa banyak yang kita tahu, bukan berapa banyak yang kita praktikkan. Ramai dikalangan mereka yang seronok kepada program kuliah dan ilmiah berbanding terlibat sendiri memberi dakwah dan bekerja untuk Islam dengan keringat dan pengorbanan.

Aku tidak menafikan berkenaan kepentingan ilmu. Mendahulukan ilmu dari amal. Tetapi aku amat bertegas dengan perlaksanan amal sering dengan ilmu. Keseronokkan dengan apa yang kita tahu berbanding puas dengan apa yang kita mahu melakukan dengan apa yang kita tahu adalah satu perkara yang merbahaya kepada ahli gerakan Islam. Bila aku terlibat dengan PAS, aku begitu kecewa dengan pengorbanan yang telah aku buat selama ini. Kerana aku tidak berkorban seperti mana sahabat-sahabat ini tahu. Membandingkan dengan tahu aku, sudah tentu akan aku mendabik dada dijalanan. Tetapi, ia amat hina buat diri aku bila mengetahui pengorbanan sahabat-sahabat dengan pengetahuan sedikit yang mereka ada. Tarbiyyah adalah praktikal bukannya teori.

Dalam kita berjuang Islam, ilmu mesti lah berasaskan teori dan praktikal. Ia sejajar dengan apa yang dilaksanakan oleh pusat-pusat pengajian yang sentiasa mengimbangi pelajaran teori dan praktikal. Jangan sibuk berbicara nak berjuang, dan berdakwah tetapi tidak tahu cara berdakwah dan berjuang untuk Islam.

Terima Kasih Saifulislam setelah memberikan aku lebih keyakinan dengan jalan perjuangan yang aku pilih. Sekian buat semua!


0 Responses to “Bawah ke Atas”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
May 2008
S S M T W T F
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: