14
Jun
08

antara Ireland & Malaysia

Assalammualaikum..

Bila tiba je aku ke dublin pada 12hb, kami berangkat dari dublin ke galway dengan bus. Apa yang aku lihat dalam perjalanan, bumi nya diliputi dengan kehijauan. Begitu banyak lembu dan biri-biri di ladang-ladang yang luas terbentang. Tenang rasa hati.

Semasa aku meninjau peluang pekerjaan di Ireland, sukar untuk mencari kerja-kerja yang sesuai dengan latar belakang akademik aku berstatus elektrikal & elektronik. Rupanya ireland ni lebih kepada berorentasikan perladangan dan penternakkan. Kereta yang berada di Ireland semuanya dari negara luar. Aku berfikir, kenapa Malaysia tidak seperti Ireland.

Ia bukan bermakna untuk kita meniru 100% style Ireland. Tetapi, aku melihat Malaysia terlalu memandang kerdil kepada dunia pertanian dan perladangan. Bila aku melihat Ireland, ia boleh dijadikan contoh kepada Malaysia bahawa sebuah negara yang mengutamakan pertanian dan perladangan mampu kehadapan dengan baik. Udara dan persekitaran di Ireland begitu baik dan segar. Aku begitu gembira di Ireland. Ia berlainan di Jepun yang lebih berorientasikan kepada teknologi dan engineering. Tetapi, Jepun tidak pernah mengenepikan kepentingan dalam dunia pertanian dan penternakkan. Mereka begitu serius memajukan dunia pertanian dan perternakkan. Jepun dengan Malaysia satu dunia yang berbeza, kerana Jepun ketiadaan sumber maka mereka perlu kepada pembangunan teknologi. Tetapi Malaysia lebih dekat kepada Ireland kerana Malaysia begitu banyak sumber tanah dan galian yang baik untuk pertaniaan dan penternakkan.

Aku bimbang dengan Malaysia yang terlalu melihat kepada dunia bangunan dan teknologi
tinggi tetapi tidak menghiraukan dunia pertanian yang merupakan sumber paling penting kepada kehidupan manusia. Malaysia perlu mengimbangi dunia teknologi/IT dan Pertanian/penternakkan. Biotech, perlu diberi perhatian lebih berbanding sektor lain kerana Malaysia punya sumber yang banyak dalam perkara tersebut.

Aku mengharapkan generasi kita tidak bersifat zalim kerana tidak adil terhadap setiap sektor yang ada. Generasi sekarang terlalu melihat sinis terhadap kepada sektor pertanian, sains sosial sedangkan setiap sektor memberi kepentingan yang berbeza.

Penulisan aku kali ni mungkin tersilap, kerana ia hanya analisis singkat yang tidak begitu teliti. Yang baik dari penulisan ini diharap dapat memberi kebaikkan kepada pembaca. Wallahualam.


1 Response to “antara Ireland & Malaysia”


  1. thpm30000000Tue, 17 Jun 2008 22:12:11 +000017pm08, J0000006 9, 2007 at 15:50 +00:00Jun

    cik abangku yang kini sudah bergelar suami
    ada gambar tak?
    la ni kat sana lagi ka?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
June 2008
S S M T W T F
« May   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: