18
Jun
08

Hidup Berbeza

Salam Syahid,

Selamat menempuh alam baru. Sedia melangkah kearah yang lebih baik disetiap permulaan hari. Sudah hampir 2 minggu aku di Ireland bersama isteri tercinta. Kami seolah-olah membina kehidupan dan kasih sayang di bumi hijau ini. Ireland sungguh menarik dari pandangan mata aku. Buminya segar tidakkotor, buminya tidak dicemari asap kilang. Sungguh indah, seperti hokaido tempat kalau di Jepun.

Disini aku berada di rumah merah dekat upper newcastle road. Kehidupan bersama para doktor-doktor dsini. Di Ireland, rata-rata pelajarnya adalah jurusan kedoktoran. Suasana disini amat berbeza dengan sahabat-sahabat di Jepun. Orang-orang Malaysia disini lebih ramah dan mesra dengan orang tempatan (Ireland). Mungkin masyarat Ireland itu sendiri, ramah orang nya berbanding orang-orang Jepun.

Aku pasti rindu kehidupan disini dan masyarakat disini bila pulang nnt. Semalam aku baru sahaja menghadiri graduation isteri tercinta. Wah.. sudah beristeri aku rupanya seperti tidak percaya. Meraikan orang kedua dalam hidup aku. Segala penentuan kehidupan perlu bersifat toleransi dan bekerjasama. Ia seolah-olah dalam mimpi!

Mesra benar orang Ireland, kami mudah bermesra. Isteri aku memperkenalkan aku kepada rakan-rakan irish tidak kira yang lelaki ataupun perempuan. Mereka bijak mendekati dan berkomunikasi, serta tidak malu untuk bertegur. Tidak seperti rakan-rakan Jepun aku, sukar benar untuk mendapat teguran dan senyum kalau tidak bermula dari pihak kita.

Malaysia!

Aku tetap rindu pada-mu, terasa ingin pulang meninjau dunia sebenar. Walaupun Ireland ini indah, Malaysia tetap dunia hidup-ku. Ia seperti satu alam yang berbeza walaupun disini lebih indah dan seronok. AKHIRAT! Tetap yang utama, walaupun kita seronok untuk kehidupan di dunia ini.

Keputusan interview aku masih belum mendapat sebarang jawapan yang baik. Katanya minggu depan aku akan tahu keputusan tersebut. Ya Allah! Permudahkanlah segala-galanya. Hanya Kau yang tahu, isi hati permintaan aku.

Sepanjang menjadi suami, hidup aku banyak berubah. Aku bersyukur dapat berkahwin, ditambahkan pula dengan isteri yang begitu hormat dan kasih pada aku. Biarpun dalam hidup berkeluarga ini ada salah faham, tetapi dengan sifat toleransi membolehkan kita menerima antara satu sama lain.

Sebenarnya berkahwin banyak mengubah kehidupan kita. Tetapi dengan syarat, kita bisa menerima perubahan yang baik dan bisa melakar perubahan yang sempurna. Jangan bersikap kita sahaja yang betul, sudah pasti tidak ada kebaikan dan perubahan dalam perkahwinan kita.

Apa yang aku rasa telah berkahwin, kehidupan aku lebih kemas dan lebih segak. Itu antara perubahan yang ketara dalam hidup aku. Isteri sentiasa memastikan aku sentiasa bergaya dan rapi. Gembira sekali, seolah-olah tidak pernah mendapat perhatian sebegini. Terima Kasih buat isteri tersayang! Sudah pasti dalam perkahwinan ini ada juga perubahan yang kurang sihat, antaranya perut aku sudah makin kedepan. huhu.

MENARIK dIRELAND

D Ireland, air diberi percuma kepada seluruh rakyat Ireland. Hebat2x! Aku masih tertanya reasonnya, tetapi masing-masing memberi spekulasi tanpa kepastian dari setiap jawapan. Antaranya, Ireland ni banyak turun hujan, so tidak salah untuk memberi air free kepada rakyat. Mengapa tidak Malaysia?! Minyak kan banyak, bermutu tinggi lagi.

Sememangnya Ireland ini kerap kali hujan. Sudah menjadi perkara biasa dalam hari-hari hidup disini bersiar-siar walaupun di hari hujan. Logik juga Ireland ini banyak air, sebab Ireland merupakan sebuah pulau. Nama pun Ireland.

Aku harap, kerajaan Malaysia juga bersikap perihatin dan berkebajikkan dalam menentukan nasib rakyat. Kalau si bapa benar-benar miskin, maka si anak bersedia untuk menerima kesusahan dan kesukaran bersama. Tetapi, kalau si bapanya kaya raya, tetapi sudah pasti anak akan memberontak mendapat tekanan dalam hidup. Susah sama susah, senang sama senang. Itulah petua dalam keharmonian rumah tangga. Itulah isi hati aku, meletakkan kerajaan sebagai status seorang bapa kepada rakyatnya. Cuba sedaya upaya untuk bersifat tolerate, dan menerima seadanya seorang bapa. Tetapi, jangan sesekali si bapa bersifat tidak bertanggungjawab, kerana akan lahir si anak yang kurang ajar!
Kepada adik batu terang dan rakan yang meminta untuk diuploadkan gambar perkahwinanan dan perjalanan aku di Ireland. InsyaAllah, dalam masa terdekat ini aku akan menguploadkan gambar perkahwinan kami dan graduation isteri aku dalam blog ini buat pembaca samuraisyahid. Mereka yang tidak sabar boleh melayari friendster aku yang berid saifizi_83@yahoo.com.

p/s; Sejak-sejak berkahwin ni, kerap jugak bergambar. Menunaikan permintaan Isteri, hidup berkeluarga perlu toleransi.

Salam Samurai buat semua. Wassalam.


1 Response to “Hidup Berbeza”


  1. 1 an_naas
    thpm30000000Wed, 18 Jun 2008 14:48:53 +000018pm08, J0000006 9, 2007 at 15:50 +00:00Jun

    bergambar utk hari2 terakhir di Ireland.
    pasni dah x amik gamba dahh… =)
    Thanks anyway & enjoy urself b4 blk berjuang di m’sia IA.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
June 2008
S S M T W T F
« May   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: