20
Jun
08

Mereka Sedar

Salam Syahid,

Graduation di National University of Ireland Galway amat berbeza sewaktu aku berada di Jepun. Graduation disini dihadir oleh keluarga yang begitu ramai. Hampir setiap pelajar akan bersama keluarga sewaktu graduation masing-masing. Wah! banyak benar duit diaorang ini.

Yang ibu bapanya tidak mampu untuk hadir disebabkan sakit tua, mereka akan bersama abang atau adik masing-masing. Malah ada yang hadir dengan 5-6 orang ahli keluarga. Hebat2x! kata hati-ku. Rupanya, student disini sanggup buat loan untuk meraikkan kejayaan mereka semasa belajar disini.

Mungkin keperitan yang mereka rasa selama 6 tahun bertungkus lumus belajar membuat mereka rasa ingin dihargai dan memberi penghormatan kepada ibu bapa yang tidak jemu mendengar kesusahan mereka semasa belajar.

Belajar dalam bidang perubatan memang agak sukar berbanding belajar engineering. Bidang perubatan memerlukan komitmen dalam membaca. Hari2x baca, itulah kata isteri-ku sewaktu kami bertunang dulu. Memang sukar dan berat, tp itulah hakikat belajar dalam dunia perubatan. Malah karier sebagai doktor memerlukan komitmen yang tinggi juga. Tidak hanya sekdar dimasa belajar sahaja sibuk, malah setelah bekerja juga turut sibuk. Semoga Allah memberi kebaikkan kepada para Dr. yang niat mereka ingin berbakti kepada masyarakat.

Alhamdullilah bersyukur kepada Allah, dengan izin-nya, hari ini aku dapat berita gembira dari tempat aku aku interview. Aku diterima untuk bekerja dan bakal melaporkan diri pada 8/7 ini. Aku sudah perlu menyiapkan diri untuk rumah, kenderaan, pakaian dan lain-lain. Aku berharap kerjaya aku kali ini memberi peluang kepada aku mendekati dunia dakwah dengan lebih mantap.

Terima kasih kepada pembaca blog yang sentiasa mendoakan aku, harapan aku untuk terus berjuang di Perlis telah di makbulkan Allah. Bersyukur sangat2x, alhamdullilah. Yang tinggal sekarang adalah tanggungjawab yang telah di amanahkan oleh Allah dan pimpinan.

InsyaAllah, jika ada peluang lagi aku akan menulis perkembangan dunia dakwah dan dunia kerjaya yang akan beri komitmen dengan seserius mungkin.

Sambungan cerita di Ireland.

Disini aku berkenalan dengan pelbagai latar belakang keluarga dari student-student sini. Ada keluarga yang sememangnya educated, ada juga yang orang-orang kebiasaan. Sudah pasti untuk berkomunikasi dengan pelbagai jenis latar belakang ini memerlukan knowledge yang berbeza. Tetapi, yang menariknya aku disini, kebanyakkan keluarga yang datang sememangnya bersikap tidak senang dengan kerajaan yang ada. Kalau mereka bekerja dengan kerajaan, banyak hal-hal dalam kerajaan tidak mereka setujui. Mungkin benar kata mereka, mungkin tidak. Wallahualam.

Isu-isu PakLah jual negara bermain di mulut ahli keluarga yang aku temui. Aku bersyukur kepada Allah, kerana mereka yang berpelajaran masih mampu membuka mata. Tetapi malangnya, tidak ramai yang berani untuk berhadapan dengan manusia jahanam itu.

Itu lah kepentingan melakukan demontrasi pada perkiraan aku. Ini kerana, demontrasi mampu menarik semangat, mehilangkan ketakutan, dan memberi keyakinan kepada mereka untuk berubah. Walaupun ada dikalangan kita merasakan demontrasi ini tidak banyak kesan, tetapi bagi aku dia banyk menyedarkan kepada masyarakat tidak kira yang terpelajar atau tidak sedikit kemampuan jiwa berhadapan dengan manusia-manusia zalim itu.

InsyaAllah, esok aku nak pegi cliff. Katanya pemandangannya menarik. Semoga mendapat banyak pelajar dan rasa tunduk aku kepada kekuasaan Allah. Pulang nnt mungkin sudah tidak ada rehat untuk aku, seribu kerja menanti. Pelbagai kesukaran dan stamina yang diperlukan selepas ini, semoga Allah membantu aku dalam melakukan kerja-kerja amal kepada bangsa, negara dan dunia islam. Sekian dahulu.

Salam samurai buat semua.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
June 2008
S S M T W T F
« May   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: