21
Jun
08

Sekitar di Fikiran

Salam Syahid,

Hari-hari dalah hidup aku sekarang adalah mengupdade blog dan membaca. Biasalah, kedatangan kami ke Ireland hanya ala-ala bimboryoukou (perlancongan miskin), nak jalan-jalan pun kesempitan jugak. Alhamdullilah, walaupun begitu banyak pelajaran dan pendidikan aku perolehi disini.

Semalam aku telah cancel untuk pergi ke cliff sebab aku teringin sangat menyertai jemaah solat jumaat disini. Kehadiran jemaah begitu ramai sekali. Yang tertarik dalam peristiwa Jumaat itu, selepas sahaja solat Jumaat, jemaah tabligh telah take over. Teringat aku kepada Fukui, yang mana masjid sering dihadiri oleh team tabligh.

Semalam aku terlupa nak beritahu perkara penting berkenaan graduation. Apa yang menariknya disini, graduation nya agak simple berbanding Malaysia. Tetapi Jepun lagi simple, takyah nak pakai robe. Yang peliknya Malaysia paling lebih-lebih bila berconvo. Adakah negara membangun sahaja beria-ria dalam berconvo, tanya hati kecil-ku. Whatever!

Khutubah Jumaat disini diolah dengan dua bahasa iaitu bahasa arab dan bahasa inggeris. Minggu ini, Imam menyentuh persoalan Al-Quran. Bagaimana Al-Quran itu mampu memberi manfaat kepada insan. Dalam pendidikan Quran menyentuh dua pihak- Pembaca dan Pendengar, Belajar dan Mengajar. Tetapi, ramai dikalangan orang Islam tidak mempraktikkan pendidikan Al-Quran dalam reality kehidupan mereka.

Islam mengajar, bila ada orang yang membaca Quran, kita sepatutnya mendengar dengan teliti dan menghayatinya. Sama juga, dalam realiti kehidupan, bila ada orang yang bercakap maka mesti ada orang yang mendengar dengan teliti dan memahaminya. Kita lebih suka mengkritik berbanding memahami dan mendengar apa pendapat dan pandangan orang lain. Itulah pendidikan Quran kita tidak sedar selama ini. Mungkin tidak kita, tetapi aku sahaja!

Dua tiga hari ini, dalam mengisi kelapangan waktu hidup-ku. Aku membaca sebuah buku tulisan ulama kesayangan-ku Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi bertajuk “Ciri-ciri Masyarakat Islam Yang Unggul”. Sudah lama aku meniggalkan pembacaan tulisan beliau kerana gara-gara mengubah angin membaca buku leadership dan pandangan barat berkenaan dunia Islam.

Wah, bila baca rasa rindu sangat dengan penulisan ilmuan Islam. Bila aku baca buku tersebut, penulisan pasti akan berkisar soal aqidah terlebih dahulu. Sebuah masyarakat Islam adalah masyarakat yang beraqidah dan berakhlak. Buku ini amat penting bagi pejuang Islam yang cita-citanya adalah untuk membentuk sebuah masyarakat ISlam setelah dia telah berusaha untuk membentuk individu muslim dalam dirinya. Jangan sekali-kali perjuangan kita untuk mengIslamkan masyarakat itu menjadi konon-konon!

Prof. Yusof menyarankan masyarakat Islam dibentuk aqidahnya berdasarkan tiga unsur penting;

1. Tidak mencari Tuhan selain dari Allah (ali-Imran: 64)

2. Tidak mengambil pimpinan selain dari Allah (Al-Maidah: 55-56, al-Baqarah: 165)

3. Tidak mencari hakim selain dari Allah (At[-Taubah: 31)

Dan Prof. amat menekankan bahawa sebuah masyarakat Islam adalah masyarakat yang menentang gejala murtad. Sudah pasti dalam konteks ini, setiap pemimpin politik perlu mengambil berat bagi mencapai unsur tersebut dalam sebuah masyarakat. Dan pihak kerajaan perlu mencegah dan mengubati gejala murtad habis-habisan kerana ia adalah amanah dari Allah. Itu adalah tugas pihak pemimpin. Bagaimana pula kita?! Jangan sahaja melihat dan menunding jari. Kita juga punya peranan tersendiri.

Kerangka ini amat menarik dalam mengubah sebuah masyarakat yang punya maruah dan pendirian diri. Sebagai contoh, aku tertarik dengan point no 2 yang mana Prof. mengajak kita untuk mentaati pemimpin yang patuh dan kasihnya kepada Allah. Masyarakat yang memilih kepimpinan Allah S.W.T tidak pernah takut untuk mencegah kemungkaran dikalangan orang-orang berkuasa. Kepatuhannya hanya kepada kebenaran dan bukan kepada kebatilan. Apa yang berlaku hari ini, telah lahir sebuah masyarakat yang tunduk kepada selain Allah, maka bila mereka ditindas dan dizalimi, mereka hanya sekadar belajar untuk ubah cara hidup. Masyarakat menjadi tidak bermaruah kerana rela untuk disepak dan dipijak. Itulah kelebihan bila sebuah masyarakat tersebut hanya meletakkan kepimpinan hanya kepada Allah.

Saya amat menggalakkan sahabat-sahabat yang ingin memperjuangkan Islam dikalangan masyarakat, maka jawapannya ada dalam buku ini. Janganlah kita ini tidak tahu ala tuju gerak dakwah kita. Dakwah tanpa ilmu hanya mampu berlegar di kepala dan manis dibibir.

Sekadar dulu pengkonsian kali ini. Untuk gambar-gambar tu, akan saya usahakan. Malas sebenarnya nak upload gambar.

Salam Samurai!


2 Responses to “Sekitar di Fikiran”


  1. ndpm30000000Sun, 22 Jun 2008 14:00:52 +000022pm08, J0000006 9, 2007 at 15:50 +00:00Jun

    Gejala murtad sudah boleh diisytihar perang. Namun, sayang sekali di tanah kelahiranku, golongan murtad bisa bebas ke mana-mana, sehinggakan ke luar negara menyebar fitnah. (klik nama saya untuk video).

    Peperangan terhadap murtad zaman sekarang, harus selembut tangan yang memukul ular. Biar ular meliuk,asal kayu tak bengkok, tanah tak lekuk.

    p/s: Di Ireland, konvokesyen siapa ya? Pasti seronok di sana,kan?

  2. 2 samuraisyahid
    rdam30000000Mon, 23 Jun 2008 03:38:22 +000023am08, J0000006 9, 2007 at 15:50 +00:00Jun

    Konvokesyen Isteri SamuraiSyahid.🙂. InsyaAllah, dalam penulisan akan datang akan ditulis hikmah kepada hukuman berat terhadap Gejala Riddah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
June 2008
S S M T W T F
« May   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: