23
Jun
08

Kata Hati

Salam Syahid,

” Ya Allah, Jadikanlah kami golongan yang sedikit!” kata hati, bila terkenangkan doa salah seorang sahabat Nabi. Mengapa orang yang sedikit?! Kehidupan ini penuh dengan rasa ingin bangga, hebat, senang dan puas dengan nilaian nafsu bukan dengan nilaian iman. Tetapi tidak ramai yang ingin rasa bersyukur kepada Allah S.W.T

Biarlah kita menjadi golongan sedikit tersebut, sudah pasti hati kita akan rasa bahagia. Bersyukur dengan nikmat Allah dan rasa cukup dengan kehidupan dunia. Tetapi rasa kurang dan dhaif dalam kehidupan akhirat. InsyaAllah dengan rasa petua ini kita akan menjadi manusia yang kaya jiwa dan tenteram hati.

Bila aku berada di luar negara, antara perkara yang banyak menguji adalah ujian dengan kehidupan dunia yang bersifat materialistik. Keinginan untuk berkorban amat kurang, kerana sudah biasa hidup senang dengan pakaian cantik dan mahal, kepuasan dalam menikmati hidangan makanan sehingga lupa bahawa kita dari golongan yang tidak seberapa. Sedangkan dalam banyak perkara kita perlu korbankan.

Dalam reality hidup banyak duit ini, ia boleh mengajar kita untuk bersifat bakhil. Kita sukar untuk menderma kerana kita merasakan dalam kocek kita itu adalah milik kita, dan banyak perkara yang perlu kita puaskan dalam kehidupan seharian kita. Maka lahirlah generasi yang kedut untuk berbelanja untuk kepentingan orang lain, takut untuk berkorban dalam perkara berfaedah seperti mencari ilmu dan sukar untuk meluangkan masa untuk kepentingan awam. Malah kita terus sibuk memenuhkan kocek sendiri walaupun dalam kehidupan kita sudah cukup senang.

Ini tidak bermakna, kita menjadi orang yang pemalas setelah punya wang dan senang dalam kehidupan. Tetapi, biarlah kita tahu periority dalam kehidupan. Waktu bekerja, maka bekerja lah. Waktu bersama keluarga, kenalah luangkan masa untuk keluarga. Jika perlu berkorban untuk agama, maka berkorbanlah dengan kemampuan-mu bukan dengan nilaian wang-mu. Ramai menilai pengorbanan dengan berapa banyak dia sumbangkan, tetapi tidak dengan semaksima mana telah aku berkorban dengan KEMAMPUAN-ku.

Amat berbeza antara mereka yang punya RM 2.00 menyumbang sebanyak RM 1.50, dengan mereka yang mempunyai RM 2000 menyumbang sebanyak RM 200. Hari ini, aku ingin mengajak diri-ku untuk menyumbang berdasarkan KEMAMPUAN-ku, bukan dengan berapa banyak yang aku sumbangkan.

Kadang-kadang rasa berdosa untuk aku yang berbelanja beratus untuk pakaian tetapi lebih ramai yang memerlukan untuk ratusan ringgit itu. Walaupun ramai berbicara soal perbezaan kualiti antara barang murah dan mahal. Tetapi, benarkan itu sebabnya?!

Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah dengan kehidupan dunia yang ada. Fikirkan lah untuk orang lain jua. Bekerja di Ireland memang banyak duit, tetapi banyak perkara yang perlu dipertimbangkan demi kepentinga semua pihak- aku, kau, kamu dan mereka. Nafsu mengajak untuk kepentingan material, imam mengajak untuk kepentingan ummah. Yang terbaik untuk kehidupan ini ialah kehidupan AKHIRAT-mu.

Bila kita perolehi satu-satu kebaikan dan kelebihan, jangan lupa untuk lihat mereka yang lebih rendah dari kita, yang lebih kurang dari kita, yang lebih dhaif dari kita. Semoga kita lebih bersyukur dan menyukuri nikmat Allah dengan sedalam-dalamnya.

Aku budak kampung, yang tiba-tiba dihantar ke Jepun untuk belajar. Ia seolah-olah mimpi yang berlalu pergi. Dengan rahmat dan kasih sayang tuhan, aku menumpang kelebihan rezeki isteri untuk terbang ke bumi Ireland. Siapakah aku ini?! Punya kekayaan, anak hartawan?! Tidak aku adalah hamba kepada Allah. “Ya Allah, hanya pada-Mu aku bermohon kebaikan dan nikmat. Tiada yang memberi selain Engkau. Maka jadikanlah aku orang bersyukur. Dan berkorban demi cinta-Nya. Berkorban sebagai seorang hamba yang bersyukur.”

Itulah renungan aku dikala sunyi, ” Abang fikir apa tu? ” Tanya isteri-ku. ” Tak dak apa, saja je” Balas-ku mudah. Semoga kami dapat melayari kehidupan ini dengan penuh kebahagian dengan mentaati perintah-Nya.

Aku banyak berfikir begitu, kerana dua tiga orang kawan-kawan baik-ku pulang dari Jepun dengan tidak menamatkan pengajian. Sedangkan mereka lebih hebat, dan lebih bijak. Semuanya rezeki. Dan setiap ketentuan itu ada hikmah. Bagi aku, mereka adalah orang yang hebat kerana mereka diuji sebegitu rupa. Kerana setiap ujian adalah dengan kemampuan mereka. Aku percaya mereka telah berusaha, tetapi kejayaan itu tidak memihak kepada mereka. InsyaAllah, ada jalan lain yang lebih baik akan Allah anugerahkan kepada mereka.

Sekian dulu coretan hati kecil ini.

Salam Samurai!


0 Responses to “Kata Hati”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
June 2008
S S M T W T F
« May   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: