25
Jun
08

Gaji Minima

Salam Syahid,

Marilah kita berniat untuk mati syahid dalam perjuangan menegakkan agama Allah. Berdoalah; ” Ya Allah, sekiranya aku ditakdirkan mati, matikanlah aku dikalangan para syuhada.” Berjuang tidak mengenal erti selamat, kerana tiada perjuangan yang dijalan selamat. Mengejar dunia murah pun tiada jalan selamat, bagaimana pula akhirat yang lebih berharga. Sudah tentu, orang bisnes lebih tahu. Tidak mungkin mahukan kekayaan kita harapkan jalan selamat. Masing-masing pernah menempuh risiko, dan ada yang tumbang di perjalanan kita.

Maka, apa lagi yang kita tunggukan? Ayuh berjuang dengan jiwa-mu, dengan menempuh ranjau di perjuangan mengharapkan yang abadi. Sedar tidak sedar, menyebut soal istiqamah dan pengorbanan memang mudah, tetapi tidak ramai yang mampu melaksanakan. Manakan tidak, solat tahjud yang mengorbankan waktu tidur pun sudah dirasakan kerugian. Menyalurkan sedikit kewangan dunia untuk kepentingan akhirat pun berfikir jauh hingga ke kota London.

Di Ireland, gaji minima sudah menjadi perkara biasa. Di Malaysia, ia baru diwar-warkan oleh president PAS baru-baru ini di parlimen. Orang-orang Ireland yang tidak bekerja mampu melancong, tetapi rakyat Malaysia yang bekerja, makan pun belum tentu cukup.

Di Ireland, cukai kepada golongan yang berkeluarga di kurangkan, kerana memahami masalah orang berkeluarga. Kelebihan buat orang yang berkahwin, di Malaysia aku tidak pasti. Cukup banyak kebajikan pimpinan kafir untuk rakyatnya, malah orang Islam sendiri mendapat kemudahannya. Tetapi, di Malaysia yang beramal dengan Islam, yang didedahkan dengan hadith dan Quran masih ketinggalan jauh dalam hal berbuat kebajikan.

Baru-baru ini, isteri tersayang telah bawa aku ke surau di University beliau. Wah! Hebat sekali. Kalau di Jepun antara perkembangan terbaru, airport-airport antarabangsa kebanyakkan telah mempunyai surau. Dunia kafir seolah-olah perihatin dengan masyarakat disekelilingnya tanpa mengiri bangsa dan agama. Itu jugalah yang diajar oleh agama kita. Tetapi malangnya, ramai warga-warga indonesia yang diabaikan oleh kerajaan kita sehingga mereka dizalimi tanpa diperlihat dengan kemanusiaan. Aku begitu sedih sekali.

Surau di univesity ni cukup hebat, disediakan tempat untuk berwudhuk sekali. Wah-wah, disediakan pula untuk orang perempuan dan orang lelaki. Eropah telah pergi jauh dalam hal dengan masyarakat Islam. Mereka begitu sensitive. Opss, kena berhenti dulu, wife ajak solat.

Ketemu lagi dengan berita lain.

Wassalam. Salam Samurai!


0 Responses to “Gaji Minima”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
June 2008
S S M T W T F
« May   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: