25
Jun
08

Kertas atau sampah

Salam Syahid,

Sehari dua ini aku didatangi oleh beberapa orang bertanyakan soal tarbiyyah kepada ahli jemaah. Sukar sebenarnya untuk merangkan sebuah tarbiyyah yang berkesan. Kita perlu kepada komitmen daripada semua pihak terutamanya daripada pihak pimpinan jemaah. Tarbiyyah perlu melihat kepada reality masyarakat sekeliling, serta perlu kepada usaha bersungguh dari pihak yang terlibat dengan tarbiyyah.

Bercakap soal tarbiyyah memang mudah, tetapi melaksanakan tarbiyyah memang sukar. Tarbiyyah bermula dari diri sendiri baru bergerak kepada pentarbiyyahan pihak lain. Tanpa pembinaan diri yang kemas, dan tidak konsisten dengan membina rohani diri pejuang dalam diri menyebabkan usaha kertas menjadi sampah.

Tarbiyyah amat menitik beratkan tolenrasi dari pihak kedua, dunia dakwah perlu kepada hikmah. Hikmah berbentuk tegas atau lembut. Semuanya menjadi pertimbangan penggerak dakwah. Kita boleh beratkan tarbiyyah pada masa yang sama kita perlu kepada kasih sayang kepada yang sering lalai dan lupa. Ia menjadi delima kepada pejuang-pejuang Islam. Bertegas dalam tarbiyyah ada pro dan contra dalam jemaah.

Masih ingat aku kepada kata-kata Tuan Guru Fadzil Noor, bila salah seorang ahli jemaah memohon untuk mewajibkan ahli PAS membaca Mathurat. Dengan hikmah dan memahami suasan masyarakat. Tuan Guru hanya mengajak ahli PAS sentiasa turun solat berjemaah di Masjid. Ia sudah menjadi perkara besar kepada perubahan ahli PAS jika ia dapat dilaksanakan.

Dalam usaha dakwah dan tarbiyyah ia perlu kepada kesabaran. Kena bijak mengatur langkah untuk melahirkan kader yang hebat. Biarlah tarbiyyah memdidiknya sedar dalam berjuang bukan dengan paksaan dan ikutan. BIarlah dia sedar keperluan kepada mencari kebaikan untuk dirinya sendiri, murabi perlu berperanan memberi guideline dan motivasi.

Generasi sudah berubah, generasi sekarang adalah generasi suap! Semuanya kena suap, tidak suka mencari dan mengembara mencari keredhaan tuhan. Membanggunkan diri dengan semangat dan kesedaran. Itulah perbezaan generasi dulu dan sekarang. Sudah dihidangkan didalam pinggan tetapi masih ramai yang mahu tunggu disuap. Malang benar generasi seperti ini.

Menyedarkan masyarakat merupakan tanggungjawab bersama. Yang menggerakkan dakwah dan tarbiyyah jangan hanya tahu menunggu dan melangut menanti rezeki datang, tetapi cari dan kembaralah. Ulama’ besar Islam, mereka tidak pernah jemu mengembara mencari ilmu dengan kesedaran. Marilah penggerak jemaah, kita bangkit dengan memberi kesedaran bukan dengan paksaan.

Sekarang aku tgh merangka kembali pariority dalam tarbiyyah, tetapi aku masih kerisauan dengan komitmen dari yang menggerakkan. Jika penggerak tidak pantas untuk berubah, bagaimana perubahan akan berlaku. Ia hanya sekadar sekeping sampah buat aku. Ya Allah, ikhlaskanlah diri ini dalam berjuang, bersabar lah dalam berbakti, Semoga ia geran untuk kesyurga-Mu.

Salam Samurai!

Sori, tengah bosan menaip kertas kerja, tumpang updated blog sementar🙂


0 Responses to “Kertas atau sampah”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
June 2008
S S M T W T F
« May   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: