26
Jun
08

3 minggu

Salam Syahid,

Al-Quran mempunyai 30 juzuk, 5 perkara yang berulang kali diceritakan oleh Allah didalam kalamNya ialah;

1. Syurga

2. Neraka

3. Hukum Hakam

4. Cerita/ sejarah

5. Doa

Diolah dan dihuraikan dengan penuh teliti supaya manusia mendapatkan iktibar darinya. Syurga sebagai galakkan untuk kita beribadat kepada Allah dengan penuh ikhlas dan kesungguhan. Neraka sebagai amaran/ warning untuk menakutkan serta menjauhkan kita berlaku perkara zalim terhadap diri, masyarakat dan alam.

Allah rangkakan hukum sebagai landasan dan panduan kepada manusia untuk menerusi perjalanan hidup yang penuh sukar ini. Supaya manusia tidak sesat di alam yang fana ini. Manusia taat kepada hukum Allah akan mendapat kebahagian yang hakiki disisi Allah S.W.T. Setiap hukum yang diperlembangaankan kepada umat ini adalah bertujuan memberi kebaikkan kepada manusia.

Doa-doa didalam al-quran adalah sumber kekuatan kepada manusia untuk meletakkan pergantungan hakiki. Sesungguhnya, manusia itu lemah dan memerlukan tempat berharap dan memohon pertolongan. Ia sebagai sumber tenaga rohani yang kekuatan-nya lebih hebat dari kekuatan fikizal manusia.

Allah tidak pernah meninggalkan manusia hidup tanpa contoh dan tauladan, diturunkan kita sebagai rujukan/study kepada proses perjalanan kehidupan seorang manusia. Mudah kalau dituruti dan dikaji, sukar dan gelaplah kehidupan ini jika dibiarkan tanpa model. Aku ingin menjadi power ranggers kerana power rangger seorang yang kuat dan menyelamatkan manusia. Mengapa tidak menjadi diri sendiri sahaja? Setiap manusia memerlukan model dalam kehidupan. Maka, di ceritakan pelbagai kisah untuk kita lalui setiap ranjau hidup yang sentiasa berulang. Cuma storynya mungkin lain sedikit, tetapi fundamentalnya sama. Ibrah kepada penceritaan al-Quran adalah perjalanan hidupan kita.

3 Minggu dIreland,

Keputusan aku ke Ireland selama tiga minggu, langsung membelakangkan tugas aku sebagai aktivis dakwah. Baru aku sedar, sewaktu aku membuat keputusan untuk berada selamat 3 minggu di Ireland, langsung tidak mempertimbangkan aku adalah pejuang di bumi Malaysia.

Teguran dan tarbiyyah dari seorang murabbi yang cukup berkesan dalam hidup aku hari ini. Selepas penat menebar roti canai, memanaskan diri untuk 2 periuk kari sebagai hidangan kenduri meraikan perkahwinan kami dan kejayaan zaujah-ku. Aku diberitahu oleh murabbi, adik-adik di sekolah MADI rindukan enta! Ana juga rindukan mereka ustaz. Minta maaf, ana telah membelakangi tugas dakwah. Mengapa sampai 3 minggu, apa kebaikkan selama 3 minggu di Ireland? Tanya diri sendiri.

Ustaz, ana minta maaf kerana begitu excited semasa buat keputusan disebabkan terlalu seronok untuk ke Ireland meraikan kejayaan isteri. ” Enta bertaubatlah ye!” Tegas ustaz dalam ruangan window chat kami di YM. Rupanya aku telah melakukan dosa, walaupun aku sedar aku telah abaikan tanggungjawab kerana merasakan ia komitmen kecil dalam juzuk-juzuk kehidupan ku. Hati-ku terus tersentak. Kembali kepada Tuhan memohon keampunan. Kata-kata-nya mudah, kesannya cukup mendalam. Aku sedar dari lena tanpa perlu di paksa. Inilah ungkapan-ungkapan yang perlu dikeluarkan oleh pendidikan gerakan Islam. Kata-kata yang membawa ahli kita untuk kembali kepada Allah dalam apa-apa pekerjaan.

Rupa-rupanya, itulah tarbiyyah. Ia sentiasa membuatkan kita berwaspada dengan kehidupan seharian akan pemerhatian Allah terhadap kita. Menggenggam setiap tanggungjawab adalah satu amanah yang besar. Biarpun tugas aku boleh digantikan oleh sesiapa, tetapi ia tetap tugas-ku dan aku tidak ada sebarang halangan untuk laksanakannya. Mengapa tidak? 3 minggu di Ireland, benar-benarkah ia berbaloi? Bukankah sudah cukup untuk 2 minggu atau seminggu? Terima kasih ustaz, teguran-mu benar-benar telah mendidik-ku pada hari ini. InsyaAllah, aku sesekali tidak akan mengulanginya lagi. Sekecil mana amanah yang diberikan oleh pimpinan akan-ku pikul semampu mungkin demi Allah dan Rasul-Nya. Demi Pejuangan Islam Tercinta!

Terima Kasih kerana menghadiri majlis kami yang ringkas dan tidak seberapa. Ketemu kalian dilain waktu. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat wife-ku yang membaca blog ini. Jutaan terima kasih yang begitu mengambil berat dan memberi perhatian hal ehwal kami disini.

Sekian dahulu Wallahualam.

Promosi Blog Murabbi aku d Perlis http://www.jihadtegakislam.blogspot.com/

Salam Samurai!


0 Responses to “3 minggu”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
June 2008
S S M T W T F
« May   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: