30
Jun
08

Kembara Dengan Nilai

Salam Syahid,

Alhamdullilah, bersyukur kepada Allah S.W.T dengan izin-Nya aku hanya tinggal seminggu untuk meninggalkan bumi ireland. Dalam masa seminggu ini aku perlu memanfaatkan segala kehidupan aku dengan perkara-perkara yang memberi faedah terbaik dalam siri-siri hidup aku. Galway, sungguh indah suasana disini. Dikelilingan dengan pohonan hijau yang begitu menyegarkan jiwa dan perasaan.

Hari ini aku telah pegi ke Salthill, begitu cantik permandangan lautnya. Indah tak terkira, membuat aku begitu dekat dengan Allah S.W.T. Seolah-olah, hari ini baru aku sedar akan nilai fikir dan zikir. Berfikir bagaimana si ombak mampu menyimbahi pantai tanpa rasa letih dan jemu. Apa ia semula jadi? Pasang surut airnya terkawal mengikut peredaran waktu. Itulah kekuasaan Allah, yang tidak pernah lalai dan cuai dalam segala peraturanNya. Allah Maha Kuasa, berkuasa keatas segala sesuatu tanpa sebarang bantuan dan pertolongan. Hebatnya rentak ombak memukul pantai, memberi makna kepada mata hati yang menilai.

Begitu ramai Irish datang memenuhi tepian pantai, pantainya indah dan bersih sekali. Sudah pasti aku merinduinya kerana Malaysia tidak mungkin akan ada pantai yang sebegitu hebat dan terjaga keadaannya. Masih ingat lagi aku di Jepun, bagaimana orang-orang dikawasan tersebut bersungguh-sungguh menjaga keindahan pantai. Mereka perihatin dengan alam, mereka rasa bertanggungjawab terhadap keindahan alam, walaupun mereka sedar, mereka tidak diberi sebarang ganjaran. Orang Islam, ada pertimbangan dosa pahala, akan diperlihatkan-Nya hatta sebesar zarah. Tetapi, berlaku sebaliknya dikalangan umat Islam.

Barat mula sedar akan kepentingan penjagaan alam sekitar dengan baik. Mereka tahu akan hak-hak alam sekitar. Alam punya haknya tersediri, dan manusia akan dipertanggungjawabkan keatas hak-hak mereka. Mereka dicemari, maka manusialah punca dan penyebabnya. Disini, kedai-kedai runcit tidak menyediakan plastik bag, masing membawa plastik bag sendiri. Kesan dari undang-undang ini memberi kebaikan besar kepada sebuah negara, pengeluaran sampah dapat dikawal dengan baik.

Benarlah kata Muhammad Qutub, Islam berada dibarat. Umat islam tinggalkan banyak perkara dalam Islam. Kita telah meninggalkan banyak budaya dan adab Islam. Islam mementingkan kebersihan, dalam peradaban Islam, setiap orang-orang Islam perlu mandi dan membersihkan diri. Kita dilarang sesuka hati untuk merosakkan pohon-pohon hijau hatta dalam peperangan. Setiap tindakan mesti perlu kepada sebab perlakuan tersebut kerana ia bakal disoal di akhirat. Binatang tidak boleh diseksa sesuka hati, tidak boleh bakar hidup, sebagai seorang manusia ia perlu punya sifat kemanusian. Budaya Islam indah dan menawan hati kecil-ku.

Dilarang berzina sesuka hati, dihalalkan perkahwinan yang sihat. Ia memelihara warisan keturunan manusia yang punya bapa dan ibu serta keluarga. Itulah budaya dan adab Islam, kita diajar tolong menolong, menjaga kebajikan jiran, membantu yang susah, menjaga kepentingan anak yatim. Semuanya di perjelaskan dalam kitabullah, dan hadith nabi S.A.W. Mengapa kita perlu kepada barat?! Barat banyak membinatangkan manusia, serta menghilang izzah seorang khalifah di muka bumi.

Kita adalah khalifah, dan perlu berbangga dengan kekhalifahan yang dimandatkan kepada kita. Kalau seorang raja berbangga dengan keturunan Dirajanya, mengapa kita tidak berbangga dengan anugerah Allah akan darjat kekhalifahan itu sendiri. Khalifah di amanahkan untuk beribadah kepada Allah S.W.T, dan tiada perhambaan selain perhambaan kepada Allah S.W.T. Khalifah bertanggungjawab menyempurnakan agama, dengan mengabdikan seluruh manusia kepada Allah. Khalifah juga di pertanggungjawabkan supaya mentadbir muka bumi dengan syariat Allah yang berdasarkan sunnahtullah.

Tetapi malangnya, kekhalifahan tersebut telah diabaikan oleh umat ini. Bumi dibiarkan terabai, ditadbir mengikut hawa nafsu serta bersifat materialistik. Gunung ganang, bukit bukau, hutan hijau dimusnahkan tanpa pertimbangan iman dan ilmu. Umat Islam hari ini lebih nafsi-nafsi yang terlalu mementingkan diri sendiri, serta pendek pemikiran. Mereka sanggup mendapatkan habuan kecil, sedangkan ada habuan yang lebih besar di akhirat nanti jika kita beriman dan bertakwa. Kerana bangsa kita yang bodoh dan dangkal, umat kita, bangsa kita dilanda krisis ekonomi dan budaya yang begitu dahsyat. Jenayah mula bertebaran di seluruh alam Islam dan Melayu. Kita lebih melihat kepada budaya barat yang hina berbanding budaya Islam yang tinggi dan mulia, yang mana dengan budaya ini sahaja umat manusia bisa berjaya bukan hanya di dunia tetapi di akhirat yang abadi.

Di Ireland, kedai-kedai di tutup awal hari bagi mengelakkan masalah jenaayah dan gejala tidak sihat dikalangan masyarakat mereka. Hanya pub dan club-club malam dibuka supaya manusia-manusia bodoh ini dapat memuaskan nafsu mereka di tempat-tempat khusus ini. Sudah pasti, adab dan budaya ini bukan cara kita, tetapi kita boleh mengambil apa yang baik dari budaya mereka dengan menutup kedai-kedai diawal hari, dan di buka di pagi hari. Sesungguhnya sumber rezeki itu diberikan kepada mereka yang berpagi-pagi.

Aku resah melihat anak bangsa, apa bisa bakal berlaku perubahan untuk bangsa-ku dengan Islam. Ayuhlah, melihat kembali kepada petunjuk tuhan-mu dari Quran dan Hadith. Tadbirlah muka bumi ini dengan kalam-Nya. Hanya dengan kembali kepada-Nya kita mampu menjadi bangsa yang mulia dan agung. Kita Mulia dengan Islam, dan kita akan hina tanpa Islam.

Salam Samurai buat semua!


0 Responses to “Kembara Dengan Nilai”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
June 2008
S S M T W T F
« May   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Archives

  • 57,723 guests

Categories


%d bloggers like this: