01
Jul
08

Anwar Ibrahim

Salam Syahid,

Berita tuduhan liwat keatas mantan perdana menteri Anwar Ibrahim begitu menghampakan aku terhadap sikap pimpinan Malaysia sekarang. Anwar Ibrahim yang telah ditempatkan di kedutaan Turki, hari ni telah kembali ke rumah beliau di Segamat. Malam ini pula, akan diadakan perhimpunan di Pertaling Jaya bagi menjernihkan isu fitnah terhadap Anwar Ibrahim.

Malaysia dilanda krisis, setiap insan yang ingin memperjuangkan kebaikan dak keadilan pastikan mendapat petaka yang hebat. Sebelum ini, berita Raja Petra yang ditahan atas bukti yang beliau keluarkan terhadap pembunuhan Altantuya. Malaysia-ku pelik, mereka yang menuduh ditahan manakala dituduh tidak pula diambil sebarang keadilan.

Jenayah di Malaysia yang begitu dahsyat sebenarnya bermula dikalangan pemimpin negara sendiri. Tidak peliklah kalau kes-kes rompakan di Malaysia begitu dahsyat, kerana rompak harta rakyat oleh pimpinan negara lebih besar dari itu. Apa yang perlu dihairankan kalau begitu?!

Melalui agakan aku berdasarkan kembar-ku, Malaysia mengalami masalah jenayah disebabkan kebajikan oleh pemimpin kepada rakyat telah diabaikan. Perbezaan taraf dikalangan orang kaya dan orang miskin begitu ketara. Adaptasi sistem kapitalis telah menyebabkan rakyat kaya terus kaya dan rakyat miskin terus tertindas tanpa pembelaan. Maka, golongan yang sering diabaikan ini telah melakukan perlakuan negetif tanpa pertimbangan akal. Adakah salah mereka?!

Taraf hidup di Jepun dan Ireland amat berbeza. Biarpun, harga barang negara mahal, rakyatnya mampu hidup dengan baik. Kalau di eropah orang tak bekerja juga diberikan alaun. Walaupun, ada perkara yang aku tidak setuju ia tetap memberi kebaikkan kepada rakyat dan akhir sekali dapat mengurangkan kadar jenayah. Lambakan warga asing di Malaysia memang merbahaya dan mampu membawa kepada perkembangan jenayah tinggi. Itulah antara hasil bualan aku dengan seorang polis di Jepun. Mereka menjangkakan, kes-kes jenayah di Jepun adalah diakibatkan oleh kadar pendatang asing.

Pihak kerajaan perlu bertindak tegas dalam soal undang-undang. Menilai kembali kualiti undang-undang yang kita laksanakan. Adakah undang-undang yang memberi didikan dan pelajaran, atau undang-undang yang bertujuan menguntungkan sesetengah pihak?! Kadang-kadang, undang-undang di Malaysia tidak mampu mengawal sikap dan tatacar hidup orang Malaysia. Aku pelik, mengapa aku boleh bertali pinggang kaledar di Ireland dan Jepun, tetapi tidak di Malaysia. Adakah pihak yang menjaga undang-undang sendiri tidak terdidik untuk melakukannya?! Yang penting, undang-undang tetap undang-undang, yang perlu diberi perubahan adalah manusia, tidak kira yang menjaga undang-undang, atau pengamal undang-undang.

Semoga Anwar Ibrahim selamat dari fitnah syaitan bertopengkan manusia.

Salam Samurai!


0 Responses to “Anwar Ibrahim”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


KEMBARA HIDUP

Modeling the Conscience, Pathfinding the Vision, Aligning the Discipline, Empowering the Passion!
"Keep your mind open to change all the time. Welcome it. It is only by examining and reexamining your opinions and ideas that you can progess. All of you were given two great gifts- your mind and your time. It is up to you to do what you please with both. You and only you have the power to determine your destiny. The choice is yours and only yours."
July 2008
S S M T W T F
« Jun   Aug »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

  • 57,738 guests

Categories


%d bloggers like this: